Sandiwara UMNO terbongkar (Pendedahan Penuh)

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

“Memandangkan Muhyiddin kini berada dalam kedudukan paling lemah, Najib dan Zahid berharap beliau menjadi begitu terdesak sehingga memasuki “perjanjian peralihan kuasa” untuk mengelakkan UMNO bekerjasama dengan Mahathir bagi mencetuskan Pilihan Raya Umum”

Raggie Jessy Rithaudeen

سنديوارا امنو تربوڠكر

Kita sedia maklum bahawa kerjasama antara UMNO dan PPBM di Pilihan Raya Umum ke-15 atau penggabungan kedua-dua parti berkenaan akan ditolak terus oleh majoriti pemimpin bahagian dan akar umbi UMNO.

Kita juga tahu bahawa penolakkan itu akan membawa keuntungan besar kepada blok kuasa ketiga pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sepertimana juga pertembungan antara UMNO dan PPBM di mana-mana kerusi.




Jadi apakah yang ingin dikecapi oleh kepimpinan UMNO dengan mendesak agar Pilihan Raya Umum ke-15 diawalkan?

Cuba imbas kembali, sebaik sebelum pengundian akhir Belanjawan 2021, ahli-ahli parlimen dari UMNO paling lantang mengkritik agihan dana ke JASA dan agihan-agihan lain ke Pejabat Perdana Menteri.

Malah, persepsi yang ditimbulkan ialah kepimpinan UMNO akan menggunakan Belanjawan 2021 sebagai ‘pentas’ untuk meruntuhkan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan menolak belanjawan tersebut bersama barisan pembangkang.

Tetapi apa yang berlaku?

Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘terkena getah’ apabila sekutunya dari UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahamad Zahid Hamidi, berpaling tadah atas alasan kerajaan sanggup ‘melonggarkan’ syarat bagi pengeluaran dana KWSP sepertimana yang dituntut oleh UMNO.

Tiba-tiba, agihan dana berjuta ringgit ke JASA “tidak lagi menjadi measalah” kerana kerajaan ‘bersetuju’ untuk mengurangkan sikit penyaluran dana ke unit berkenaan.

Tetapi UMNO dan PPBM tidak berbaik selepas itu. Malah, kepimpinan UMNO dan PPBM terus-menerus bercakaran sehingga berlakunya fenomena ‘ugut-mengugut’ secara terbuka tatkala rakyat disuruh duduk diam di rumah.

Loading...

Sandiwara?

Apabila ahli parlimen dari Machang menarik sokongannya terhadap Perikatan Nasional, satu Malaysia gempar kononnya kerajaan pimpinan Muhyiddin sudah jatuh kerana tidak lagi memiliki majoriti.

Kemudian, apabila Muhyiddin menghadap Yang Di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan Seri Paduka Baginda Tuanku agar Darurat diisytiharkan, tiba-tiba muncul isu locus standi dalam pemberian nasihat itu.

UMNO pula mendakwa ramai lagi ahli parlimen akan bertindak menarik sokongan terhadap Muhyiddin. Tetapi adakah Zahid dan Najib menarik sokongan mereka terhadap Muhyiddin?

Tidak. 

Datuk Seri Nazri Aziz pula sengaja melengah-lengahkan masa sehingga selepas pengisytiharan Darurat sebelum mengumumkan penarikan sokongannya terhadap Muhyiddin.

Sambil itu, menteri-menteri dari UMNO secara senyap memberikan sokongan padu mereka kepada Muhyiddin sebelum beliau menghadap Yang Di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenaan Proklamasi Darurat.

Bukankah ini tanda-tanda jelas ada sesuatu yang tak kena? 

Bukan hanya Nazri Aziz merupakan sekutu rapat Anwar, Najib dan Zahid turut menaruh harapan agar Barisan Nasional dan Pakatan Harapan membentuk gabungan kerjasama selepas Pilihan Raya Umum ke-15 biarpun UMNO terpaksa bekerjasama dengan DAP.

Jadi mengapakah Nazri, Najib dan Zahid tidak berusaha menumbangkan Muhyiddin menerusi undi Belanjawan 2021 atau mengumumkan penarikan sokongan mereka terhadap Muhyiddin sebelum pengisytiharan Darurat?

Jawapannya jelas:

1. Najib, Zahid dan Nazri tahu bahawa Anwar gagal memperolehi Surat Akuan Bersumpah dari kesemua 91 ahli parlimen Pakatan Harapan sebelum undi Belanjawan 2021 dan Darurat.

2. Ketiga-tiga mereka turut gagal meyakinkan ahli-ahli parlimen dari Barisan Nasional dalam bilangan yang mencukupi untuk menyokong pencalonan Anwar dan kerjasama antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.

3. Justeru, langkah terdesak terakhir mereka adalah untuk memberikan ‘sedikit tekanan’ kepada Muhyiddin agar Pilihan Raya Umum ke-15 diawalkan, bukannya untuk menumbangkan terus kerajaan pimpinannya.

4. Ketiga-tiga mereka tahu bahawa PPBM tidak memiliki akar umbi atau jumlah cawangan yang mencukupi dan akan hangus seandainya UMNO tidak bekerjasama dengan parti itu di Pilihan Raya Umum ke-15.

5. Mereka turut tahu bahawa UMNO dan PPBM akan kena teruk apabila berdepan dengan blok kuasa ketiga tidak kira kedua-dua parti itu bekerjasama atau tidak.

6. Jadi apa yang mereka cuba kecapi ialah satu perjanjian yang mampu menyatukan kesemua pemimpin bahagian dan akar umbi UMNO sambil ‘menjinakkan’ Muhyiddin sebelum Pilihan Raya Umum ke-15.

7. Memandangkan Muhyiddin kini berada dalam kedudukan paling lemah, Najib dan Zahid dikatakan berharap beliau menjadi begitu terdesak sehingga memasuki “perjanjian peralihan kuasa” untuk mengelakkan UMNO daripada bekerjasama dengan Mahathir bagi mencetuskan Pilihan Raya atau menumbangkan kerajaan.

8. Menerusi perjanjian itu, mereka berharap Muhyiddin akan bersetuju untuk memberikan lebih kerusi kepada UMNO kerana parti itulah yang akhirnya akan menyumbang jentera pilihan raya bagi membantu PPBM.

9. Jika Muhyiddin berbuat demikian, UMNO pula akan mengumumkan persetujuannya untuk bekerjasama dengan PPBM di Pilihan Raya Umum ke-15 dengan harapan semua pemimpin bahagian dan akar umbi akan kembali bersatu.

10. Kemudian, setelah keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 diumumkan, tidak mustahil Barisan Nasional akan mengenepikan terus kerjasamanya dengan Perikatan Nasional untuk membentuk gabungan kerjasama baharu dengan Pakatan Harapan.

11. Inilah yang saya nampak, dan kemungkinan untuk rancangan ini berjaya amatlah tipis. Tetapi Team A akan tetap mencuba segala apa yang mungkin untuk mengelakkan kerjasama dengan Mahathir kerana pemimpin-pemimpin dari kluster mahkamah begitu terdesak untuk menyelamatkan tengkuk masing-masing.

WAJIB BACA:

Anwar perlu segera jelaskan pengkhianatan besar-besaran ahli-ahli parlimen PKR

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...