Team A UMNO terkena jerat sendiri – Bahagian Empat: Najib, Rosmah terkena jerat Zahid (Pendedahan Penuh)

“Zahid secara sengaja atau tidak sengaja memasang perangkap yang akhirnya menjerat Rosmah, Najib dan beberapa individu dalam kumpulan Najib yang turut mula dicurigai oleh Najib dan Rosmah sendiri yang (saya difahamkan) mengesyaki mereka mungkin bersubahat dengan Mohamad Hasan”

Raggie Jessy Rithaudeen

Dalam bahagian kedua, saya menceritakan bagaimana kumpulan Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan satu usaha sulit di sekitar bulan September 2018 untuk mencantas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Saya mengakhiri bahagian itu dengan menulis:




25. …apabila saya bertindak membongkarkan kemelut yang melanda Team A disebabkan perasaan syak wasangka yang melanda kepimpinannya, saya mendapat maklum bahawa Najib ingin Zahid letak jawatan agar beliau boleh kembali sebagai pengerusi Barisan Nasional.

26. Ini bukanlah rekaan, tetapi satu kepastian, dan saya mencabar sesiapa sahaja dari kalangan ahli-ahli kumpulan Najib, termasuk Najib sendiri dan Datin Seri Rosmah Mansor untuk menafikan perkara ini.

27. Malah, saya dihubungi secara langsung oleh Rosmah yang meminta saya mendesak Zahid “letak jawatan malam ini juga” kerana inginkan Najib kembali.

28. Saya naik berang dan menolak terus permintaan itu dan mula sedar beberapa perkara yang tidak saya sedar sebelum itu.

29. Atas dasar inilah saya membuat keputusan untuk menilai semula Najib dan segala maklumat yang disampaikan kepada saya secara tidak langsung oleh sel-sel media yang bersangkut dengan Najib sebelum Pilihan Raya Umum ke-14

Dalam bahagian ini, saya akan menceritakan bagaimana Zahid memasang ‘perangkap’ yang akhirnya menjerat kesemua ahli kumpulan Najib, termasuk Najib sendiri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ceritanya begini:

30. Najib pada awalnya ingin cuba membersihkan namanya dan tidak berniat langsung untuk kembali menjadi Perdana Menteri atau pengerusi Barisan Nasional.

Loading...

31. Tetapi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, bertegas bahawa Najib perlu kembali sebagai pengerusi Barisan Nasional, presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia dengan apa jua cara sekalipun.

32. Atas desakan inilah bermula satu usaha sulit untuk mencantas Zahid, yang saya difahamkan berlaku atas dasar Zahid mungkin telah memasuki perjanjian rahsia dengan Tun Dr Mahathir Mahathir untuk membawa masuk UMNO tanpa Najib ke dalam Pakatan Harapan.

33. Sebenarnya, tidak ada sebarang perjanjian yang dimasuki oleh Mahathir dengan Zahid dalam pertemuan mereka di pertengahan bulan September 2018.

34. Dalam pertemuan itu, Mahathir hanya menyampaikan syarat untuk pemimpin-pemimpin UMNO menyertai PPBM, termasuk syarat yang memerlukan pemimpin-pemimpin ini keluar dari UMNO terlebih dahulu dan mengaku diri mereka sebagai ahli bebas sebelum dipertimbangkan masuk ke dalam PPBM.

35. Biarpun begitu, kumpulan Najib tetap curiga terhadap Zahid kerana tahu Zahid cuba berunding dengan semua pihak bagi menyelamatkan tengkuknya, termasuk presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

36. Ini tidak bermakna orang-orang Najib sendiri tidak pernah berunding dengan Anwar sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 dan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.

37. Malah, sebaik sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, ada usaha dari pihak Anwar sendiri untuk cuba mempengaruhi kes liwatnya di mahkamah dengan mendapatkan bantuan seorang bekas pegawai polis, Jude Pereira, untuk mengeluarkan kenyataan palsu.

38. Malangnya, bukan hanya usaha tersebut gagal, Jude berjumpa dengan saya di sekitar tahun 2015 dan dan membongkarkan segala yang berlaku, termasuk pertemuannya dengan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang pada hemat saya agak mencurigakan (rujuk bawah).

I.O. of Sodomy 2 case claims he was asked to fabricate proof

39. Daripada pengakuan Jude, jelas bahawa Anwar pada ketika itu sedang berusaha keras untuk cuba mempengaruhi mahkamah dengan dakwaan kononnya beliau merupakan mangsa konspirasi politik.

