
Raggie Jessy Rithaudeen
‘سلام داتوء، دالم ڬروڤ ا-سينر اورڠ نق بونوه ديري…’
Demikian merupakan luahan salah seorang pengguna Facebook bernama Danny Zan (bawah), yang menulis, orang yang dimaksudkannya “ingin bunuh diri” kerana status ‘lulus’ permohonannya di i-Sinar tiba-tiba bertukar jadi “dalam proses” keesokkan hari.
Danny bersama beribu-ribu pengguna Facebook membanjiri media sosial dengan pelbagai luahan rasa kesal terhadap kerajaan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
Seorang lagi bernama Umar Abdullah menulis di ruang komen Facebook KWSP; “sy dh pergi kiosk kwsp kt shah alam untuk tumbprint & daftar no phone ..kertas dh keluar tp x dapat SMS dr kwsp sampai sekarang.. ada sesiapa mengalami error macam sy tak? perlukah sy dtg kwsp untuk buat sekali lagi?”
N Sharidzuan Nazeri pula menulis; “mohon KWSP check balik cawangan2 yg tak layan panggilan telefon seluruh malaysia… tgk balik statistic panggilan yg masuk yg tak berangkat diseluruh cawangan… pakat dok saja jer ni… tunggu janji temu online semata….

Ramai juga merungut tidak dapat menghubungi KWSP, termasuk Nad Dhia, yang menulis; “kwsp kenapa call xangkat dan xbg call? saya nak tnya bnda penting ni.”
Nur Farhana Mohd Sham menulis; “sama lah saya call tak boleh … saya nak tanya berkenaan i-sinar saya …. i-sinar saya masuk bulan ni rm 100 kenapa ya dan nak tanya berapakah jumlah pengeluaran yang saya buat …sebelum ni bayaran pertama saya masuk rm 1000”
Facebook rasmi beberapa ahli politik turut dibanjiri dengan rungutan dan rasa tidak puas hati oleh beribu-ribu netizen.
Setelah KWSP mengumumkan tersalah lulus i-Sinar akibat “masalah teknikal,” Rashdan Aziz menulis di Facebook Najib; “bkn main kita happy…Hrini kata dlm proses plk…Nmpk sngt kwsp ni nk mainkn kita…Baik bt tanpa bersyarat lh senang cerita…Tanpa pergi di kwsp.lagi selamat memandagkn kes covid masih ag tiada kesudahan…Hrp2 datuk sri dan yg lain dpt bersuara demi rakyat.”
Ramai juga bertanya jika KWSP “tak cukup dana” untuk bayar pencarum, dan ada juga yang merungut kerana “sukar keluar duit sendiri.”
Tidak kurang juga yang melabel i-Sinar sebagai “i-Siram” dan “i-Gelap” dalam memberi gambaran betapa resah dan kelirunya mereka dengan segala yang berlaku.
WAJIB BACA:
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
