Tawaran habuan Anwar ditolak majoriti pemimpin PKR

 

Raggie Jessy Rithaudeen

Menteri Kerja Raya merangkap Ketua PKR Sarawak, Baru Bian, dilaporkan mengesahkan mendapat sokongan 36 daripada 42 ahli Majlis Pimpinan Negeri (MPN) termasuk 19 Ketua Cabang parti itu untuk kekal sebagai Pengerusi PKR Sarawak.




Menurut sumber, kenyataan Bian adalah tepat dan sejajar dengan apa yang saya katakan selama ini, iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim hilang kawalan terhadap PKR di peringkat negeri dan cawangan di seluruh negara, khususnya di Selangor, Perak, Sabah dan Sarawak.

Saya difahamkan, Anwar menjanjikan pelbagai perkara, termasuk jawatan kerajaan dan dana berjuta-juta ringgit bagi sebilangan tertentu pemimpin peringkat kebangsaan dan negeri yang sanggup menentang Dato’ Seri Azmin Ali.

Justeru, kenyataan Bian bahawa terdapat pakatan sulit didalangi pihak tertentu untuk menjatuhkannya dengan menggunakan ‘pintu belakang’ dan politik wang tidak mengejutkan saya, lebih-lebih lagi memandangkan perkara ini pernah berlaku dulu apabila Anwar cuba mengumpulkan tandatangan ketua-ketua cabang.

Pada ketika itu, orang-orang Anwar bukan hanya menjanjikan wang atau jawatan, tetapi juga mengugut beberapa individu yang disyaki terlibat dengan kem Anwar melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.

Kali ini, individu-individu berkenaan tidak lagi gentar dengan ugutan dan sudah mula berani menolak tawaran wang dan jawatan kerana tahu Anwar tidak lagi mampu mengawal PKR dan tidak memiliki sokongan majoriti ahli-ahli parlimen.

Mereka juga tidak setuju cara Azmin diperlakukan.

Pada 29hb September 2019, saya menulis:

Loading...

Beberapa pemimpin PKR yang dahulunya penyokong tegar Anwar mula meluat dengan perangai beliau kerana gagal mempertahankan Azmin yang dikatakan orang yang melakukan adegan seks luar tabii bersama Haziq dalam video tersebut.

Mereka marah kerana sebelum ini, apabila Anwar dituduh meliwat, Azmin memberi sokongan padu terhadapnya malah terus mengekalkan bahawa Anwar tidak bersalah biarpun Mahkhamah sendiri menyabitkan kesalahan tersebut.

Malah, Azmin menggunakan sebahagian daripada dananya sendiri dan bertungkus lumus mencari dana tambahan bagi membiayai aktiviti serta perbelanjaan sebilangan tertentu ‘tentera pejuang’ Anwar yang dibiarkan begitu sahaja oleh keluarga Anwar ketika beliau dipenjarakan untuk kali kedua.

Hari ini, ada di kalangan angota ‘tentera pejuang’ ini yang sudahpun bergelar ketua cabang, ahli parlimen dan ADUN dan amat terhutang budi dengan pengorbanan Azmin selama ini.

Mereka sepakat beralih ke kem Azmin apabila Anwar dan orang-orang kanannya mula menyerang Azmin secara terbuka dan bersetuju untuk meninggalkan PKR andaikata Azmin mengambil keputusan untuk menyertai PPBM ataupun menubuhkan parti baru.

Sebenarnya, serangan Anwar terhadap Azmin berpunca daripada akuan-akuan bersumpah palsu Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang saya bongkarkan tidak lama dulu.

BACA SELANJUTNYA DI SINI

Jumaat lalu, Bian memberi kata dua kepada kepimpinan pusat berhubung isu pembatalan jemputan timbalan presiden Azmin Ali untuk merasmikan Kongres Tahunan Pemuda PKR (AMK) 2019

Menurut berita, Bian mengugut untuk batalkan konvensyen peringkat negeri di Sarawak yang dijadual berlangsung di Miri pada 23hb November ini jika isu jemputan terhadap Azmin itu tidak diselesaikan.

Terdahulu, Azmin memberitahu pemberita bahawa terdapat “tangan ghaib” yang membatalkan jemputan kepadanya kerana tidak ingin beliau bersuara dalam kongres sayap parti.

Pada hari yang sama, saya menulis:

Pada mulanya, Anwar cuba memberi gambaran seolah-olah beliau menguasai PKR sepenuhnya dengan tidak mengendahkan kata-kata Azmin itu.

Ini sekaligus menimbulkan persepsi seolah-olah Azmin tiada pengaruh dalam PKR kerana boleh diperlakukan begitu oleh presiden parti biarpun beliau sendiri berjawatan timbalan presiden.

Tetapi sebaik selepas Bian memberikan kata dua kepada Anwar, rakyat mula melihat siapa yang lebih berpengaruh dan relevan di PKR.

Anwar harus akur, jika beliau masih juga meneruskan hasratnya ingin menjadi Perdana Menteri, tidak mustahil PKR akan kecundang di Sarawak dan juga di beberapa negeri lain di Semenanjung, termasuk Selangor dan Perak.

Ini memandangkan Bian bukanlah calang-calang orangnya, tetapi ketua PKR Sarawak dan juga nadi kepada pengaruh parti tersebut di negeri terbesar di Malaysia Timur.

Justeru, kenyataan Anwar bahawa penentangan dari Sarawak terhad kepada beberapa pemimpin parti membuktikan betapa tersasarnya beliau dari paksi kebenaran.

Anwar pada ketika ini berada dalam keadaan yang amat terdesak sehingga sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk gulingkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sesiapa sahaja yang mengenali Anwar tahu, dalam keadaan begini, beliau tidak lagi akan berpaksi pada realiti, gopoh dan akan lakukan banyak kesilapan akibat dari kecenderungan beliau untuk lebih beremosi daripada berfikir.

Beberapa pemimpin PKR yang mendapat tawaran wang dan jawatan daripada Anwar turut mula mengesyaki sesuatu apabila mereka bertemu dan mendapati jawatan yang mereka dijanjikan adalah sama.

Sekiranya Anwar benar-benar mempunyai sokongan majoriti, beliau seharusnya sudah mula mengorak langkah menggulingkan Mahathir memandangkan Mahathir sudahpun mengisytiharkan tidak akan berundur dari jawatan Perdana Menteri.

Ini sebenarnya merupakan satu cabaran terus kepada Anwar, yang sebelum ini mengerahkan kuncu-kuncu beliau, termasuk Otai Reformasi dan Syed Husin Ali, untuk memberi tekanan kepada Mahathir supaya berundur atas pelbagai alasan, termasuk kekalahan PH di Tanjung Piai.

Malah, Mahathir sudah beberapa kali memberi petunjuk tidak akan melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar, terbaru apabila beliau memberitahu pemberita tidak ingin mengulangi kesilapan lampau dengan melantik orang yang salah ke jawatan tersebut.

Anwar tunggu apa lagi?

Bersambung…



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...