سمبيلن كندرأن ماسوق كديامان محي الدين، ترماسوق تڤي عيم، ڤڬوام نڬارا، حمزه زاينوددين
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Sebanyak sembilan kenderaan milik orang kenamaan dipercayai menteri telah masuk ke kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi.
Walaupn kejadian sebegini agak kerap berlaku sejak Yang Di-Pertuan Agong menzahirkan rasa dukacita terhadap kerajaan pimpinan Muhyiddin, ‘pertemuan’ malam semalam melibatkan mereka yang dikatakan penyokong paling rapat Perdana Menteri.
Pertemuan itu dikatakan berakhir jam 10.30 malam tadi apabila kenderaan-kenderaan terbabit keluar perkarangan rumah Muhyiddin.
Manakala itu, akhbar Amerika Syarikat “Washington Post” melaporkan bahawa pentadbiran Muhyiddin menangguh sidang parlimen bagi mengelakkan undi tidak percaya.

Menurut Sinar, antara mereka yang hadir ialah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Datuk Seri Hamzah Zainudin.
BACA JUGA: KERAJAAN SUDAH TERBUBAR
Selain itu, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun dan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu antara individu yang dipercayai bertemu dengan Muhyiddin.
Pagi semalam, seramai 107 ahli Parlimen pembangkang telah berhimpun di Dataran Merdeka dan membuat sidang media di sana setelah dihalang memasuki bangunan Parlimen.
Jumaat lalu, Muhyiddin memaklumkan bahawa parlimen harus ditutup sehingga satu tarikh yang masih belum ditetapkan.
Menurut cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), semua sesi mesyuarat termasuk Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan dan Pilihan Khas Parlimen pada 26 Julai sehingga 29 Julai 2021 harus ditangguhkan untuk tempoh dua minggu bermula dari 29 Julai 2021.
KKM menggunakan Covid-19 sebagai alasan setelah 11 kes positif Covid-19 dikesan di Parlimen ketika persidangan minggu lalu.
Namun, majoriti ahli parlimen (semua dari pembangkang dan beberapa dari blok kerajaan) mempersoalkan tindakan penangguhan ini yang dikatakan tidak masuk akal dan disengajakan.
Menurut pembangkang, penangguhan ini disebabkan Muhyiddin tidak lagi memiliki majoriti dan takut akan berlaku situasi di mana ahli-ahli parlimen dari blok kerajaan berpindah ke blok bebas.
Ada juga yang mempersoalkan penjelasan Noor Hisham berhubung gejala ‘superspreader’ yang tidak berasas dan tidak disokong sains.
Mereka yang menolak penjelasan ini berkata majoriti ahli parlimen sudahpun divaksin penuh dan seharusnya dibenarkan bersidang.
Manakala itu, akhbar Amerika Syarikat “Washington Post” melaporkan bahawa pentadbiran Muhyiddin menangguh sidang parlimen bagi mengelakkan undi tidak percaya.
THE THIRD FORCE
WAJIB BACA: