Sokongan majoriti beralih lagi, otai Anwar kantoi tipu

“Memang ada seorang individu yang sudahpun memiliki sokongan majoriti dalam kadar yang agak selesa, cuma individu ini namanya bukan Anwar Ibrahim”

Raggie Jessy Rithaudeen

Saudara saudari sekalian,

Izinkan saya mengimbas sekali satu peristiwa yang berlaku tahun lalu melibatkan saya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.




Di sekitar bulan Jun 2019, saya mengisytiharkan buat kali ke entah berapa, bahawa secara efektif, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak memiliki sokongan ahli parlimen dalam bilangan yang mencukupi untuk melayakkan beliau sebagai Perdana Menteri.

BACA DI SINI: ANWAR TIDAK MEMPUNYAI SOKONGAN MAJORITI, MALAH SEBILANGAN PENYOKONGNYA BERALIH KEM AZMIN

Saya berbuat demikian kerana Anwar pada ketika itu mengerahkan otai-otainya untuk membanjiri WhatsApp, We Chat, Facebook dan juga Telegram dengan berita palsu kononnya beliau memiliki sokongan majoriti dua per tiga dan bersedia untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Pada ketika itu, saya berkali-kali menceritakan perihal kewujudan akuan-akuan bersumpah palsu dan kemungkinan-kemungkinan tertentu melibatkan akuan-akuan bersumpah tersebut.

Tetapi cerita-cerita saya itu di ‘karate’ oleh otai-otai Anwar yang medakwa saya ini seorang “Pak Pandir” yang hanya pandai bercerita.

Susulan itu, 7 hb Julai 2019, saya menerbitkan dua akuan bersumpah palsu ‘milik’ Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, di mana akuan-akuan bersumpah tersebut dilihat memiliki nama dan tandatangan mereka (lihat dokumen-dokumen di hujung bawah sekali).

Saya kemudiannya meminta Anwar mengesahkan kesahihan kedua-dua akuan bersumpah tersebut tetapi tidak menerima sebarang maklumbalas daripadanya.

Loading...

Yang ada hanyalah penafian daripada pembantunya yang saya tolak terus kerana ianya tidak datang daripada mulut Anwar sendiri.

Sebenarnya, pada ketika itu, saya memiliki beberapa akuan bersumpah palsu yang kesemuanya berasal daripada orang-orang di sekitar Anwar, termasuk akuan bersumpah palsu Muhyiddin, Zahid, Najib dan bebrapa pemimpin UMNO lain.

Apabila tidak mendapat sebarang respons daripada Anwar, pada 18hb Julai 2019, saya mengambil keputusan untuk menerbitkan satu lagi akuan bersumpah, di mana kali ini, akuan bersumpah tersebut dilihat memiliki nama dan tandatangan Anwar sendiri (lihat dokumen pertama di bawah).

Di dalam akuan bersumpah terbaru itu, ‘Anwar’ mendakwa memiliki sokongan dua pertiga ahli parlimen bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Malah, Anwar turut berjanji melantik Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Islmail dan menyatakan komitmen beliau untuk memastikan proses peralihan kuasa berjalan dengan lancar.

Sekali lagi, saya meminta jasa baik Anwar untuk mengesahkan sekiranya akuan bersumpah tersebut sahih atau palsu dan sekiranya dokumen-dokumen ini telah digunakan oleh orang-orang beliau untuk menipu sebilangan tertentu ahli-ahli parlimen.

Malangnya, setelah menunggu beberapa hari, saya tidak mendapat sebarang maklumbalas daripada Anwar yang berselindung di belakang tabir sementara otai-otai beliau cuba menangkis dakwaan-dakwaan saya.

Saya sebenarnya tidak berpuas hati dan mengesyaki Anwar sememangnya mempunyai perancangan jahat menipu Yang di Pertuan Agong bahawa beliau sudah memperolehi sokongan majoriti dua pertiga ahli-ahli parlimen untuk menjadi Perdana Menteri

Saya menulis:

“Memandangkan Anwar enggan menjawab semua pertanyaan saya dan enggan membuat laporan polis terhadap saya sepertimana yang saya minta beliau buat menerusi satu sidang media (lihat bawah), saya memberikan Anwar “the benefit of doubt.”

Bersambung selepas video

“Sekiranya benar Anwar mempunyai 149 akuan bersumpah ahli-ahli parlimen dari DAP, Warisan, Sarawak, Amanah, PPBM dan UMNO yang mengisytiharkan sokongan mereka kepada beliau sebagai bakal Perdana Menteri, saya mengesyorkan agar Anwar tidak membuang masa dan gulingkan sahaja Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Pintu pagar Istana Negara sudah ‘luas terbuka’ menantikan kehadiran Anwar untuk mengadap Yang di Pertuan Agong bagi mempersembahkan 149 akuan bersumpah tersebut agar Anwar boleh menjadi Perdana Menteri dengan kadar segera dan melantik seorang pemimpin kanan DAP sebagai Timbalan Perdana Menteri II.

“Jangan buang masa Anwar, kerana masa itu bakal menjadi musuh terbesar anda. Saya masih boleh menunggu dan akan memberi ruang kepada Anwar sehingga hujung minggu ini bagi mengadap Yang di Pertuan Agong.”

Hari ini, seorang lagi otai Anwar tengah buat ‘gempaq’ di WhatsApp dan Facebook kononnya ada seorang individu yang tidak dinamakan sudah memiliki sokongan majoriti dan bakal mengadap Agong bersama akuan-akuan bersumpah baharu.

Di sini, saya ingin memberitahu otai berkenaan:

1. Saya sudah melihat beberapa “akuan bersumpah palsu baharu” dan mengesyaki ianya bertujuan menipu beberapa ahli parlimen bahawa Anwar memiliki sokongan majoriti agar ahli-ahli parlimen berkenaan turut menandatangani akuan bersumpah untuk menyokong Anwar.

2. Memang ada seorang individu yang sudahpun memiliki sokongan majoriti dalam kuantiti yang agak selesa, cuma individu ini namanya bukan Anwar Ibrahim

3. Pintu pagar Istana Negara masih lagi ‘luas terbuka’ menantikan kehadiran Anwar untuk mengadap Yang di Pertuan Agong bagi mempersembahkan bukti sokongan majoriti terhadap beliau.

Saya akan rungkai perkara ini dalam satu sesi live khas esok (Jumaat, 29 Mei) pada pukul 5 petang menerusi Facebook Raggie Jessy Rithaudeen (KLIK SINI), di mana saya turut akan ceritakan perkembangan-perkembangan terkini melibatkan poin no 2.

Bersambung…

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

 



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...