PH tidak mungkin kekal sehingga PRU15

Raggie Jessy Rithaudeen

Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam dilihat mengaku, walaupun secara tidak langsung, bahawa kerajaan Malaysia di bawah Pakatan Harapan tidak sehebat kerajaan terdahulu.

Ini berikutan kenyataan yang dibuatnya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Jasin, di mana beliau berkata hasil kerja kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang baru berusia ‘setahun jagung’ tidak boleh dibandingkan dengan kerajaan lama yang pernah memerintah negara selama 61 tahun.




Walaubagaimanapun, beliau mengaku bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai pengalaman memimpin negara selama 22 tahun.

Kenyataan beliau sekaligus mencadangkan bahawa parti-parti komponen Pakatan Harapan, khususnya, PKR dan DAP, sudah mula khuatir dengan kritikan luar biasa para netizen yang mula viralkan mesej “have we made a mistake” (adakah kita telah membuat kesilapan).

Ini berikutan kos sara hidup yang makin meningkat, janji-janji manifesto yang tidak ditunaikan, keadaan ekonomi yang kian merudum dan keretakan dalaman PH disebabkan krisis-krisis melibatkan DAP dan PKR.

Rakyat juga dapat melihat betapa ‘huru-haranya’ kedua-dua parti tersebut biarpun PH berkuasa tidak sampai dua tahun, manakala para pelabur dilihat teragak-agak memberikan komitmen yang besar kepada ekonomi dan aset-aset saham kerana takut negara bakal huru-hara.

DAP pada ketika ini dibelenggu masalah tahanan empat orang ahlinya yang disyaki cuba menghidupkan gerakan keganasan LTTE (Liberation Tigers of Tamil Eelam) di Malaysia dan mengalirkan dana dalam jumlah yang besar bagi tujuan tersebut.

Artikel bersambung selepas video

 

BACA JUGA TEKS LAPORAN POLIS TERHADAP RAMASAMY DAN DAP DI SINI

DAP turut mengalami keretakkan yang serius di negeri Perak, di mana beberapa ADUN parti yang tidak berpihak kepada Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sudah berperang lidah secara terbuka dengan Nga Kor Ming dan dijangka akan meinggalkan parti.

PKR pula dibelenggu masalah perpecahan yang teramat serius, di mana presiden parti, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, tidak mampu mengawal timbalan beliau, Dato’ Seri Azmin Ali, yang dilihat mempunyai lebih banyak pengaruh dalam parti dan juga di parlimen.

Kesemua masalah ini tidak berubat.

Sekiranya terbukti DAP turut terlibat dalam usaha menghidupkan gerakan keganasan LTTE di Malaysia dan mengalirkan dana bagi tujuan tersebut, ia bukan sekadar boleh dibubarkan, pucuk pimpinannya boleh dihukum penjara dan dihalang dari bertanding dalam pilihanraya umum ke 15 (PRU15).

Manakala itu, dalam kes Anwar dan Azmin, biarpun tidak mampu bersemuka ataupun berdamai, kedua-dua mereka tidak mahu lepaskan jawatan kerana masing-masing ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Apa yang pasti, perkara ini akan menjurus kepada keruntuhan parti PKR tidak lama lagi apabila Azmin bertindak membawa sebilangan besar penyokongnya keluar dari parti tersebut.

Ironinya, Mahathir tidak pernah menghadapi masalah besar sebegini dengan MCA, Gerakan dan MIC ketika menjadi PM ke-4 biarpun parti-parti tersebut pernah mengalami konflik dalaman melibatkan pemimpin-pemimpin mereka.

Ini sekaligus membuktikan bahawa biar siapapun menjadi Perdana Menteri, dia tidak akan mampu mengawal integriti gabungan pemerintah jika majoriti pemimpin dalam gabungan terlalu bermasalah, taksub ataupun memiliki kekurangan kritikal dari segi kematangan politik.

Justeru, biar Mahathir mempunyai pengalaman memimpin negara selama 22 tahun, dengan adanya PKR dan DAP, dia tidak mungkin akan dapat mengatasi masalah ekonomi negara ataupun menstabilkan PH, malah gabungan tersebut tidak mungkin akan kekal sehingga PRU 15.

Note: Sila klik butang “notification” untuk dapatkan pemberitahuan setiap kali artikel diterbitkan



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...