Rundingan rahsia menjelang Perhimpunan Agung UMNO (Pendedahan Penuh)

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Sumber (gambar): Fail TTF

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Raggie Jessy Rithaudeen

رونديڠن رهسيا منجلڠ ڤرهيمڤونن اڬوڠ امنو

Ramai bertanya kepada saya secara peribadi sebab sebenar Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO takut untuk memutuskan terus hubungan parti itu dengan PPBM berkuat kuasa serta merta sepertimana yang dikehendaki oleh majoriti pemimpin bahagian.

Banyak teori yang dilontarkan, antaranya, ugutan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Datuk Seri Hamzah Zanuddin terhadap sekurang-kurangnya 10 parlimen UMNO yang kononnya akan didakwa sebelum parlimen dibubarkan andai kata UMNO menarik diri.




Saya sebenarnya sudah menjelaskan beberapa faktor yang mendorong ahli-ahli MKT untuk mengabaikan terus kehendak akar umbi dan menzahirkan sokongan UMNO terhadap PPBM sehingga parlimen dibubarkan.

Antaranya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak – yang jelas menguasai MKT – berharap Muhyiddin akan menjadi begitu terdesak sehingga bersetuju untuk memasuki perjanjian peralihan kuasa dengan kepimpinan UMNO.

Antara lain, mereka berharap Muhyiddin akan bersetuju untuk membenarkan Barisan Nasional bertanding lebih kerusi berbanding Perikatan Nasional dan ‘membantu’ kluster mahkamah dari sudut perundangan.

Zahid tidak keberatan mengambil risiko menentang pendirian majoriti dalam UMNO kerana tahu masa depan politiknya akan tamat begitu sahaja andai kata MKT bersetuju untuk memutuskan hubungan dengan PPBM sebelum Perhimpunan Agung UMNO.

Ini disebabkan UMNO akan mula berbincang isu pencalonan Perdana Menteri dan mengambil resolusi untuk menyingkirkan Zahid dari jawatan presiden parti kerana tahu beliau tidak layak untuk dipertimbangkan bagi jawatan Perdana Menteri.

Sebaliknya, jika Zahid meneruskan kerjasama dengan PPBM sehingga Perhimpunan Agung UMNO, para perwakilan akan bertumpu pada soal kerjasama UMNO-PPBM daripada soal pencalonan Perdana Menteri.

Justeru, Zahid tidak rugi apa-apa jika beliau meneruskan juga kerjasama dengan PPBM selagi Perhimpunan Agung UMNO belum selesai.

Loading...

Dalam pada itu, orang-orang Najib sedang cuba sedaya upaya untuk meyakinkan seberapa ramai pemimpin bahagian yang mungkin bahawa Zahid sedang merancang sesuatu yang akan memampukan UMNO menang Pilihan Raya Umum ke-15 menerusi kerjasama parri itu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemimpin-pemimpin bahagian yang dihubungi diberitahu bahawa Anwar sudah mendapat sokongan majoriti pemimpin Pakatan Harapan untuk dinamakan sebagai calon Perdana Menteri gandingan Pakatan Harapan bersama Barisan Nasional.

Tetapi apa yang disembunyikan oleh orang-orang Najib ialah rundingan rahsia yang dikatakan berlaku antara Anwar dan beberapa wakil dari PPBM ke arah kerjasama PKR dan Perikatan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum ke-15.

Memandangkan Muhyiddin takut Barisan Nasional akan menarik sokongan terhadap Perikatan Nasional selepas Perhimpunan Agung UMNO, Anwar dikatakan sedang cuba memasuki “perjanjian peralihan kuasa” dengan Muhyiddin berbekalkan janji sokongan PKR terhadap Perikatan Nasional.

Saya difahamkan, rancangan ini direstui secara senyap oleh kedua-dua Najib dan Zahid dengan harapan “perjanjian peralihan kuasa” antara Anwar dan Muhyiddin dicapai sebelum Perhimpunan Agung UMNO hujung bulan ini.

Sekiranya berjaya, Anwar akan menarik seramai lima hingga sepuluh penyokongnya dari kalangan ahli-ahli parlimen di luar PKR agar Muhyiddin akan memperolehi sokongan tambahan sekurang-kurangnya 40 ahli parlimen dari Pakatan Harapan.

Syaratnya, Muhyiddin perlu ‘membantu’ Zahid dan Najib mengatasi semua kes mahkamah mereka manakala Zahid dan Najib perlu meyakinkan perwakilan UMNO untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional.

Berbekalkan janji ini, Zahid dikatakan akan meyakinkan para perwakilan UMNO bahawa tidak ada gunanya Barisan Nasional menarik diri dari blok kerajaan memandangkan pengunduran gabungan itu tidak akan mampu meruntuhkan kerajaan.

Sebaliknya, para perwakilan akan diberitahu secara senyap bahawa Barisan Nasional boleh bersatu dengan PKR menerusi blok kerajaan dengan niat mencantas Muhyiddin dan PPBM selepas Pilihan Raya Umum ke-15.

Saya difahamkan, rancangan ini masih belum menunjukkan sebarang tanda kejayaan dan masih berada dalam fasa rundingan melibatkan beberapa orang tengah.

Saya turut diberitahu bahawa orang-orang Najib gagal menenteramkan hampir kesemua pemimpin bahagian yang dihubungi, malah Anwar sendiri menerima penentangan dari kalangan ahli-ahli parlimen PKR dan lebih 80 peratus pemimpin DAP dan AMANAH di semua peringkat.

Apa pun, saya akan kembali dengan satu lagi sebab mengapa MKT UMNO begitu takut untuk menarik sokongan parti itu terhadap Perikatan Nasional sebelum Pilihan Raya Umum ke-15.

MUST READ:

DAP tempelak PKR, sahkan temberang Anwar (Pembongkaran)



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...