Rahsia Najib ke Melaka

Menurut sumber yang boleh dipercayai, pencapaian Najib di media sosial merosot secara konsisten sejak Langkah Sheraton dan bertambah buruk selepas Langkah Royale Chulan. Sumber (gambar): TTF

“Jika “Bossku” gagal meningkatkan pencapaian UMNO di Melaka, Zahid akan menghadapi tekanan dari dalam UMNO untuk melepaskan jawatan presiden dan memberi laluan kepada Ismail Sabri. Sebaliknya, jika “Bossku” bejaya meningkatkan pencapaian UMNO di Melaka, Ismail Sabri akan ditekan untuk mencetuskan pembubaran parlimen dengan menasihati Yang Di-Pertuan Agong untuk berbuat demikian. Inilah pertarungan sebenar di Melaka”

Raggie Jessy Rithaudeen

رهسيا نجيب ك ملاك

Kempen Datuk Seri Najib Tun Razak di Melaka (kononnya “bukan kempen tapi cuti”) dijangka akan memberi impak buruk kepada UMNO pada 20hb November ini apabila Pilihan Raya Negeri Melaka berlangsung.

Sebelum ini, di Chini, ada tanda-tanda bahawa masyarakat Melayu-Islam tidak berpuas hati dengan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional yang kononnya menumbangkan Pakatan Harapan untuk menyatukan Ummah, tetapi sebaliknya, bercakaran sesama sendiri di peringkat pusat dan negeri (khususnya di Kedah, Perak, Selangor dan juga di Johor) untuk kuasa dan kedudukan.

Pada ketika itu, sudah ada ura-ura bahawa Muafakat Nasional menghadapi masalah dalaman yang besar kerana:




1. Barisan Nasional tidak berminat untuk mendaftarkan Muafakat Nasional dan disyaki menunggang PAS untuk meraih sokongan pengundi Melayu-Islam dari kawasan luar bandar.

2. UMNO tidak bersetuju untuk menyertai Perikatan Nasional dan tidak mahu PAS mendaftarkan Perikatan Nasional bersama PPBM, dan

3. PAS berminat untuk mendaftarkan Perikatan Nasional dengan atau tanpa UMNO memandangkan UMNO tidak berminat untuk mendaftarkan Muafakat Nasional.

Kesudahannya, calon UMNO di Chini hanya berjaya meraih 13,872 undi (atau 91 peratus) daripada jumlah undi sah yang dikira (15,231 undi), iaitu penurunan sebanyak 10.1 peratus (atau 1,560 undi) dari jumlah yang diperolehi oleh calon UMNO dan PAS di PRU 14.

BACA JUGA: BUKTI HITAM PUTIH NAJIB MEMFITNAH MAHATHIR

Bagi yang keliru, saya membandingkan jumlah undi yang diraih oleh calon UMNO dengan jumlah yang diperolehi oleh kedua-dua calon UMNO dan PAS di PRU 14 kerana PAS dan UMNO bekerjasama secara terbuka ketika Pilihan Raya Kecil Chini.

Biarpun Chini berada di kawasan parlimen Pekan atau “kubu kuat Najib,” calon UMNO-PAS mengalami defisit undi biarpun berdepan hanya dengan calon-calon bebas.

Yang menarik, bukan hanya kempen Barisan Nasional di Chini begitu meriah dan melibatkan pendanaan yang cukup besar, Najib mengiringi calon UMNO di hampir setiap ceramah, seolah-olah Najib yang bertanding, bukannya Mohd Shahrim Md Zain.

Loading...

Tetapi Najib masih tidak mampu menyelamatkan keadaan, walaupun fenomena “Bossku” pada ketika itu dikatakan “luarbiasa” dan pengundi Melayu-Islam dikatakan amat “teruja” dengan piagam Muafakat Nasional.

Kini, sudah lebih setahun berlalu, dan satu Malaysia sedar bahawa kerjasama antara PAS dan UMNO tidak wjud di peringkat persekutuan mahupun negeri, yang ada hanyalan percakaran dan persengketaan yang tidak berkesudahan.

Dalam pada PAS dituduh mengkhianati Muafakat Nasional kerana mendaftarkan Perikatan Nasional, Kluster Mahkamah pula dituduh mengkhianati PAS kerana membincangkan “Jajaran Politik Baharu” bersama DAP dan PKR.

