Penurunan peratusan undi Melayu-islam terhadap calon Barisan Nasional di Chini tidak harus diabai begitu sahaja, perlu dikaji

DUN Chini berada di kawasan parlimen Pekan yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional dan juga kubu kuat bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤنورونن ڤراتوسن اوندي ملايو-اسلام ترهادڤ چالون باريسن ناسيونل د چيني تيدق هاروس دأباي بڬيتو سهاج، ڤرلو دكاجي

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini berkata kemenangan di Chini akan menjadi bukti impak positif yang dibawa oleh Muafakat Nasional.

Hari ini, beliau menambah, sokongan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin antara faktor yang turut membantu kemenangan besar calon BN di PRK DUN Chini, semalam

Walaupun begitu, analisis TTF semalam mendapati calon Barisan Nasional, yang boleh juga dikira sebagai calon UMNO-PAS, hanya berjaya meraih 13,872 undi (atau 91 peratus) daripada jumlah undi sah yang dikira (15,231 undi), iaitu penurunan sebanyak 10.1 peratus (atau 1,560 undi) dari jumlah yang diperolehi oleh calon UMNO dan PAS di PRU 14.

Ini bermakna, jika kita ‘tambah’ 1,292 undi lagi (bagi mereka yang tidak turun mengundi) bagi calon UMNO-PAS (untuk tujuan perbincangan), masih akan berlaku lagi penurunan dalam undi Melayu-Islam bagi calon UMNO-PAS dalam PRK ini berbanding dengan PRU14


PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini berkata kemenangan di Chini akan menjadi bukti impak positif yang dibawa oleh Muafakat Nasional.

Hari ini, beliau menambah, sokongan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin antara faktor yang turut membantu kemenangan besar calon BN di PRK DUN Chini, semalam




Beliau turut berkata kemenangan itu juga sekali gus menyaksikan masa depan Perikatan Nasional (PN) amat cerah.

“Tahniah kepada rakan kami dalam Muafakat Nasional, BN kerana memperoleh kejayaan besar dalam PRK DUN Chini.

“Kita sudah menjangkakan akan memperoleh kemenangan. Namun ada dua perkara yang menyumbang kepada kejayaan itu iaitu sikap positif yang ditunjukkan petugas daripada ketiga-tiga parti iaitu Umno, PAS dan Bersatu sangat baik.

“Selain itu, kenyataan perdana menteri menyatakan sokongan kepada calon BN ini telah menjadi lonjakkan kepada kemenangan,” katanya pada sidang media sepertimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

Walaupun begitu, analisis TTF semalam (artikel hujung bawah) mendapati calon Barisan Nasional, yang boleh juga dikira sebagai calon UMNO-PAS, hanya berjaya meraih 13,872 undi (atau 91 peratus) daripada jumlah undi sah yang dikira (15,231 undi), iaitu penurunan sebanyak 10.1 peratus (atau 1,560 undi) dari jumlah yang diperolehi oleh calon UMNO dan PAS di PRU 14.

Manakala itu, peratusan yang keluar mengundi ialah 73.87 peratus (atau 15,505 pengundi), iaitu penurunan seramai 1,292 pengundi berbanding PUR14.

TTF menulis:

Loading...

Jika diperhatikan, bilangan yang “tidak keluar mengundi” kali ini tidak lari jauh dari penurunan dalam jumlah undi calon UMNO-PAS.

Ini bermakna, jika kita ‘tambah’ 1,292 undi lagi bagi calon UMNO-PAS (untuk tujuan perbincangan), masih akan berlaku lagi penurunan dalam undi Melayu-Islam bagi calon UMNO-PAS dalam PRK ini berbanding dengan PRU14

DUN Chini berada di kawasan parlimen Pekan yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional dan juga kubu kuat bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kempen Barisan Nasional pula dilihat amat teliti, terurus dan menyeluruh, di samping bertenaga tinggi serta penuh dedikasi walaupun hanya berdepan dengan calon-calon bebas.

Justeru, kemenangan Barisan Nasional di PRK Chini 2020 adalah dijangka sepertimana yang dikatakan oleh TTF beberapa kali sebelum ini.

Malah, Barisan Nasional dijangka akan menang dengan majoriti yang lebih besar memandangkan calonnya hanya berdepan dengan calon-calon bebas, iaitu seorang bekas ahli PPBM dan seorang lagi blogger.

Terdapat pelbagai kemungkinan sebab berlaku penurunan peratusan undi Melayu-islam di Chini yang boleh dirujuk menerusi analisis di bawah:

Analisis terperinci keputusan Chini 2020

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...