Tengku Razaleigh Hamzah letak jawatan

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah. Sumber (gambar): Fail TTF

تڠكو غزالياغ حمزه لتق جاوتن

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengumumkan meletak jawatan sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO. 

Dalam surat bertarikh 20 September itu, Tengku Razaleigh turut memaklumkan melepaskan jawatan itu berkuat kuasa tarikh berkenaan. 

Dalam surat itu Tengku Razaleigh juga menyatakan kekecewaan terhadap jemaah menteri pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ini.

Katanya, Perhimpunan Agung UMNO 2020 sudah meluluskan sebulat suara usul untuk memutus sebarang kerjasama dengan BERSATU, tetapi usul itu mengambil masa untuk dilaksanakan. 


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengumumkan meletak jawatan sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO.

Dalam surat bertarikh 20 September itu, Tengku Razaleigh turut memaklumkan melepaskan jawatan itu berkuat kuasa tarikh berkenaan.




“Saya suka juga mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi saya kesempatan memainkan peranan kecil dalam perjalanan parti kita,” katanya dalam surat yang dialamatkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilihat BH.

Dalam surat itu Tengku Razaleigh juga menyatakan kekecewaan terhadap jemaah menteri pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ini.

Katanya, Perhimpunan Agung UMNO 2020 sudah meluluskan sebulat suara usul untuk memutus sebarang kerjasama dengan BERSATU, tetapi usul itu mengambil masa untuk dilaksanakan.

Bagaimanapun katanya, apabila usul itu dikuatkuasakan, ia memberi kesan segera sehingga pimpinan kerajaan yang tidak mempunyai sokongan sebagaimana dikehendaki Perlembagaan terpaksa meletak jawatan tanpa menunggu pengundian menolaknya di Dewan Rakyat.

Sumber:

WAJIB BACA:

Pencalonan Ahmad Maslan timbulkan syak

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...