TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Raggie Jessy Rithaudeen
ءتاڽ منتري امنو دولو، بارو چريتا اورڠ لاينء
Saya tertarik dengan kenyataan Shahril Hamdan selaku ketua penerangan pemuda UMNO.
Semalam, Shahril mengulas Pindaan Ordinan Darurat yang memberikan kuasa kepada Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk menambah perbelanjaan tanpa melalui Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.
Walaupun saya tidak suka apa yang berlaku, saya bersetuju dengan Shahril bahawa kesahihan dan keabsahan pindaan ordinan ini tidak boleh dipertikaikan kerana kerajaan sememangnya ada kuasa untuk berbuat demikian dan jelas mereka tidak segan hendak menggunakannya.
Tetapi apabila Shahril meminta penjelasan dari kerajaan “apa tujuan mereka “bypass” atau membelakangkan Parlimen dan DUN,” saya nak bertanya, bukankah kerajaan terdiri juga dari berbelas menteri UMNO?
Kenapa Shahril tidak bertanya sahaja daripada menteri UMNO yang jelas memberi sokongan terhadap Tan Sri Muhyhiddin Yassin dalam hal ini?
BACA: UMNO BERGOLAK, AKAN BERLAKU PERGERAKAN BESAR-BESARAN UNTUK TUNTUT EGM, PENGUNDURAN ZAHID, NAJIB
Kenapa timbulkan persepsi kononnya pihak yang perlu beri penjelasan tiada kaitan dengan UMNO, sedangkan salah seorang menteri kanan dalam kabinet turut merupakan naib presiden UMNO? Kenapa tak tanya dia?
Menurut Shahril, meskipun sudah terlepas tanggungjawab prosedur demokrasi berparlimen buat masa sekarang, kerajaan wajar mengambil tanggungjawab moral untuk sekurang-kurangnya memaklumkan perancangan perbelanjaan tambahan.
Bukankah ini turut bermakna “menteri-menteri dan timbalan menteri UMNO” turut perlu mengambil tanggungjawab moral untuk memaklumkan kepada pemuda UMNO yang kelihatan keliru dan bingung?
Over to you, Shahril
WAJIB BACA:
Punishment after punishment after punishment for the already suffering rakyat
