[VIDEO] Polis diminta siasat samada Singh waras kerana ugut bunuh pegawai Bukit Aman, hina Islam

LPK Gerakan Bangsa Nasional bersama wakil-wakil dari awam dan Penerangan UMNO Subang Jaya. Sumber (gambar): TTF

GERAKAN BANGSA NASIONAL

Empat wakil dari pihak GBN bersama wakil-wakil dari awam dan penerangan UMNO Subang Jaya hari ini membuat laporan polis terhadap seorang lelaki yang dipercayai berbangsa Punjabi dan beragama Sikh (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Singh”) di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Subang Jaya (video sidang media di hujung bawah).

Semalam, pihak GBN menjadi saksi kepada satu kejadian di perkarangan dalam dan luar pondok kawalan keselamatan di Ibu Pejabat Polis Pusat di Bukit Aman di mana Singh mengugut bunuh seorang Pegawai Polis berpangkat Koperal di pondok tersebut (gambar Singh di bawah)

Singh mengugut bunuh seorang Koperal dan turut menghina bangsa Melayu dan agama Islam. Sumber (gambar): TTF

Ketika ditemui, Koperal Shahrizal bin Ahmad Tarmidi yang berada di pondok kawalan keselamatan mengesahkan beliau diugut bunuh oleh Singh kerana tidak dibenarkan melepasi pondok tersebut.




GBN difahamkan bahawa Shahrizal telahpun membuat laporan terhadap Singh bersama seorang lagi pegawai polis dari Bukit Aman.

Singh turut menghina Melayu-Islam yang berada di perkarangan luar pondok kawalan keselamatan dan Masjid Bukit Aman serta menghina agama Islam dengan kata-kata mencarut.

Gelagat beliau di muat naik ke Facebook Raggie Jessy Rithaudeen dan mencecah 10 ribu share dan 700 ribu ‘view’ sehingga pukul 6 petang tadi.

Walaubagaimanapun, pihak Facebook bertindak membawa turun video tersebut di sekitar pukul 8 malam tadi atas alasan melanggar piawaian komuniti.

Berdasarkan siasatan awal, GBN mengesyaki bahawa wujud unsur campurtangan dari pihak MCMC pimpinan Gobind Singh Deo walaupun perkara ini tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Apapun, GBN menghormati keputusan Facebook dan bertindak menggantikan video (dalam artikel di bawah) dengan gambar Singh yang di ambil di dalam perkarangan pondok kawalan keselamatan.

BACA: [VIDEO] Lelaki ‘Singh’ ugut bunuh Pegawai Polis, hina Melayu dan Islam di Ibu Pejabat Polis dan Masjid Bukit Aman

Kesemua yang hadir petang tadi merayu kepada pihak PDRM, khususnya Ketua Polis Negara, Dato Seri Abdul Hamid Bador, untuk menyiasat Singh samada bawah SOSMA, Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948 atau ketiga-tiganya sekali.

Pihak GBN turut meminta pihak polis menyiasat sekiranya Singh berada dalam keadaan waras dan sempurna akal semasa kejadian berlaku ataupun mempunyai niat lain yang tidak elok.

https://www.facebook.com/2128468974136128/videos/2946535638709496/

Loading...

FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...