Rafizi mengaku Anwar, DAP tidak mampu goyang Mahathir

“Rafizi secara tidak langsung mengaku bahawa gandingan Anwar dan DAP tidak cukup kuat dan tidak boleh berbuat apa-apa sekiranya Mahathir memutuskan untuk tidak mengumumkan tarikh persaraannya”

Raggie Jessy Rithaudeen

رافيزي مڠاكو انور، دڤ تيدق ممڤو ڬويڠ محضير

Tun Dr Mahathir Mohamad barangkali berniat menghantar satu mesej tajam kepada pucuk pimpinan Pakatan Harapan dan juga orang paling kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli.




Dari sudut pandangan saya, mesej tersebut berbunyi, “Rafizi, I will stay as Prime Minister how long I want.”

Ya, begitulah Tun Dr Mahathir, seorang manusia yang suka berteka-teki dengan musuh ataupun sesiapa yang cuba mencabar beliau. Lagi dicabar, lagilah beliau berteka-teki.

Terbaru, Mahathir mengambil alih portfolio Menteri Pendidikan buat sementara waktu susulan peletakan jawatan Dr Maszlee Malik pada 3hb Januari yang lalu.

Tindakan tersebut pasti akan memanjangkan lagi jangka masa peralihan kuasa yang kononnya akan menyaksikan Anwar diangkat naik menjadi Perdana Menteri ke-8.

Ini memandangkan jawatan Menteri Pendidikan dipangku oleh Mahathir dalam kapasiti beliau sebagai Perdana Menteri dan bukannya sebagai Mahathir bin Mohamad.

Justeru, adalah mustahil jawatan tersebut hanya akan dipangku selama tempoh lima bulan sehingga bulan Mei tahun ini kerana ianya tidak akan memberikan cukup masa kepada Mahathir untuk melaksanakan agenda penambahbaikkan dengan sempurna.

Dari sini, jelas dapat dilihat bahawa Mahathir tidak berniat untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar dalam bulan Mei sepertimana yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak.

Loading...

Khamis lalu, Rafizi mendakwa tarikh persaraan yang jelas boleh dipaksakan ke atas Dr Mahathir Mohamad jika beliau enggan memberikan komitmen terhadap peralihan kuasa menjelang awal tahun depan

Di sini, saya ingin membawa perhatian saudara saudari kepada beberapa perkara:

1. Rafizi secara tidak langsung mengaku bahawa tidak wujud perjanjian yang mengatakan Mahathir akan letak jawatan selepas dua tahun.

2. Ura-ura bahawa Mahathir telah diberikan ‘deadline’ bulan Mei tahun ini adalah tidak benar sama sekali, dan

3. Anwar dan DAP sebenarnya tidak mempunyai cukup sokongan ataupun kekuatan untuk mengusir Mahathir dan sedang cuba gunakan taktik ‘ugutan’ halus untuk mempengaruhu ahli-ahli parlimen.

Pada hari yang sama Rafizi mengeluarkan kenyataan, saya telah memberi penjelasan terperinci (bawah)) sebab sebenar Anwar dan DAP begitu lemah dalam Pakatan Harapan.

DAP, Anwar bakal terima kejutan teramat besar. It’s game over.

Sebenarnya, perkara ini telahpun saya bongkarkan berulang kali, termasuk hakikat bahawa gandingan Mahathir, Datuk Seri Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin pada ketika ini memiliki sokongan antara 132 dan 139 ahli parlimen.

Ini bermakna Mahathir akan menyusun langkah secara mengejut dalam masa terdekat untuk mencantas Anwar dan DAP berdasarkan beberapa opsyen yang ada padanya.

Sesiapa yang mengenali Anwar dan tahu betapa kemaruknya beliau terhadap kuasa, akan sedar, bahawa beliau tidak akan teragak-agak menghalau Mahathir esok sekiranya benar beliau mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen.

Begitu juga DAP, di mana parti cauvinis dan rasis ini sudah tidak sabar untuk melihat Anwar diangkat menjadi Perdana Menteri dan tidak akan teragak-agak menyokong beliau sekiranya beliau bertindak mencantas Mahathir.

Kesemua ini bermakna Rafizi secara tidak langsung mengaku bahawa gandingan Anwar dan DAP tidak cukup kuat dan tidak boleh berbuat apa-apa sekiranya Mahathir memutuskan untuk tidak mengumumkan tarikh persaraannya.

Ianya turut bermakna Rafizi menipu apabila berkata “tarikh persaraan yang jelas boleh dipaksakan ke atas Dr Mahathir Mohamad jika beliau enggan memberikan komitmen terhadap peralihan kuasa menjelang awal tahun depan.”

Rafizi lupa menjelaskan bahawa Mahathir telah menghantar satu mesej tajam kepadanya secara halus dengan memangku jawatan Menteri Pendidikan dalam kapasiti beliau sebagai Perdana Menteri.

Tindakan ini dibuat selepas kenyataan yang dikeluarkan Rafizi, sekaligus bermakna Mahathir sedang menunjukkan kepada Anwar dan DAP betapa kuat cengkaman beliau terhadap kabinet.

“Jadi kalau benar bos kamu mempunyai cukup sokongan, cubalah pecat saya atau duduk diam dan jangan bising.” Inilah mesej tersirat yang disampaikan oleh Mahathir kepada Rafizi.

Ya, Mahathir baru sahaja memberi satu tamparan yang cukup kencang kepada Rafizi.



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...