Yusoff disoal 8 jam, dakwaan terhadap Anwar disiasat bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan

Anwar menafikan dakwaan Yusoff sekeras-kerasnya dengan alasan beliau tidak mungkin dapat berjumpa Yusoff pada tarikh kejadian kerana sibuk dengan urusan lain. Sumber (gambar): FMT

Sebuah portal berita melaporakan bahawa Muhammed Yusoff Rawther, yang menuduh Presiden PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim melakukan serangan seksual dan fizikal, akhirnya melangkah keluar dari Bukit Aman kira-kira 8 jam selepas hadir memberi keterangan.

Menurut Free Malaysia Today, peguam Yusoff, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, berkata kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan.

TTF difahamkan bahawa Yusoff mempunyai cukup bukti untuk menyokong dakwaan beliau. TTF turut diberitahu bahawa pengawal keselamatan yang mengawal pintu keluar masuk tempat kejadian mempunyai rekod kehadiran Anwar dan Yusoff pada tarikh dan masa berkenaan.

Menurut sumber, tindakkan Anwar menjemput Yusoff masuk ke rumahnya (tempat kejadian) dan turun ke perpustakaan disaksikan sendiri oleh seorang pembantu rumah yang berada di situ.


PETALING JAYA: Sebuah portal berita melaporakan bahawa Muhammed Yusoff Rawther, yang menuduh Presiden PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim melakukan serangan seksual dan fizikal, akhirnya melangkah keluar dari Bukit Aman kira-kira 8 jam selepas hadir memberi keterangan.

Menurut Free Malaysia Today, peguam Yusoff, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, berkata kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan.




“Polis akan memanggilnya jika ada apa-apa perkembangan,” kata Khatri.

Yusoff menuduh Anwar memperlakukannya secara tidak senonoh menerusi satu akuan bersumpah bertarikh 19hb November 2019 (lihat hujung bawah) di mana beliau turut mendakwa Anwar cuba meliwatnya secara paksa.

Apabila ditanya, Anwar menafikan dakwaan tersebut dengan alasan beliau sibuk dengan urusan lain pada tarikh kejadian.

“Pada tarikh itu, saya giat menjalankan kempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson serta menghadiri Majlis Memperingati Ulang Tahun Kelahiran Mahatma Gandhi ke-150 di Kuala Lumpur sebelum kembali semula ke Port Dickson untuk memenuhi jadual kempen,” katanya.

Walaubagaimanapun, menerusi semakan jadual program PRK Anwar di Port Dickson, TTF berjaya membuktikan bahawa masa dan tarikh yang disebutkan Yusoff adalah munasabah kerana ianya memberikan cukup masa untuk beliau bersama dengan Anwar. (rujuk artikel di bawah).

Ini sekaligus bermakna Anwar tidak boleh guna alasan bahawa dia sibuk dengan PRK dan Majlis Ulangtahun Kelahiran Gandhi sebagai alibi kerana alasan tersebut tidak membawa apa-apa makna.

TTF difahamkan bahawa Yusoff mempunyai cukup bukti untuk menyokong segala dakwaan yang terkandung dalam akuan bersumpahnya.

Loading...

TTF turut diberitahu bahawa pengawal keselamatan yang mengawal pintu keluar masuk tempat kejadian mempunyai rekod kehadiran Anwar dan Yusoff pada 2hb Oktober 2018, iaitu tarikh dan masa kejadian didakwa berlaku.

Menurut sumber, tindakkan Anwar menjemput Yusoff masuk ke rumahnya (tempat kejadian) dan turun ke perpustakaan disaksikan sendiri oleh seorang pembantu rumah yang berada di situ.

THE THIRD FORCE

ARTIKEL BERKAITAN:

Terkini: Anwar kantoi menipu isu serangan seksual, fizikal



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...