Rombongan Rauf-Najib Razak didakwa langgar SOP pada hari penamaan calon

SPR melarang mana-mana penyokong parti hadir ke pusat penamaan calon sebagai sebahagian daripada SOP bagi mengelak jangkitan Covid-19. Sumber (gambar): Fail TTF

رومبوڠن راوف-نجيب رازق ددعوا لڠڬر سوڤ ڤد هاري ڤنمءن چالون

Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) pada hari penamaan calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), Melaka pagi semalam.

Ini setelah Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad memuat naik gambar yang menunjukkan Rauf diiringi beberapa penyokong dengan memakai baju parti Barisan Nasional (BN) ketika sedang berjalan kaki menuju ke pusat penamaan calon.

Disebabkan itu, Nik Nazmi mempersoalkan sama ada Rauf mendapat layanan istimewa kerana beliau tetap membawa rombongan meskipun mengetahui SOP yang ditetapkan. 

“Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apa tindakan kepada mereka? Takkan parti sendiri dapat lesen istimewa. Kita kan Keluarga Malaysia,” katanya. 


PETALING JAYA: Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) pada hari penamaan calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), Melaka pagi semalam.

Ini setelah Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad memuat naik gambar yang menunjukkan Rauf diiringi beberapa penyokong dengan memakai baju parti Barisan Nasional (BN) ketika sedang berjalan kaki menuju ke pusat penamaan calon.




“Rauf Yusoh bawa rombongan 20 orang termasuk Najib Razak untuk penamaan calon PRN Melaka, langgar SOP Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya menerusi akaun Facebook miliknya.

BACA JUGA: RAMALAN KEPUTUSAN PRN MELAKA

Ini berikutan SPR melarang mana-mana penyokong parti hadir ke pusat penamaan calon sebagai sebahagian daripada SOP bagi mengelak jangkitan Covid-19.

Disebabkan itu, Nik Nazmi mempersoalkan sama ada Rauf mendapat layanan istimewa kerana beliau tetap membawa rombongan meskipun mengetahui SOP yang ditetapkan.

“Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apa tindakan kepada mereka? Takkan parti sendiri dapat lesen istimewa. Kita kan Keluarga Malaysia,” katanya.

Sumber:

WAJIB BACA:

LAPORAN DIBUAT, POLIS DIMINTA SIASAT NAJIB RAZAK ATAS FITNAH BERHUBUNG RCI FOREX

Loading...

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...