“Pendedahan Zafrul sekaligus membongkarkan kepincangan dalam pentadbiran Najib (yang pada satu ketika dahulu saya pernah pertahankan) apabila didapati salah satu daripada berpuluh-puluh projek yang dirunding secara terus oleh Barisan Nasional dua kali ganda nilainya dari jumlah keseluruhan projek yang dirunding secara terus oleh pentadbiran Pakatan Harapan dalam masa 22 bulan”
Raggie Jessy Rithaudeen
Saya sebenarnya terkejut
Pendedahan saya semalam berhubung penipuan Menteri Kewangan apabila membongkarkan projek-projek yang kononnya dirunding secara terus ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara bukan hanya mengejutkan para netizen, ia turut mengejutkan saya.
Saya terkejut apabila mendapati Menteri Kewangan telah menipu Dewan Rakyat dengan mendakwa kementerian bawah seliaan Lim Guan Eng meluluskan 101 projek bernilai RM6.61 bilion padahal lebih dua per tiga daripada nilai itu melibatkan projek yang dirunding secara terus oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak (RUJUK BAWAH).
Bersambung di bawah
TERKINI: MAKLUMAT PENUH 101 PROJEK DAN PEROLEHAN SECARA RUNDINGAN TERUS
Hakikatnya, kerajaan pimpinan Pakatan Harapan hanya bertindak merunding semula beberapa projek pentadbiran Najib bagi mengurangkan kos keseluruhan dan hanya meluluskan kurang dari 30 peratus projek yang didedahkan oleh Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berlandaskan peruntukan undoing-undang.
Semalam, saya menulis:
TTF mendapati bahawa RM 4.475 bilion daripada RM4.478 bilion atau 99.9 peratus nilai projek yang didakwa dirunding oleh Kementerian Pengangkutan bawah pentadbiran Pakatan Harapan sebenarnya dirunding secara terus dengan Syarikat Dhaya LTAT Sdn Bhd oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.
Hakikatnya, projek itu pada asalnya dirunding secara terus dengan Syarikat Dhaya LTAT Sdn Bhd oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional pada nilai RM5.265 bilion sebelum ianya dirunding semula pada harga RM4,475,250,000.00.
Jika ditolak nilai ini, Kementerian Pengangkutan sebenarnya mencatatkan nilai rundingan terus terendah manakala Kementerian Dalam Negeri bawah penyeliaan Tan Sri Muhyiddin Yassin mencatatkan nilai kedua tertinggi, melebihi setengah billion.
Ini bermakna, bukan hanya lebih dua per tiga daripada nilai keseluruhan projek-projek yang didedahkan oleh Zafrul dirunding secara terus oleh pentadbiran Najib, orang yang bergelar Perdana Menteri pada ketika ini terlibat dengan rundingan hampir satu per empat daripada nilai baki projek-projek yang diluluskan oleh kerajaan pimpinan Pakatan Harapan.
Ini turut bermakna, bukan hanya percubaan ahli parlimen dari Barisan Nasional untuk memalukan pihak lawan melantun balik pada pentadbiran Najib, ianya turut memalukan Perdana Menteri Malaysia yang turut merupakan tuan kepada pihak yang membuat pendedahan, Zafrul.
Penipuan ini sekaligus bermakna Zafrul telah menghina kemuliaan Parlimen, menipu rakyat dan secara tidak langsung bersubahat dengan ahli parliemen dari Barisan Nasional yang tahu berkenaan penipuan itu tetapi gagal memperbetulkan kenyataan Zafrul malah menyelar terus Lim Guan Eng.
Saya terkejut, kerana pendedahan Zafrul bermakna dakwaan Barisan Nasional dan PAS selama ini kononnya Lim Guan Eng telah menyalah guna kedudukannya sebagai Menteri Kewangan untuk meluluskan projek-projek berbilion ringgit dengan cara yang tidak betul sah palsu.
Pendedahan Zafrul sekaligus membongkarkan kepincangan dalam pentadbiran Najib (yang pada satu ketika dahulu saya pernah pertahankan) apabila didapati salah satu daripada berpuluh-puluh projek yang dirunding secara terus oleh Barisan Nasional dua kali ganda nilainya dari jumlah keseluruhan projek yang dirunding secara terus oleh pentadbiran Pakatan Harapan dalam masa 22 bulan.
Saya rasa tertipu.
Sama juga seperti penipuan UMNO Team A yang selama ini mendakwa “ummah perlu bersatu demi menentang anasir jahat DAP” (RUJUK BAWAH)
Bersambung di bawah
Setelah melakukan banyak kajian, saya sedar bahawa Team A menggunakan alasan ini semata-mata untuk menangkis tekanan beberapa pemimpin dari dalam Barisan Nasional dan UMNO yang inginkan Najib dan orang-orangnya berundur.
Ini menjadi sebab utama Team A cuba berpaut pada PAS sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (apabila Najib didesak untuk berundur disebabkan skandal 1MDB) dan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (apabila keseluruhan Team A didesak untuk berundur disebabkan kekalahan Barisan Nasional).
Saya mengaku, beberapa pemimpin DAP sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan-kenyataan bersifat rasis yang tidak harus dikeluarkan, di mana saya sendiri telah menegur pemimpin-pemimpin ini secara terbuka dan akan terus menegur sesiapa sahaja yang gagal menjaga sensitiviti kaum.
Tetapi hakikat tetap hakikat, dan hakikatnya, perjuangan Team A selama ini tiada kaitan langsung dengan keperluan“menyatukan ummah” atau “Muafakat Nasional” yang hanya merupakan konsep-konsep yang dijaja untuk menipu ummah demi kepentingan peribadi pemimpin-pemimpin Team A.
Rakyat Malaysia telah ditipu selama ini.
WAJIB RUJUK JUGA:
TERKINI: MAKLUMAT PENUH 101 PROJEK DAN PEROLEHAN SECARA RUNDINGAN TERUS
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
