Sekumpulan besar ahli parlimen sepakat tolak belanjawan

“Kenyataan Zahid kononnya semua ahli parlimen dari Barisan Nasional akan sokong Belanjawan 2021 tidak mewakili majoriti ahli-ahli parlimen yang tidak bersekutu dengan Team A”

Raggie Jessy Rithaudeen

سكومڤولن بسر اهلي ڤرليمين سڤاكت تولق بلنجاوان، زاهيد هيلڠ كاولن

“Belanjawan 2021 boleh jadi tidak lulus, ramai juga (ahli parlimen) dari UMNO dan Bersatu (PPBM) sepakat tolak belanjawan.

“Bukan sebab JASA sahaja, banyak lagi yang menjadikan mereka bingung. Bantuan kepada rakyat, peniaga kecil tidak jelas. Saya tak percaya belanjawan lulus.”




Demikian luahan seorang sumber dalaman dari UMNO yang ingin namanya dirahsiakan (kemudian daripada ini dirujuk sebagai DSX) yang turut merupakan ahli parlimen dan pemimpin kanan parti.

BACA (KLIK) DI SINI: 30 DALIL KENAPA BELANJAWAN 2021 GAGAL TERUK

Menurutnya, banyak cadangan yang dibentangkan menerusi Belanjawan 2021 berat pada politik, dan sumbangan RM85.5 juta kepada JASA merupakan petanda awal pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin melutut kepada kepimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Saya bersetuju, malah perkara ini dicerminkan menerusi kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi, Zahidi Zainul Abidin, yang mengaku mengakui bertanggungjawab mencadangkan Jasa dihidupkan semula selepas ia dibubarkan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

“Ya, saya yang cadang hidupkan Jasa, tapi beliau (Saifuddin) tahu… mungkin sebab beliau menteri jadi banyaklah tugasnya.

“Menteri inikan terlalu aktif, terkenal jadi dia sibuk sampai terlupa benda yang dah disampaikan kepada beliau,” katanya.

Zahidi merupakan ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) UMNO, manakala MKT pula dianggotai oleh ramai pemimpin dari Team A yang kini diterajui bersama oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan Zahid Hamidi.

Masalahnya, Team A tidak lagi mewakili UMNO, kerana majoriti ahli-ahli parlimen dari parti itu kini bersekutu dengan Tengku Razaleigh Hamzah dan bertekad membuat keputusan sendiri bila sampai masanya.

Loading...

Kenyataan Zahidi Zainul boleh juga dianggap sebagai kenyataan Team A yang sememangnya terlibat dalam pentadbiran kerajaan terdahulu dan menyalahgunakan JASA untuk tujuan propaganda.

Apa yang aneh, Zahidi Zainulberani bersuara mempertahankan JASA walaupun bosnya sendiri, Datuk Saifuddin Abdullah (PPBM), menyuarakan rasa terkejutnya dengan agihan RM85.5 juta kepada JASA.

Persoalannya, apakah Muhyiddin melutut kepada Team A dan bersetuju untuk menghidupkan semula JASA semata-mata untuk memastikan Zahid Hamidi dan Najib menekan ahli-ahli parlimen dari UMNO untuk menyokong belanjawan?

“Ini kes timbalan menteri dari UMNO tunjuk taring pada menteri dari Bersatu,” jawab ringkas DSX.

Apa pun, kenyataan Zahid Hamidi kononnya semua ahli parlimen dari Barisan Nasional akan sokong Belanjawan 2021 tidak mewakili pendapat sebenar majoriti ahli-ahli parlimen yang tidak bersekutu dengan Team A dan sekadar “mengangguk kepala” sementara menunggu masa.

Zahid Hamidi turut pernah “ditangkap basah” menipu sebelum ini apabila menzahirkan sokongan UMNO terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim secara rahsia tanpa pengetahuan atau persetujuan majoriti ahli-ahli parlimen dari parti itu.

Sekiranya Belanjawan 2021 gagal diluluskan, ia akan meletakkan titik noktah pada karier politik Zahid, Najib dan pemimpin-pemimpin lain dari Team A.

Saya turut difahamkan ramai ahli parlimen dari PKR, DAP, AMANAH, WARISAN dan GPS tidak berpuas hati dengan belanjawan yang dibentangkan dan berkemungkinan besar bertindak menolaknya.

WAJIB BACA:

Pusing tahap ‘puting beliung’ sekalipun tak boleh selamatkan Belanjawan 2021

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...