Sudah-sudahlah, rakyat dah tak percaya…

“Rakyat memerhati segala apa yang berlaku dan berhak mempersoalkan keabsahan kerajaan pimpinan Muhyiddin yang tidak pernah dibuktikan dan locus standi beliau apabila menasihati Yang Di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Darurat”

Raggie Jessy Rithaudeen

سوده-سودهله، رعيت ده تق ڤرچاي…

Tindakan segelintir individu yang menimbulkan persepsi kononnya sesiapa yang mempersoalkan motif Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam meminta Darurat sedang ‘menderhaka’ kepada Raja adalah prejudis, bahaya dan tidak bertanggungjawab.

Oleh kerana individu-individu ini bergelar pemimpin, kepimpinan mereka kini menjadi tanda soal memandangkan persepsi yang ditimbulkan oleh mereka adalah palsu dan memberikan tekanan kepada rakyat yang sudah sedia terkeliru, tersepit dan resah dengan segala yang berlaku.




Sejak Langkah Sheraton lagi, rakyat jelata didendangkan dengan pelbagai kepincangan dalam pentadbiran pusat yang jauh tersasar dari landasan kebenaran, antaranya:

1. Sogokkan jawatan (meminjam frasa yang digunakan oleh Tengku Razaleigh Hamzah) tak tentu hala kepada ahli-ahli parlimen blok kerajaan pada kadar yang tidak sepertinya sebelum ini.

2. Tindakan lebai-lebai PAS yang ‘menghalalkan’ sogokkan ini.

3. Politik dua darjat yang menyaksikan ramai pemimpin serta ahli parlimen blok kerajaan yang melangar SOP Covid-19 tidak dihukum tatkala rakyat biasa sentiasa disaman malah dipenjarakan atas kesalahan melanggar SOP.

4. Tindakan rakus kuasa kepemimpinan pentadbiran yang bercakaran dalam usaha mereka untuk merampas kerajaan-kerajaan negeri tatkala PKP 1.0 berlangsung dan rakyat diminta duduk rumah.

5. Tindakan rakus kuasa pemimpin pentadbiran yang meneruskan Pilihan Raya Kecil dan Negeri (Sabah) walaupun angka Covid menggila, sekaligus mengancam nyawa berpuluh ribu warganegara yang melanggar SOP ‘penjarakkan sosial’ ketika ceramah kempen.

6. Kesengsaraan peniaga kecil dan rakyat biasa yang makin tersepit apabila PKP 2.0 dan Darurat diisytihar biarpun angka Covid-19 yang mennggila kini disumbang secara langsung oleh Pilihan Raya Kecil dan Negeri (Sabah) baru-baru ini.

Loading...

7. Pengesahan oleh Tan Sri Annuar Musa sendiri bahawa nasihat yang diberikan oleh Muhyiddin dalam isu pengisytiharan Darurat ada pertimbangan politik, bercanggah dengan kenyataan Takiyuddin Hassan yang menafikan kewujudan pertimbangan tersebut.

8. Penolakkan majoriti ahli parlimen dan netizen terhadap kepimpinan Muhyiddin dan kerajaan gandingan Perikatan Nasional bersama Barisan Nasional.

9. Politik ‘petik dalil’ dan ‘putarbelit agama’ (contoh: kes Menteri Khairuddin dan kisah burung Hud-Hud) yang sentiasa dimainkan oleh PAS.

10. Tindakan ahli-ahli politik blok pentadbiran menaikkan gaji ADUN dan EXCO tatkala rakyat biasa dihimpit akibat kehilangan sumber pendapatan disebabkan PKP dan wabak Covid-19.

11. Malaysia merupakan satu-satunya negara yang menggantung sidang parlimen atas alasan Covid-19 sedangkan Muhyiddin sendiri pernah membenarkan tiga ahli parlimen yang menjalani perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) selepas menjadi kontak rapat individu positif COVID-19 untuk hadir ke parlimen bagi mengundi Belanjawan 2021.

Ini hanyalah sebahagian daripada puluhan isu yang meresahkan hati rakyat serta mengelirukan setiap seorang yang bergelar warganegara Malaysia yang binggung bagaimana kerajaan yang menjadi penyebab utama wabak Covid-19 menggila diberi kepercayaan dan ‘kuasa lebih’ untuk membanteras wabak berkenaan.

Rakyat juga memerhati segala apa yang berlaku dan berhak mempersoalkan keabsahan kerajaan pimpinan Muhyiddin yang tidak pernah dibuktikan dan locus standi beliau apabila menasihati Yang Di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Darurat.

Ini memandangkan nasihat ini diberikan sebaik selepas Muhyiddin kehilangan majoriti apabila ahli parlimen Machang mengumumkan pengundurannya dari blok kerajaan kerana hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin.

Jadi jelaslah di sini bahawa pihak yang mengelirukan dan menekan rakyat jelata tak lain tak bukan pemimpin-pemimpin dari blok kerajaan sendiri.

Apakah kini rakyat jelata boleh dipersalahkan kerana mempersoalkan motif Muhyiddin sedangkan mereka dikelirukan dan diresahkan oleh pentadbiran Muhyiddin sendiri?

JANGAN BERLAKU KEJAM!

WAJIB BACA:

UMNO bubar atau tidak diketahui dalam masa terdekat

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...