Pengundi Gombak: Azmin tidak boleh guna salah laku seksual Anwar sebagai alasan pembelaan

Awal Disember lalu, seramai 10 pengundi berdaftar dalam kawasan Parlimen Gombak memfailkan saman terhadap Azmin atas dakwaan menipu dan melanggar kewajipan fidusiari melalui ‘Langkah Sheraton’ yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤڠوندي ڬومبق: عزمين تيدق بوليه ڬونا ساله لاكو سيكسوال انور سباڬاي السن ڤمبلاان

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Datuk Seri Azmin Ali tidak boleh gunakan salah laku seksual melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan amalan nepotisme dalam PKR sebagai alasan untuk mengkhianati Pakatan Harapan (PH) dan membentuk kerajaan baru dengan mereka yang sebelumnya dituduh oleh Azmin sendiri mengamalkan rasuah.

“Ianya juga bukan alasan mengapa terdakwa (Azmin) menyebabkan penggulingan kerajaan persekutuan dan bersekongkol dengan mereka Barisan Nasional yang dituduh melakukan rasuah,” kata 10 pengundi Gombak sebagai maklum balas terhadap pembelaan Azmin yang difailkan bulan lalu.

Dalam pembelaannya, Azmin, yang pernah bergelar timbalan presiden PKR, mendakwa “Saya akan menunjukkan bukti yang tidak pernah ditunjukkan kepada umum semasa perbicaraan.”

Tetapi mmenurut pengundi Gombak, Azmin merupakan pemegang amanah kepada konstituensi yang diwakilinya dan tidak sepatutnya mengabaikan tanggungjawab fidusiarinya.

Mereka berpendapat bahawa Azmin telah meninggalkan PKR dan mengatur Langkah Sheraton demi keuntungan dan memajukan politik peribadinya, bukan untuk kepentingan konstituensi yang diwakilinya.


Datuk Seri Azmin Ali tidak boleh gunakan salah laku seksual melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan amalan nepotisme dalam PKR sebagai alasan untuk mengkhianati Pakatan Harapan (PH) dan membentuk kerajaan baru dengan mereka yang sebelumnya dituduh oleh Azmin sendiri mengamalkan rasuah.

Ini menurut 10 pengundi berdaftar dalam kawasan Parlimen Gombak yang mendakwa, Azmin mempunyai cara lain menerusi struktur dalaman PKR untuk mengemukakan aduannya terhadap Anwar.




“Ianya juga bukan alasan mengapa terdakwa (Azmin) menyebabkan penggulingan kerajaan persekutuan dan bersekongkol dengan mereka Barisan Nasional yang dituduh melakukan rasuah,” kata mereka sebagai maklum balas terhadap pembelaan Azmin yang difailkan bulan lalu.

Maklum balas mereka itu diajukan oleh Tetuan Yohendra Nadarajan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu. Pengurusan kes akan diadakan pada 13hb Mac 2021.

Dalam pembelaannya, Azmin, yang pernah bergelar timbalan presiden PKR, mendakwa “Saya akan menunjukkan bukti yang tidak pernah ditunjukkan kepada umum semasa perbicaraan.”

Menurut Azmin, keputusannya untuk keluar dari PKR dibuat setelah membuat kesimpulan bahawa Anwar tidak berkelayakan untuk memimpin PKR atau menjadi perdana menteri berikutnya.

Azmin merujuk kepada dakwaan yang dibuat oleh Mohammed Yusoff Rawther dan Aidil Azim Abu Adam terhadap Anwar dan berkata, amalan seksual Anwar tidak bermoral bagi seorang Muslim.

“Terdapat tuduhan salah laku seksual melibatkan Anwar sejak dia kembali memimpin PKR,” tambahnya.

Azmin turut mendakwa Anwar telah menimbulkan jurang di antara pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan kerana sikapnya yang terus-menerus menekan pemimpin-pemimpin berkenaan untuk menjadikannya perdana menteri secepat mungkin.

Loading...

Tetapi menurut pengundi Gombak, Azmin merupakan pemegang amanah kepada konstituensi yang diwakilinya dan tidak sepatutnya mengabaikan tanggungjawab fidusiarinya.

Mereka berpendapat bahawa Azmin telah meninggalkan PKR dan mengatur Langkah Sheraton demi keuntungan dan memajukan politik peribadinya, bukan untuk kepentingan konstituensi yang diwakilinya.

Menurut mereka, Langkah Sheraton tidak membawa faedah kepada konstituensi Gombak.

Azmin dalam pembelaannya mendakwa, apa pun janji yang dibuatnya dalam manifesto sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14) tidak mengikatnya kerana ianya hanyalah pernyataan niat dan polisi.

“Jika itu benar, maka ini bererti calon pilihan raya di Parlimen mempunyai lesen untuk berbohong dan menipu semasa kempen pilihan raya.”

Awal Disember lalu, seramai 10 pengundi berdaftar dalam kawasan Parlimen Gombak memfailkan saman terhadap Azmin atas dakwaan menipu dan melanggar kewajipan fidusiari melalui ‘Langkah Sheraton’ yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.

Kesemua mereka selaku plaintif memfailkan saman itu melalui Tetuan Yohendra Nadarajan di Mahkamah Tinggi di sini pada 27 November 2020 dengan menamakan Mohamed Azmin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri selaku defendan tunggal.

Mereka kecewa dengan tindakan Azmin yang menipu dan menyalahi undang-undang dan menuntutu deklarasi bahawa Azmin telah melanggar sumpah jawatannya untuk melindungi, memelihara dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

THE THIRD FORCE

Disunting dari laporan-laporan asal oleh Sinar Online, FMT dan Malaysiakini.

WAJIB BACA:

Sandiwara UMNO terbongkar (Pendedahan Penuh)

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...