Kesemua ini merupakan detik-detik hitam buat majoriti akar umbi PAS dan UMNO yang lebih rela kedua-dua parti bertanding atas kekuatan masing-masing tanpa perlu bekerjasama pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Manakala itu, percakaran dan percaturan berterusan pemimpin-pemimpin Melayu-Islam dalam blok kerajaan menyebabkan ramai pengundi meluat, lebih-lebih lagi memandangkan percaturan ini telah memudaratkan politik negara dan menyebabkan wabak Covid-19 menggila.

Apa tidaknya, sedangkan PRN Sabah tercetus disebabkan “pertandingan tarik tali” antara pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional dan Barisan Nasional yang begitu khusyuk bercatur untuk merampas kerusi Ketua Menteri, mereka lupa terus keselamatan rakyat dan nasib mereka yang terkesan dengan wabak Covid-19.

PRN inilah yang menjurus kepada kegilaan dalam penularan wabak Covid-19 dan “Lockdown Separuh masak” yang tidak berkesudahan, menyebabkan ratusan ribu hilang sumber pendapatan dan ramai membunuh diri kerana berhutang.

Kluster Mahkamah mengambil kesempatan daripada semua ini untuk mencetuskan Langkah Royale Chulan, kononnya untuk memberi laluan kepada pembentukan sebuah kerajaan yang lebih “berjiwa rakyat” tanpa Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun, tidak lama selepas Muhyiddin tumbang, Kluster Mahkamah tiba-tiba bersetuju untuk bekerjasama semula dengan beliau, sebaik sahaja PPBM bersetuju untuk menyokong calon UMNO sebagai calon Perdana Menteri.

Muhyiddin kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara untuk mengatasi segala ‘kegagalan’ yang disebabkan oleh dirinya sendiri, tanpa mendapat sebarang penentangan dari Kluster Mahkamah.

Kesemua ini menyebabkan rakyat rasa tertipu dengan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional, khususnya dengan Najib, yang tiba-tiba boleh menerima pelantikan Muhyiddin, sedangkan sebelum Langkah Royale Chulan, beliau sendiri mendakwa bahawa pentadbiran Muhyiddin “gagal segagal gagalnya.”

Percayalah, mustahil Najib boleh membawa sebarang kebaikan buat Barisan Nasional di Melaka, malah saya jangkakan bahawa kehadiran Najib akan hanya memarahkan majoriti pengundi yang terseksa disebabkan percaturan tahap gila Barisan Nasional dan Perikatan Nasional.

Saya amat yakin bahawa pengundi meluat dengan kebebasan luar biasa yang diberikan kepada Najib untuk ke sana sini, walaupun beliau disabit bersalah bagi jenayah yang amat berat dan menghadapi pelbagai tuduhan jenayah melibatkan dana berbilion ringgit.

Sudah pasti rakyat akan marah, sedangkan yang curi RM10 pun terpaksa memakai baju lokap dan dipenjara jika bersalah, ini kan pula disabit bersalah dan dituduh curi dana berbilion ringgit tetapi bebas berkempen dan keluar masuk parlimen, siap dikembalikan passport lagi.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, pencapaian Najib di media sosial merosot sejak Langkah Sheraton dan bertambah buruk selepas Langkah Royale Chulan.

Saya mengesyaki bahawa Barisan Nasional sedar akan perkara ini dan sengaja mengerahkan Najib ke Melaka untuk meilai tahap keberkesanan fenomena “Bossku” menjelang Pilihan Raya Umum ke-15.

Jika “Bossku” gagal meningkatkan pencapaian UMNO di Melaka, Zahid akan menghadapi tekanan dari dalam UMNO untuk melepaskan jawatan presiden dan memberi laluan kepada Ismail Sabri.

Sebaliknya, jika “Bossku” bejaya meningkatkan pencapaian UMNO di Melaka, Ismail Sabri akan ditekan untuk mencetuskan pembubaran parlimen dengan menasihati Yang Di-Pertuan Agong untuk berbuat demikian.

Inilah pertarungan sebenar di Melaka.

WAJIB BACA:

Pelik bila Zahid enggan turun ke Melaka berunding dengan semua ADUN UMNO

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...