
ستله براقرار اتس نام الله ستيا كڤد واريثن، ادون سباتيق برسكوتو دڠن ڤريكتن ناسيونل، باريسن ناسيونل
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Setelah berikrar atas nama Allah SWT untuk setia kepada Parti Warisan Sabah (WARISAN), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik Hassan A. Gani Pangiran Amir mengingkari ikrar tersebut apabila mengumumkan meninggalkan WARISAN dan menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Pengumuman itu dibuat pada 25hb Febuari lalu, manakala ikrar yang dilafazkan oleh Hassan dirakam semasa pemilihannya sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah September lalu.
Menurut Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, surat peletakan jawatan Hassan akan dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah esok bagi mengotakan ikrarnya untuk melepaskan jawatan sebagai ADUN Sebatik jika melompat parti.
Menurut Shafie, WARISAN tidak pernah memaksa mana-mana calon parti itu menandatangani surat tersebut sebaliknya mereka melakukannya atas kehendak sendiri untuk menjadi calon.
PETALING JAYA: Setelah berikrar atas nama Allah SWT untuk setia kepada Parti Warisan Sabah (WARISAN), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik Hassan A. Gani Pangiran Amir mengingkari ikrar tersebut apabila mengumumkan meninggalkan WARISAN dan menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Pengumuman itu dibuat pada 25hb Febuari lalu, manakala ikrar yang dilafazkan oleh Hassan dirakam semasa pemilihannya sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah September lalu.
Menurut Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, surat peletakan jawatan Hassan akan dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah esok bagi mengotakan ikrarnya untuk melepaskan jawatan sebagai ADUN Sebatik jika melompat parti.
“Ya kami akan serahkan kepada Yang Dipertua DUN terlebih dahulu dan salinannya kepada SPR serta Yang Dipertua.
“Esok atau lusa,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat bersama semua wakil rakyat WARISAN di pejabat WARISAN Kota Kinabalu hari ini.
Surat peletakan jawatan itu ditandatangani Hassan A. Gani pada 10 September lalu sebelum beliau menerima watikah pelantikan sebagai calon WARISAN bagi kerusi DUN Sebatik dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16.
Menurut Shafie, WARISAN tidak pernah memaksa mana-mana calon parti itu menandatangani surat tersebut sebaliknya mereka melakukannya atas kehendak sendiri untuk menjadi calon.
Tambahnya, surat tersebut ditandatangani di hadapan barisan peguam sebagai saksi.
“Bukan ada paksaan tiada tekanan sebelum dia menjadi YB (yang berhormat) dan semua YB kita minta lafazkan janji mereka selaku parti dan selaku pimpinan bahawa jangan khianati perjuangan ini.
“Bila mereka tandatangan ini merupakan depan peguam kita, kita lantik peguam di depan itu mereka tandatangan ada saksi ada peguam.
“Mereka telah berjanji malahan berjanji atas nama Allah SWT Tuhan kita mana ada paksaan ini,” tegasnya.
THE THIRD FORCE
Disunting daripada laporan-laporan asal terbitan Sabah Today
WAJIB BACA:
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
