
Haniff Khatri
Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :
1. Pada 23.02.2022, dalam melaporkan keterangan yang diberi oleh saksi TIM LEISSNER dalam perbicaraan jenayah terhadap ROGER NG, Bekas Ekesekutif Goldman Sachs, yang sedang berjalan di Mahkamah Daerah Timur, Brooklyn, New York, Amerika Syarikat, MYMETRO bertajuk “Leissner dakwa kekasih ugut belikan rumah”, telah melaporkan :
“Perbicaraan kes rasuah bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc Roger Ng mendedahkan bekas bos Ng, Tim Leissner memberi keterangan bahawa seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) media yang mempunyai hubungan sulit dengannya memeras ugut untuk dibelikan rumah bernilai AS$10 juta (kira-kira RM41.8 juta).
Ditanya oleh pendakwa Drew Rolle mengenai hubungan sulitnya, Leissner memetik beberapa nama termasuk Datuk Rohana Rozhan iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat media Astro Malaysia Holdings Bhd.
Hubungan itu terjalin bermula 2003 hingga 2013, katanya kepada juri seperti dilapor Bloomberg.
Ketika ditanya Rolle, Leissner mengakui pernah membelikan Rohana rumah di London pada 2013, selepas dia diugut untuk didedahkan pembabitannya dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Rohana begitu marah apabila hubungan kami berakhir dan saya berkahwin dengan Kimora (Lee Simmons).
“Jika saya tidak membelikannya rumah, dia akan mendedahkan kepada pihak berkuasa mengenai skandal saya dalam 1MDB.
“Dia mengugut saya untuk mendedahkan skandal itu pada 2013 dan saya begitu takut,” katanya.”
2. Sememangnya, pendedahan TIM LEISSNER itu WAJIB disiasat oleh pihak berkuasa Malaysia, dan jika siasatan mendapati bukti yang mencukupi bahawa keterangan TIM LEISSNER itu adalah BETUL, dan selanjutnya bahawa TIM LEISSNER telah menggunakan wang perolehan gubahan haram daripada jenayah terhadaop 1MDB itu, maka rumah mewah bernilai USD 10 juta di London di atas nama ROHANA ROZHAN sememangnya akan menjadi HASIL GUBAHAN WANG HARAM yang perlu disita dan dirampas mengikut proses undang-undang, demi kepentingan dana rakyat 1MDB, dan seterusnya ROHANA ROZHAN pun wajar diambil tindakan undang-undang jenayah di Malaysia, di atas perolehan salah alan HASIL WANG GUBAHAN HARAM.
3. Oleh itu, PENGIKTIRAFAN dan PUJIAN harus diberikan di atas tindakan SPRM untuk membuka siasatan terhadap ROZANA ROZHAN berkaitan perkara itu, seperti yang dilaporkan FREEMALAYSIATODAY 24.02.2022 bertajuk “SPRM ambil keterangan bekas CEO Astro susulan pendedahan Leissner” :
“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai sudah mengambil keterangan daripada bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro Malaysia Holdings Bhd, Rohana Rozhan susulan pendedahan dibuat bekas eksekutif Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner dalam kes membabitkan 1MDB di Amerika Syarikat semalam.
Utusan Malaysia yang memetik sumber melaporkan, satu siasatan telah pun dijalankan SPRM berikutan pendedahan Leissner berhubung pemberian sebuah rumah di London bernilai USD10 juta kepada Rohana.
Sumber berkata, siasatan itu akan dilakukan SPRM mengikut mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001.
4. Namun, pada masa yang sama, satu PERSOALAN yang penting yang muncul di minda kesemua Rakyat yang prihatin adalah :
“Kenapakah maklumat penting seperti ini tidak diperolehi oleh pihak berkuasa Malaysia sebelum daripada ini, sedangkan menurut sejarah yang ada, pihak berkuasa kita juga telah mulakan siasatan berhubung SKANDAL 1MDB sejak 12.12.2014 lagi, di mana MANGSA SEBENAR jenayah 1MDB itu, adalah Malaysia dan bukannya mana-mana negara luar pun ?!”
5. Pada hakikatnya, JAWABAN sebenar kepada PERSOALAN itu akan menampakkan bahawa cara dan gaya pihak berkuasa Malaysia kononnya melakukan siasatan berhubung SKANDAL 1MDB pada masa material 12.12.2014 hingga 09.05.2018, adalah SIASATAN berbentuk KEPURA-PURAAN yang dizahirkan apabila Peguam Negara terdahulu APANDI ALI telah tidak pernah meminta”bantuan perundangan bersesama”(mutual legal assistance) daripada negara luar, dan telah dengan angkuh menolak permintaan “bantuan perundangan bersesama”(mutual legal assistance) daripada Pejabat Peguam Negara (OAG) Switzerland, iaitu salah sebuah negara yang telah mulakan siasatan terawal jenayah 1MDB itu !!
6. Apa yang lebih menghairangkan adalah sehingga ke hari ini, Pejabat Peguam Negara Malaysia terkini, TS IDRUS HARUN masih berdiam diri dalam memaklumkan kepada Rakyat Malaysia samada beliau ada mengarahkan mana-mana Peguam Lantikan di Amerika Syarikat untuk hadir sebagai Peguam Pemerhati bagi pihak Kerajaan Malaysia semasa perbicaraan pertuduhan Jenayah terhadap ROGER NG ini berjalan di Mahkamah Daerah Timur Brooklyn, New York, Amerika Syarikat, supaya pantauan harian yang rapi dapat memperolehi maklumat-mmaklumatpenting yang terdedah di sana untuk secara tuntas dan cepat, boleh diambil tindakan perlu di sini.
7. Saya sejujurnya berpendapat, Malaysia sebagai mangsa utama SKANDAL 1MDB tidak boleh pandang sambil lewa, tanpa mengambil reaksi proaktif dalam melibatkan diri secara positif dalam perbicaraan di sana, supaya kepentingan Rakyat dan negara Malaysia dapat dipelihara dengan sebaiknya.
8. Justeru, saya SERU Peguam Negara TS IDRUS HARUN mengambil langkah yang perlu denganserta merta untuk menetukan kehadiran Peguam Amerika Syarikat mewakili Malaysia dalam perbicaraan di Amerika Syarikat itu, dan mengeluarkan satu kenyataan rasmi berkaitan perkara ini secepat mungkin, sebelum adanya mana-mana pendedahan lanjut di sana, yang mungkin tiada dalam fail siasatan pihak berkuasa di sini di atas keangkuhan dan ketinggalan Bekas Peguam Negara APANDI ALI untuk bertindak secara positif pada masa itu !!
DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!!!
WAJIB BACA:
Pengakuan anak Najib, kenyataan palsu Najib di Facebook makan diri