40. Walaubagaimanapun, saya tidak pasti samada usaha Anwar itu ada sangkut-pautnya dengan percubaan kumpulan Najib untuk berunding dengannya, walaupun ada ura-ura Anwar turut berunding dengan Najib untuk cuba melepaskan dirinya daripada dakwaan liwat.

41. Yang pasti, Najib dari dulu lagi terbuka kepada idea untuk bekerjasama dengan Anwar atas sebab-sebab yang tidak akan saya bincangkan buat masa ini.

42. Ini bermakna, kedua-dua Zahid dan Najib terbuka kepada kemungkinan untuk bekerjasama dengan Anwar tanpa pengetahuan PAS walaupun tahu ia mungkin menjurus kepada kerjasama antara UMNO dan DAP.

43. Ini turut bermakna, tindakan Team A menjadikan PAS rakan sekutu UMNO sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 atas dasar perlu mempertahankan kepentingan ummah menentang anasir jahat DAP satu pembohongan semata-mata.

44. Hakikatnya, Team A hanya bekerjasama dengan PAS untuk menangkis tekanan dari dalam Barisan Nasional dan UMNO yang inginkan Najib letak jawatan disebabkan skandal 1MDB (rujuk bahagian satu di bawah)

45. Apa pun, Najib akhirnya bersetuju untuk mencantas Zahid selepas Pilihan Raya Umum ke-14 dan kembali sebagai pengerusi Barisan Nasional dan presiden UMNO atas desakan Rosmah yang mati-mati ingin suaminya kembali,

46. Sebagai langkah awal, beberapa ahli kumpulan Najib bersetuju untuk mengerahkan Datuk Seri Mohamad Hasan selaku timbalan presiden UMNO untuk cuba memujuk Zahid agar melepaskan jawatannya sebagai presiden parti.

47. Samada Mohamad benar-benar melakukan perkara itu atau tidak, saya difahamkan, Mohamad akhirnya berjaya untuk memujuk Zahid yang terus bersetuju untuk melepaskan jawatannya pada satu tarikh yang dipersetujui semua.

48. Tetapi apabila tarikh tersebut sampai, Zahid enggan melepaskan jawatannya malah terus mengeluarkan kenyataan selaku presiden UMNO dan pengerusi Barisan Nasional sebagai isyarat beliau ingin kekal memegang jawatannya.

49. Tindakan beliau menggusarkan semua pihak dalam kumpulan Najib, termasuk Rosmah, yang saya diberitahu tetap inginkan Najib kembali mempengerusikan Barisan Nasional.

50. Tidak lama kemudian, selang beberapa minggu selepas Zahid ditahan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dihadapkan ke Mahkamah atas tuduhan jenayah, beliau tiba-tiba mengumumkan bercuti dan menyerahkan semua tugasnya kepada Mohamad Hasan.

51. Dalam membuat pengumuman itu, Zahid memberi alasan ingin ‘tumpukan perhatian sepenuhnya’ kepada kes mahkamah beliau dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Hasan untuk menerajui UMNO.

52. Tindakan Zahid yang tidak dijangka itu menyebabkan kumpulan Najib terpaksa menghentikan tekanan terhadapnya buat seketika kerana khuatir Najib akan dicap sebagai orang yang kemaruk kuasa dan kedudukan.

53. Ini kerana, seandainya kumpulan Najib terus memaksa Zahid untuk letak jawatan, orang-orang Zahid bersiap sedia untuk mengutuk Najib kerana mengambil kesempatan walaupun sendiri menghadapi tuduhan mahkamah.

54. Kesemua ini memaksa kumpulan Najib untuk berdamai dengan Zahid buat seketika dan menimbulkan rasa curiga di kalangan beberapa ahli kumpulan tersebut terhadap Mohamad Hasan yang dikerah oleh mereka untuk memujuk Zahid.

55. Ini bermaknya, Zahid secara sengaja atau tidak sengaja memasang perangkap yang akhirnya menjerat Rosmah, Najib dan beberapa individu dalam kumpulan Najib yang turut mula dicurigai oleh Najib dan Rosmah sendiri yang (saya difahamkan) mengesyaki mereka mungkin bersubahat dengan Mohamad Hasan.

Bersambung esok atau lusa…

BAHAGIAN SATU HINGGA TIGA:

Team A UMNO terkena jerat sendiri – Bahagian Satu (Pendedahan Penuh)

Bahagian Dua: Team A UMNO terkena jerat sendiri – Perjumpaan rahsia Zahid di Jakarta (Pendedahan Penuh)

Bahagian Tiga: Rosmah bertegas ‘Zahid perlu letak jawatan malam ini juga!’ (Pendedahan Penuh)

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...