
Isu ‘surat Zuraida’ yang mengundang pelbagai reaksi bercanggah dari pucuk pimpinan PKR menandakan kem Anwar-Saifuddin kelam kabut dan tidak tahu cara menangani isu tersebut.
Biarpun tahu beliau tidak lagi menguasai PKR, Anwar tetap berdegil untuk menimbulkan persepsi bahawa parti tersebut ‘miliknya’ bagi meyakinkan ahli-ahli parlimen yang beralih ke kem Azmin untuk kembali bersamanya.
Semalam, Anwar mengesahkan menerima surat-surat tersebut dan mendakwa pihaknya sudah membalas satu daripada tiga surat yang dikirimkan.
Menurut Anwar, dua surat lagi akan dibalas oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Walaubagaimanapun, Saifuddin hari ini mengesahkan hanya menerima sepucuk surat daripada Zuraida dan bukannya tiga sepertimana disahkan Anwar.
PETALING JAYA: Perbincangan terbuka masalah dalaman PKR di media arus perdana jelas menunjukkan parti tersebut berada pada tahap kritikal.
Terbaharu, isu ‘surat Zuraida’ yang mengundang pelbagai reaksi bercanggah dari pucuk pimpinan PKR menandakan kem Anwar-Saifuddin kelam kabut dan tidak tahu cara menangani isu tersebut.
Zuraida sebelum ini mendedahkan bahawa beliau tidak hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) kerana tiga pucuk surat yang ditujukannya kepada Presiden PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak dilayan.
Menurut beliau, surat tersebut adalah bagi membincangkan perihal kemelut yang melanda PKR melibatkan Anwar dan Timbalan Presiden PKR, Dato’ Seri Azmin Ali.
Semalam, Anwar mengesahkan menerima surat-surat tersebut dan mendakwa pihaknya sudah membalas satu daripada tiga surat yang dikirimkan.
Menurut Anwar lagi, dua surat lagi akan dibalas oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Walaubagaimanapun, Saifuddin hari ini mengesahkan hanya menerima sepucuk surat daripada Zuraida dan bukannya tiga sepertimana yang disahkan Anwar.
“Saya cuma nak sebut tentang surat, surat yang dikirim satu dan itu telah dijawab dan dihantar pada serahan tangan,” katanya pada sidang akhbar sepertimana dilaporkan Sinar Online.
Kesemua ini menunjukkan PKR berada pada tahap kritikal di mana Anwar dan Saifuddin terpaksa menipu pihak media bagi menimbulkan persepsi seolah-olah parti tersebut berada dalam keadaan terurus dan kekal dalam gengaman Anwar.
Pada 8hb Ogos 2019, TTF menulis:
Biarpun tahu beliau tidak lagi menguasai PKR, Anwar tetap berdegil untuk menimbulkan persepsi bahawa parti tersebut ‘miliknya’ bagi meyakinkan ahli-ahli parlimen yang beralih ke kem Azmin untuk kembali bersamanya.
Atas sebab itulah beliau mengerahkan orangnya ke RoS dengan alasan ingin pemerincian berhubung perlembagaan parti bagi menentukan nasib Azmin.
Beliau menjangkakan tindakan tersebut akan berjaya meyakinkan ahli-ahli parlimen bahawa beliau sudah memperolehi sokongan majoriti di parlimen tetapi tidak boleh bergerak selagi Azmin masih lagi memegang jawatan timbalan presiden PKR.
Tetapi sebaliknya, lebih ramai ahli parlimen mula yakin bahawa Anwar tidak lagi menguasai parti dan hanya berpura-pura memiliki kuasa penuh.
RJ RITHAUDEEN
FOLLOW ME ON TELEGRAM AND TWITTER:
TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
