Rancangan rahsia Zahid ‘serang Tun, alih perhatian pemimpin parti’ terbongkar

Sertai saluran Telegram TTF di sini

Raggie Jessy Rithaudeen

 

رانچڠن رهسيا زاهيد ءسراڠ تون، اليه ڤرهاتين ڤميمڤين ڤرتيء تربوڠكر

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sedang menjaja nama Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengalihkan perhatian umum dan pemimpin UMNO daripada masalah yang dihadapinya sendiri dalam Barisan Nasional.




Zahid, yang kini ditekan dari dalam dan luar UMNO untuk melepaskan jawatan yang disandangnya dalam parti sejak 2018, memutar belit kenyataan Mahathir untuk menimbulkan persepsi palsu kononnya mantan Perdana Menteri itu terdesak untuk kembali ke pangkuan UMNO.

Dalam satu temuramah bersama Sinar Harian, Mahathir mengakui masih sayang kepada parti pertama yang pernah dipimpinnya itu.

“Ya, saya masih sayang UMNO, 22 tahun saya jadi Presiden UMNO,” katanya pada program ‘Bersama Tun M’ yang dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar di Studio F, Kumpulan Karangkraf Rabu lepas.

Bagaimanapun, Mahathir tidak pernah menyuarakan walau sekali pun keinginannya untuk kembali ke pangkuan UMNO, cuma syarat sekiranya ada pihak yang mahukannya kembali kepada parti lamanya itu.

Ini bukanlah kali pertama Mahathir mengakui masih sayangkan UMNO, malah perkara ini pernah disuarakannya ketika kempen Pilihan Raya Kecil Slim dan menerusi beberapa kenyataan media yang dibuatnya sejak meninggalkan UMNO pada 2016.

Zahid tahu semua ini. Tetapi beliau berpura-pura tidak tahu dan sedang menjaja nama Mahathir kerana terdesak untuk menyelamatkan tengkuknya sendiri.

Ini susulan tekanan yang dihadapinya dari dalam dan luar UMNO untuk berundur dari jawatan presiden parti dan pengerusi Barisan Nasional.

Loading...

Zahid juga berada di bawah pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut terdesak setelah mendapat tahu ada pihak-pihak tertentu dari dalam UMNO yang sedang memikirkan kemungkinan diadakan EGM untuk menendang Zahid keluar dan mempelawa Mahathir kembali menerajui UMNO.

Seandainya benar berita ini dan Zahid berjaya disingkirkan, rancangan ‘angan-angan jenin’ Team A untuk menggandingkan Barisan Nasional bersama PKR, DAP dan AMANAH akan terburai bersama impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Walaupun gandingan ini ditentang hebat oleh majoriti pemimpin bahagian dan akar umbi UMNO, Team A berharap “misi bersama untuk menentang kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin” akan menyebabkan pemimpin-pemimpin UMNO terdesak dan berubah fikiran sebelum tamat Darurat.

Zahid sedar blok kuasa ketiga pimpinan Mahathir akan menjadi ‘game changer’ di Pilihan Raya Umum ke-15 (rujuk pendedahan penuh menerusi link di bawah), menyebabkan UMNO, PPBM dan PAS akan mencatatkan prestasi yang buruk berbanding pencapaian mereka di Pilihan Raya Umum ke-14.

Seandainya blok Mahathir berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15, kluster mahkamah (atau Team A, yang kini hanya disokong tujuh ahli parlimen) berkemungkinan besar akan disabit kesalahan kerana tidak ada sesiapa dari kalangan pemimpin blok kuasa ketiga yang akan masuk campur proses kehakiman.

Justeru, Zahid sedang cuba menakut-nakutkan pemimpin dan akar umbi UMNO dengan dakwaan palsu kononnya Mahathir terdesak dan sedang berusaha untuk ‘tukar rumah’.

Zahid berharap langkah ini akan meningkatkan sokongan terhadapnya sebagai presiden parti apabila beliau dilihat sebagai ‘penyelamat’ dan ‘penebus’ maruah Melayu-Islam.

Malangnya, majoriti pemimpin UMNO dan akan umbi parti tahu benar hubungan akrab antara Zahid, Najib dan Anwar serta kewujudan rancangan gabungan kerjasama melibatkan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan sebelum atau selepas Pilihan Raya Umum ke-15.

Ya, yang terdesak Zahid, tetapi yang dituduh Mahathir.

Zahid mungkin fikir akar umbi UMNO bodoh untuk mempercayai cerita dongengnya, sedangkan, yang cuba membawa Mahathir kembali ke pangkuan UMNO tak lain tak bukan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri yang dah muak dengan kluster Mahkamah.

Bersambung…

WAJIB BACA:

Tanpa Mahathir, UMNO akan karam

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...