“Memandangkan Institusi Diraja perlu bebas politik, tidak mustahil Seri Paduka Baginda Tuanku yang bijaksana menunggu sekumpulan pemimpin Melayu-Islam yang benar-benar berwibawa dan bersekutu dari pembangkang untuk memberanikan diri tampil ke Istana Negara bagi merayu ditamatkan Darurat agar proses pembentukan kerajaan baharu dapat dimulakan”
Raggie Jessy Rithaudeen
#تمتضرورت: انور كنتوءي، تيدق مستحيل كراجأن بهارو تربنتوق دڠن محضير سباڬاي ڤردان منتري
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Selasa lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak hadir di perkarangan pintu luar Istana Negara bersama Gerakan Tamat Darurat kerana tahu Tun Dr Mahathir Mohamad berkemungkinan besar akan kembali sebagai Perdana Menteri jika Darurat ditamatkan.
Ini kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin akan cuba memasuki perjanjian dengan Mahathir dan bersetuju agar Mahathir dicalonkan sebagai Perdana Menteri Perikatan Nasional tanpa penglibatan Kluster Mahkamah andai kata Yang Di-Pertuan Agong bersetuju untuk menamatkan Darurat.
Senario ini mungkin berlaku kerana Muhyiddin disyaki tidak memiliki sokongan ahli-ahli parlimen dalam bilangan yang mencukupi dan hanya mampu bertahan sebagai Perdana Menteri semata-mata disebabkan Darurat.
Mahathir pula disokong oleh ramai ahli parlimen dari UMNO yang tidak mempunyai kes mahkamah (Team B) dan sebilangan tertentu dari PPBM yang hanya menunggu masa untuk parlimen dibubarkan dan Pilihan Raya Umum ke-15 diisytiharkan.
Maka tidak mustahil tiga atau empat daripada ahli-ahli parlimen ini diarahkan untuk keluar dari kerajaan secara mengejut jika Muhyiddin masih cuba untuk kekalkan kuasa selepas Darurat diisytiharkan tamat.
Ahli-ahli parlimen ini tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan Mahathir kerana:
1. Hampir kesemua mereka menolak Muhyiddin, menyebelahi Mahathir dan tidak ingin Anwar menjadi perdana menteri
2. Seorang dua ahli parlimen dari Team B yang masih menyokong Anwar tahu sokongan mereka tidak akan membuahkan sebarang hasil.
3. Penglibatan Mahathir akan menyaksikan penyertaan lima ahli parlimen PEJUANG dan MUDA berserta wakil rakyat dari AMANAH, PKR, Sabah dan Sarawak yang menyokong blok kuasa ketiga, sekaligus memberikan Perikatan Nasional majoriti besar, mungkin juga dua per tiga.
Majoriti ini akan meyakinkan lagi Team B untuk mengusulkan penyingkiran terus Najib, Zahid dan tiga lagi anggota Kluster Mahkamah dari UMNO menerusi EGM agar Barisan Nasional boleh bersama Perikatan Nasional secara rasmi.
Ini sekaligus akan menjadikan Anwar perdana menteri tepi buat selama-lamanya dan menghancurkan terus komplot kerjasama melibatkan Anwar, Kluster Mahkamah dan pemimpin-pemimpin tertentu dari DAP.
Anwar sedar akan perkara ini dan tidak bersetuju Darurat ditamatkan.
Malangnya, beliau tidak mampu menyuarakan penentangannya kerana majoriti dalam Pakatan Harapan ingin Darurat ditamatkan.
Sokongan terhadapnya dalam gabungan itu turut menyusut dan kini hanya tinggal lebih sedikit dari separuh.
Ini kerana ramai pemimpin di peringkat persekutuan dan negeri sudah menerima hakikat bahawa Anwar tidak mungkin memperolehi sokongan yang mencukupi untuk melayakkan dirinya sebagai calon Perdana Menteri.
Atas sebab itulah Anwar terpaksa berpaut pada Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut tidak ingin Darurat ditamatkan dalam masa terdekat atas sebab-sebab yang telah saya perincikan dalam terbitan berikut:
BACA: PENDEDAHAN PENUH DI SINI BERHUBUNG SEBAB NAJIB TIDAK INGIN DARURAT TAMAT
Malangnya, Anwar tersilap langkah.
Disebabkan beliau tidak hadir di perkarangan luar Istana Negara bersama Mahathir, Mohamad Sabu dan Khalid Abdul Samad, Yang Di-Pertuan Agong dapat melihat dengan jelas tahap pengaruh Mahathir dalam Pakatan Harapan yang turut diwakili oleh beberapa pemimpin PKR yang tetap hadir biarpun ‘dipulaukan’ oleh Anwar.
Malah, Seri Paduka Baginda Tuanku dapat melihat dengan jelas ketidakhadiran Lim Guan Eng dan sudah pasti yakin bahawa sokongan Melayu-Islam terhadap Mahathir dari kedua-dua blok kerajaan dan pembangkang akan memampukan beliau mewujudkan sebuah kerajaan stabil tanpa Anwar dan DAP.
Saya difahamkan, majoriti Raja-Raja Melayu tidak cenderung ke arah pelantikan Anwar sebagai calon Perdana Menteri dan tidak ada masalah jika Mahathir kembali menerajui kerajaan demi menyelamatkan politik dan ekonomi negara yang makin lama makin tenat di bawah pentadbiran Muhyiddin.
BACA JUGA: NAJIB TUDING JARI TERHADAP J-KOM TAPI LUPA DEDAH PERKARA INI
Saya yakin, Raja-Raja Melayu dapat melihat sendiri tahap kehancuran akhlak dan moral yang dibawa oleh gandingan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional yang bercakaran tak tentu hala dan mengamalkan politik darjat, wang, kuasa dan kedudukan tatkala rakyat diminta duduk diam di rumah.
Pelabur pula makin takut untuk menanam modal di Malaysia akibat kecelaruan politik dan tadbir urus yang tidak menentu, menyebabkan ekonomi rakyat yang sedia terjejas disebabkan Darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan makin kritikal.
Maka tidak hairanlah jika Yang Di-Pertuan memutuskan untuk menghentikan Darurat sebelum melantik Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-9 atau Perdana Menteri Interim bagi menerajui sebuah kerajaan perpaduan bertunjangkan kepimpinan Melayu-Islam.
Memandangkan Institusi Diraja perlu bebas politik, tidak mustahil Seri Paduka Baginda Tuanku yang bijaksana menunggu sekumpulan pemimpin Melayu-Islam yang benar-benar berwibawa dan bersekutu dari pembangkang untuk memberanikan diri tampil ke Istana Negara bagi merayu ditamatkan Darurat agar proses pembentukan kerajaan baharu dapat dimulakan.
Ya, Anwar tersilap catur dan terlepas peluang untuk membuktikan kepada Yang Di-Pertuan Agong bahawa beliau berjiwa rakyat dan sanggup membelakangkan agenda politik peribadi demi penyatuan ummah dan kebajikan bersama rakyat.
WAJIB BACA:
Najib tuding jari terhadap J-KOM tapi lupa dedah perkara ini…
