Suku kaum Bugis bangkit catat sejarah

Perjumpaan di Kuala Lumpur pada 7hb Febuari 2019. Sumber (gambar): TTF

Semalam, di Petaling Jaya, sekumpulan pejuang Melayu-Islam berketurunan Bugis bangkit bersatu, mengisytiharkan bahawa darah keturunan Bugis masih mengalir dalam jasad sebilangan besar pendekar dan panas mendidih kerana memikirkan nasib yang ditimpa Melayu-Islam.

Kebangkitan Bugis di Malaysia selepas Merdeka mula-mula tercetus berikutan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, sewaktu beliau masih lagi merupakan ahli pakatan pembangkang.

Pada bulan Oktober 2017, Tun menghina Najib sebagai “keturunan lanun Bugis” dalam satu ucapan di perhimpunan “Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi” di Padang Timur, Petaling Jaya.


PETALING JAYA: Suku kaum Bugis merupakan salah satu kumpulan etnik yang penting di Malaysia dan banyak memainkan peranan dalam mencorakkan sejarah tanah air kita.

Beberapa Sultan dan bekas Perdana Menteri di Malaysia berasal dari keturunan Bugis, termasuk Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan putranya, Dato’ Seri Najib Tun Razak.




Semalam, di Petaling Jaya, sekumpulan pejuang Melayu-Islam berketurunan Bugis bangkit bersatu, mengisytiharkan bahawa darah keturunan Bugis masih mengalir dalam jasad sebilangan besar pendekar dan panas mendidih kerana memikirkan nasib yang ditimpa Melayu-Islam.

Di dalam satu sidang media bersama Pergerakan Malaysiaku Tanahairku (PMT), kumpulan tersebut telah bersama menuntut agar Dato’ Seri Ambiga Sreenevasan tampil membuat pengakuan yang beliau memberi maklumat kepada Clare Rewcastle Brown berhubung kes dana RM90 juta yang didakwa diterima Pas daripada UMNO.

BACA LAPORAN PENUH DI SINI

RJ Rithaudeen bersama-sama Bugis Bangkit mminta Dato’ Ambiga Sreenevasan berterus terang berhubung dakwaan Clare bahawa Najib menyogok pemimpin PAS dengan dana suapan RM90 juta. Sumber (gambar): Malaysia Gazette

Terdahulu, pada 7hb Febuari 2019, kumpulan tersebut telah julung kali mengadakan satu perjumpaan dengan PMT bagi membincangkan situasi politik semasa dan bertekad untuk memperjuangkan keadilan dan kebenaran serta nasib yang ditimpa orang Melayu-Islam dan raja-raja dberperlembagaan.

Kebangkitan Bugis di Malaysia selepas Merdeka mula-mula tercetus berikutan satu kenyataan yang dikeluarkan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, sewaktu beliau masih lagi merupakan ahli pakatan pembangkang dan belum lagi menerajui kerajaan persekutuan.

Pada bulan Oktober 2017, Tun menghina Najib sebagai “keturunan lanun Bugis” dalam satu ucapan di perhimpunan “Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi” di Padang Timur, Petaling Jaya.

Kenyataan tersebut mengundang rasa murka dan kecewa baginda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin, yang melihat Tun sebagai menghasut rakyat untuk membenci, menghina dan memandang serong bangsa Bugis.

Kenyataan Tun turut mendapat kritikan hebat daripada Persatuan Perpaduan Rumpus Bugis Melayu Malaysia, Persatuan Belia Bugis Makassar Indonesia, Ahli-ahli Dewan Diraja Selangor dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Loading...

“Saya keturunan Bugis. Sultan Selangor keturunan Bugis. Ramai orang Johor berketurunan Bugis. Keturunan saya dapat dikesan di Riau-Lingga, di mana terdapat ramai orang Bugis. Apa perasaan orang Bugis?” soal Sultan Ibrahim.



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...