Puad kepada Muhyiddin: Tak perlu saya mohon maaf, kita jumpa di mahkamah

Puad turut mempertahankan hantarannya di FB atas alasan beliau hanya bertanya dan meminta penjelasan, sekali gus menyifatkan amat wajar untuknya melawan saman itu di mahkamah. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤواد كڤد محي الدين: تق ڤرلو ساي موهون معاف، كيت جومڤا د محكمه

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi enggan memohon maaf kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menuntutnya membayar ganti rugi RM10 juta kerana didakwa memfitnah. 

Mohd Puad yang mengesahkan menerima surat tuntutan daripada Muhyiddin, menegaskan tidak akan akur kepada tuntutan dalam surat itu, sebaliknya sedia melawan di mahkamah.

“Saya tidak perlu memohon maaf dan tidak perlu memadam hantaran dalam hantaran Facebook (FB) saya.

“Justeru, saya memilih ke mahkamah. Ini akan memberi peluang kepada saya untuk bersama rakyat yang membantah amalan ‘antara dua darjat’ dalam isu kuarantin,” katanya menerusi Facebook hari ini.


KUALA LUMPUR: Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi enggan memohon maaf kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menuntutnya membayar ganti rugi RM10 juta kerana didakwa memfitnah.

Mohd Puad yang mengesahkan menerima surat tuntutan daripada Muhyiddin, menegaskan tidak akan akur kepada tuntutan dalam surat itu, sebaliknya sedia melawan di mahkamah.




“Saya sahkan menerima LOD (surat tuntutan) daripada peguam Perdana Menteri. Dia akan ambil tindakan saman RM10 juta terhadap saya. Saya akan serahkan kepada peguam saya untuk membalas surat LOD itu.

“Saya tidak perlu memohon maaf dan tidak perlu memadam hantaran dalam hantaran Facebook (FB) saya.

“Justeru, saya memilih ke mahkamah. Ini akan memberi peluang kepada saya untuk bersama rakyat yang membantah amalan ‘antara dua darjat’ dalam isu kuarantin,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Pada 9 Februari lalu, Mohd Puad membuat hantaran di FB mendakwa Muhyiddin enggan dikuarantin sekembalinya daripada lawatan rasmi dari Jakarta pada 5 Februari lalu sehingga kerajaan terpaksa mewartakan perintah kuarantin tiga hari terhadap menteri.

Susulan itu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada hari sama menafikan sekeras-kerasnya fitnah yang dibuat Mohd Puad kononnya perintah kuarantin tiga hari untuk menteri yang melakukan lawatan ke luar negara diwartakan oleh kerajaan kerana Perdana Menteri enggan dikuarantinkan sekembalinya dari lawatan rasmi ke Indonesia.

Mengulas lanjut, Mohd Puad turut mempertahankan hantarannya di FB atas alasan beliau hanya bertanya dan meminta penjelasan, sekali gus menyifatkan amat wajar untuknya melawan saman itu di mahkamah.

“Oleh kerana peraturan kuarantin tiga hari untuk menteri dibuat tergesa-gesa, maka ia isu ‘kepentingan awam’ yang perlu ditanya dan dipersoalkan.

Loading...

“Ini kerana dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, disebut dengan jelas rakyat berhak mendapat layanan yang adil dan saksama. Maka apakah ‘kuarantin’ tiga hari tidak bertentangan dengan Perkara 8?.

“Pada saya, amat jelas tindakan saman ini bertujuan untuk menutup mulut dan menakutkan pengkritik. Saya tidak berganjak,” katanya.

Sumber:

WAJIB BACA:

Tanpa Mahathir, UMNO akan karam

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...