Setakat kompaun RM10 ribu ‘celah gigi’, Barisan Nasional patut dibatal penyertaan dalam PRN Melaka

“Kompaun RM10 ribu dianggap “celah gigi” dan mampu dibayar dengan cukup mudah oleh Barisan Nasional, malah saya tidak hairan jika gabungan itu menyediakan “Tabung Kompaun PRN Melaka” bernilai lebih RM 1 juta untuk membayar kompaun-kompaun susulan yang mungkin timbul”

Raggie Jessy Rithaudeen

ستاكت كومڤاون رم10 ريبو ءچلاه ڬيڬيء، بن ڤاتوت دبطل ڤڽرتأن دالم ڤرن ملاك

Media melaporkan bahawa Barisan Nasional (BN) dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan mengadakan majlis pelancaran jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) malam tadi.

Kementerian Kesihatan (KKM), menerusi satu ciapan di Twitter, memaklumkan kompaun bernilai RM10,000 itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Kepong kerana penganjuran majlis didapati melanggar Akta 342.




KKM turut memuat naik salinan surat kompaun yang dikeluarkan kepada BN itu yang mengadakan majlis berkenaan di Dewan Tun Hussein Onn, WTCKL.

BACA JUGA: NAJIB PERLU MOHON MAAF KEPADA TUN MAHATHIR

Menurut KKM, kesalahan dikenakan tindakan mengikut Peraturan 16(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pegawalan Penyakit Berjangkit kerana gagal memastikan penjarakan fizikal.

Saya amat hairan bagaimana Barisan Nasional boleh mengadakan juga majlis pelancaran jentera PRN Melaka sedangkan pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sedia maklum bahawa kerajaan melarang sebarang bentuk perhimpunan sempena PRN Melaka.

Menurut laporan, majlis tersebut dihadiri oleh Zahid, Datuk Seri Najib Razak, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Tan Sri Joseph Kurup, Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon, Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Apakah kompaun RM10,000 memadai bagi sebuah parti politik yang terang-terang melanggar SOP kerajaan dengan sengaja?

Kompaun sebegini dianggap “celah gigi” dan mampu dibayar dengan cukup mudah oleh Barisan Nasional, malah saya tidak hairan jika gabungan itu menyediakan “Tabung Kompaun PRN Melaka” bernilai lebih RM 1 juta untuk membayar kompaun-kompaun susulan yang mungkin timbul.

Saya berpendapat bahawa pihak KKM dan Suruhanjaya Pilihan Raya perlu bertindak dengan lebih tegas terhadap Barisan Nasional dan membuat ketetapan bahawa mana-mana parti politik yang melanggar SOP PRN Melaka sebanyak dua kali akan terbatal penyertaan calon-calonnya.

Loading...

Ini melibatkan keselamatan rakyat jelata, dan pihak KKM perlu bertindak dengan lebih logic dan praktikal bagi membendung sebarang bentuk perhimpunan atau aktiviti sosial menjelang PRN Melaka.

WAJIB BACA:

Pelik bila Zahid enggan turun ke Melaka berunding dengan semua ADUN UMNO

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...