Rombakan menyeluruh pasti, mungkin secara berperingkat

Mahathir sudah tidak berpuas hati dengan beberapa Menteri dan Timbalan Menteri DAP yang difikirkan bermasalah dan bukan “team player” kerana tidak mampu bekerjasama dalam hal urus tadbir ekonomi dan negara. Sumber (gambar): Fail TTF

Maklumat yang diterima TTF menandakan satu rombakan kabinet pasti akan berlaku di mana tidak mustahil orang dari luar Kabinet, termasuk dari pihak pembangkang, akan dibawa masuk bagi menyandang jawatan tertentu.

TTF turut dimaklumkan bahawa kedudukan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri masih belum dimuktamadkan.

Apa pun, Mahathir akan melakukan apa sahaja bagi memastikan Kabinet presekutuan dapat dibersihkan daripada gejala sabotaj yang sedang giat berlaku melibatkan seorang dua menteri dan kuncu-kuncu mereka.

Mahathir turut akan memastikan Kabinet baru yang siap dirombak dapat memberi lebih fokus terhadap pentadbiran negara daripada berpolitik semata-mata dan akan membuat segala apa yang patut bagi melumpuhkan pengaruh Dato’ Seri Anwar Ibrahim.


PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pemberita bertanya kepada Perdana Menteri ketika mengulas laporan mendakwa Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bakal menggantikannya di Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Ini berikutan satu terbitan Utusan Online yang melaporkan Tun Dr Mahathir Mohamad bakal mengumumkan rombakan Kabinet yang turut akan melibatkan pertukaran portfolio Lim Guan Eng.




Sebelum ini, TTF ada membongkarkan akan berlakunya satu rombakan kabinet mengejut tidak lama selepas pertabalan Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pada 27hb Julai 2019, TTF menulis:

Menurut sumber, rombakan tersebut bakal membuka lembaran baru dalam sejarah politik tanah air di mana sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini akan dilakukan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Apabila ditanya, sumber tersebut memberi kepastian 95 peratus maklumat yang disampaikan tetapi menambah bahawa keputusan akhir bergantung kepada “beberapa pencaturan” berasingan melibatkan Mahathir, Dato’ Seri Azmin Ali, UMNO dan PAS.

Yang pasti, Mahathir sudah tidak berpuas hati dengan beberapa Menteri dan Timbalan Menteri DAP yang difikirkan bermasalah dan bukan “team player” kerana tidak mampu bekerjasama dalam hal urus tadbir ekonomi dan negara.

Justeru, beliau dijangka akan mengorat langkah bagi memperbetulkan keadaan menerusi rombakan kabinet yang mungkin juga akan melihat mereka yang tidak bergelar menteri diangkat naik menjadi menteri.

Pada minggu lalu, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui mungkin berlaku perubahan kecil portfolio menteri tetapi menegaskan tiada rombakan akan berlaku memandangkan tiada pelantikan menteri baharu untuk menganggotai Kabinet.

Loading...

Tidak sampai sejam kemudian, TTF mengeluarkan kenyataan bagi mengingatkan Tun bahawa nama lain bagi pertukaran portfolio, tidak kira sekecil manapun pertukaran tersebut, ialah rombakan kabinet

Biarpun begitu, maklumat yang diterima TTF menandakan satu rombakan kabinet pasti akan berlaku di mana tidak mustahil orang dari luar Kabinet, termasuk dari pembangkang, akan dibawa masuk bagi menyandang jawatan tertentu.

TTF turut dimaklumkan bahawa kedudukan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri masih belum dimuktamadkan.

Apa pun, Mahathir akan melakukan apa sahaja yang patut bagi memastikan Kabinet presekutuan dapat dibersihkan daripada gejala sabotaj yang sedang giat berlaku melibatkan seorang dua menteri dan kuncu-kuncu mereka.

Mahathir turut akan memastikan Kabinet yang siap dirombak dapat memberi lebih fokus terhadap pentadbiran negara daripada berpolitik semata-mata dan akan membuat segala apa yang patut bagi melumpuhkan pengaruh Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Tidak mustahil rombakan akan dibuat secara berperingkat..

THE THIRD FORCE


FOLLOW ME ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...