Bekas pegawai Goldman Sachs Tim Leissner memberitahu Mahkamah di New York semalam bahawa Datin Seri Rosmah Mansor sangat berkuasa ke atas suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak, malah pengaruhnya terhadap Najib sangat besar.
Menurut Leissner, beliau turut dikejar oleh Low Taek Jho (Jho Low) untuk memberikan “derma” kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (Bakti) yang diterajui oleh Rosmah.
Low dilaporkan membuat dua permintaan kepada Leissner pada tahun 2009 – dia perlu mendapatkan pekerjaan di Goldman Sachs untuk tiga anak Najib, dan dia perlu menyokong kerja kebajikan yang dibuat Rosmah.
Menurut keterangan Leissner, tujuan derma perlu disalurkan kepada Bakti adalah untuk membolehkan Goldman Sachs “meneruskan kerja mereka” dan memperbaiki hubungan (mereka) dengan keluarga Najib.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
“Saya sebut di sini bahawa Low juga menghantar mesej kepada saya mengenai sumbangan ini dan (tindakan) dia mengejar saya akan membuat saya gila,” katanya.
BACA: PENGAKUAN ANAK NAJIB, KENYATAAN PALSU NAJIB DI FACEBOOK MAKAN DIRI
Low dilaporkan membuat dua permintaan kepada Leissner pada tahun 2009 – dia perlu mendapatkan pekerjaan di Goldman Sachs untuk tiga anak Najib, dan dia perlu menyokong kerja kebajikan yang dibuat Rosmah.
Menurut keterangan Leissner, tujuan derma perlu disalurkan kepada Bakti adalah untuk membolehkan Goldman Sachs “meneruskan kerja mereka” dan memperbaiki hubungan (mereka) dengan keluarga Najib.
“Rosmah, saya kenal sejak bekerja di Malaysia, sangat berkuasa ke atas suaminya, pengaruhnya terhadapnya sangat besar, dan oleh itu, apabila permintaan pertama itu datang, ia benar-benar cuba memanjangkan hubungan kami dengannya dengan memberi sesuatu nilai yang merupakan sumbangan kepada kerjakebajikannya yang akan menjadikan dia kelihatan baik,” Leissner dilaporkan sebagai berkata.
Ditanya apakah Goldman Sachs biasa menerima permintaan untuk memberikan sumbangan, Leissner berkata dia tidak pernah menerima permintaan sedemikian daripada kerajaan atau individu berkaitan kerajaan sebelum ini.
Dia berkata Goldman Sachs mempunyai skim bernama Goldman Sachs Gives (GSG) yang merupakan peruntukan kepada sumbangan amal yang dibuat oleh rakan kongsi Goldman Sachs.
Menurut Leissner, dia akhirnya membuat sumbangan sebanyak AS$300,000 (RM1.2 juta) dan menyifatkannya sebagai “jumlah yang besar”.
Leissner adalah saksi utama dalam perbicaraan jenayah terhadap seorang lagi bekas pegawai Goldman Sachs, Roger Ng, yang dituduh melanggar undang-undang anti-rasuah Amerika Syarikat dan pengubahan wang haram berkaitan 1MDB.
Ng pernah menjadi kakitangan bawahan Leissner di Goldman Sachs. Leissner mengaku bersalah atas tuduhan serupa pada 2020 dan didenda AS$44 juta.
Goldman Sachs telah dikenakan sekatan di AS. Firma itu juga berdepan tindakan pihak berkuasa Malaysia yang berakhir dengan perjanjian penyelesaian yang besar.
Goldman Sachs telah membantu mengumpul AS$6.5 bilion untuk 1MDB, yang ditubuhkan pada 2009 sejurus selepas Najib menjadi perdana menteri dan menteri kewangan.
Pihak berkuasa AS dan Malaysia percaya kebanyakan wang yang diperolehi telah dibazirkan.
THE THIRD FORCE
Diringkaskan daripada laporan asal oleh Malaysiakini
WAJIB BACA: