SPRM harus siasat bekas Menteri Besar Perak (PPBM) yang dituduh rasuah, salah guna kuasa

Khairuddin Abu Hassan

سڤرم هاروس سياست بكس منتري بسر ڤراق ﴿ڤڤبم﴾ يڠ دتودوه رسواه، ساله ڬونا كواس

Rakyat Malaysia memohon pihak SPRM untuk menyiasat secara kadar segera keatas bekas Menteri Besar Perak yang banyak laporan salahguna kuasa serta amalan rasuah dibuat keatasnya.

Kenapa SPRM hanya berdiam diri dan tidak mengambil tindakan pantas sepertimana penganiayaan politik yang sedang dilakukan terhadap YB Syed Saddiq selaku Ahli Parlimen Muar?




Ini merupakan ‘selective prosecution’ dan tekanan politik yang sedang dikenakan keatas Presiden parti MUDA yang amat tidak beretika pada realitinya.

Sudah banyak laporan-laporan SPRM telah dibuat oleh beberapa individu mengenai salahlaku rasuah serta salahguna kuasa ketika Faizal Azumu menjawat jawatan Menteri Besar Perak selama beberapa bulan.

Kami amat mengenali latar belakang dan asal-usul budak Faizal Azumu ini.

Tetapi kini budaya hidup dia sudah berbeda dari dahulu.

Apa saja yang diperolehi melalui jalan halal itu tidak mengapa tetapi apa saja kemewahan yang bersumberkan dari sumber haram maka tindakan tegas harus dikenakan tanpa kira siapa individu tersebut.

Adakah kerana faizal azumu ini Timbalan Presiden parti PPBM maka itu pihak SPRM takut untuk bertindak?

Undang-undang tidak seharusnya ‘memilih bulu’ kerana yang salah tetap bersalah.

Loading...

Keseluruhan rakyat Malaysia ingin penjelasan kerana semua laporan dan bahan bukti yang diserahkan kepada SPRM mengenai Faizal Azumu nampaknya tidak berjalan.

Dalam isu siasatan keatas salahlaku Faizal Azumu kami menggesa pihak SPRM agar jangan sama sekali ‘sapu di bawah karpet.’

SPRM harus bersikap adil dan professional dalam menggalas tanggungjawab mereka.

Ini adalah badan penguatkuasa undang-undang yang juga harus bersikap telus dan amanah dalam melaksanakan setiap tugasan.

Secara jujur dan ikhlas; saya ingin menasihati pihak SPRM agar jangan tunduk kepada ‘tangan-tangan ghaib’ politik yang menyusun atur keatas ‘selective prosecution’ terhadap individu-individu yang menentang kerajaan ‘tebuk atap’ PN!!

Siapa sokong kerajaan ‘tebuk atap’ PN akan selamat tetapi sesiapa yang menentang bakal dikenakan tindakan undang-undang!!

Jangan lupa bahawa SPRM memegang amanah di antara manusia dengan Allah swt serta manusia sesama manusia.

Siasatan secara professional, rapi, telus dan adil mesti dijalankan keatas Faizal Azumu selaku bekas Menteri Besar Perak dan Timbalan Presiden parti PPBM.

Sesungguhnya juga, SPRM masih berhutang  dengan keseluruhan rakyat Malaysia dalam semua kes-kes salahlaku serta salahguna kuasa Faizal Azumu.

Ingat pemimpin politik datang dan pergi tetapi penjawat awam tetap di tempat yang sama walaupun kerajaan bersilih ganti.

Berkhidmatlah secara jujur dan amanah demi kesejahteraan masa depan negara yang memegang erat pada ‘the rule of law.’

WAJIB BACA:

Najib, Zahid bakal dicantas Muhyiddin (Pendedahan)



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...