Syed Saddiq dakwa diugut dengan tindakan mahkamah melainkan dia sertai Perikatan Nasional

Syed Saddiq dijadualkan untuk didakwa di Mahkamah Sesyen Jalan Duta 9 pagi esok atas pertuduhan menyeleweng dana politik. Sumber (gambar): Fail TTF

سيد سددق دعوا داوڬوت دڠن تيندقن محكمه ملاءينكن دي سرتاي ڤريكتن ناسيونل

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa dirinya diugut dengan tindakan mahkamah melainkan dia menyertai Perikatan Nasional.

Menurut Syed Saddiq, dakwaan mahkamah itu merupakan kemuncak kepada ugutan yang diterimanya setiap kali muncul isu undian di parlimen.

Tahun lalu, Syed Saddiq membuat laporan polis berkenaan kehilangan kira-kira RM250,000 dari peti besi di rumahnya di Petaling Jaya.

Kehilangan wang itu mencetuskan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana jumlah wang tunai yang “mencurigakan”. 


Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa dirinya diugut dengan tindakan mahkamah melainkan dia menyertai Perikatan Nasional.

Ahli parlimen Muar itu berkata demikian dalam satu rakaman video yang dimuat naik di akaun media sosialnya sambil merujuk kepada tuduhan menyeleweng dana sebuah parti politik yang dilemparkan terhadapnya.




Dana yang dimaksudkan membabitkan jumlah RM1.12 juta, dan Syed Saddiq dijadualkan untuk didakwa di Mahkamah Sesyen Jalan Duta 9 pagi esok atas pertuduhan itu.

BACA JUGA: PAS MENGAKU PRN SABAH CETUS KEGILAAN PENULARAN WABAK COVID-19

Menurut Syed Saddiq, dakwaan mahkamah itu merupakan kemuncak kepada ugutan yang diterimanya setiap kali muncul isu undian di parlimen.

Tahun lalu, Syed Saddiq membuat laporan polis berkenaan kehilangan kira-kira RM250,000 dari peti besi di rumahnya di Petaling Jaya.

Menurutnya, sebahagian besar wang berkenaan disimpan bagi kerja-kerja pengubahsuaian rumahnya.

Namun, kehilangan wang itu mencetuskan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana jumlah wang tunai yang “mencurigakan”.

Suruhanjaya itu sebelum ini menafikan motif politik di sebalik siasatan itu.

THE THIRD FORCE

Disunting daripada laporan asal oleh Malaysiakini

Loading...

WAJIB BACA:

Bila pulak Cuepacs buat kajian sampai tahu isi hati penjawat awam?



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...