
سڤرم بكو اسيت، اكاءون بڠك روحان سوسولن ڤندداهن تيم لياسسنير بركايت 1مدب
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan perintah pembekuan aset dan akaun bank bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Bhd, Rohana Rozhan, susulan pendedahan terbaharu berkait 1MDB.
Sumber SPRM dipetik Astro Awani berkata, langkah itu menyusul siasatan ke atas dakwaan pembelian rumah oleh bekas eksekutif Goldman Sachs, Tim Leissner menggunakan dana 1MDB.
Dalam prosiding berkaitan 1MDB di Amerika Syarikat, menerusi keterangan dilaporkan Bloomberg, Leissner mendedahkan hubungannya dengan Rohana terjalin sejak 2003 hingga 2013.
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan perintah pembekuan aset dan akaun bank bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Bhd, Rohana Rozhan, susulan pendedahan terbaharu berkait 1MDB.
Sumber SPRM dipetik Astro Awani berkata, langkah itu menyusul siasatan ke atas dakwaan pembelian rumah oleh bekas eksekutif Goldman Sachs, Tim Leissner menggunakan dana 1MDB.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Oleh itu, Rohana dilarang melakukan sebarang transaksi melibatkan akaun bank miliknya di United Kingdom.
“Pembekuan aset itu dibuat di bawah Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
BACA: PENGAKUAN ANAK NAJIB, KENYATAAN PALSU NAJIB DI FACEBOOK MAKAN DIRI
“Ia dibuat ketika SPRM memulakan siasatan terhadap dakwaan Tim yang mendakwa diugut untuk membelikan sebuah rumah bernilai USD10 juta di London.”
Terdahulu, Rohana dilaporkan disoal siasat lebih lapan jam di ibu pejabat SPRM, Putrajaya, semalam.
Dalam prosiding berkaitan 1MDB di Amerika Syarikat, menerusi keterangan dilaporkan Bloomberg, Leissner mendedahkan hubungannya dengan Rohana terjalin sejak 2003 hingga 2013.
Katanya, dia membeli sebuah rumah bernilai USD10 juta di London pada 2013 untuk Rohana, selepas kekasih sulitnya itu mengugut akan mendedahkan pembabitannya dalam skandal 1MDB.
Sumber:
WAJIB BACA:
