Raggie Jessy Rithaudeen
Saudara saudari sekalian,
Timbul pula persoalan sekiranya terdapat tangan-tangan ghaib yang terlibat dengan tindakan pemimpin DAP Ronnie Liu yang baru-baru ini mempersoal pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad secara terbuka.
Selasa lalu, Ronnie mendakwa bahawa Pakatan Harapan masih boleh membentuk kerajaan tanpa PPBM sambil merujuk kepada ‘kegagalan’ Mahathir menetapkan tarikh peralihan kuasa kepada Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Saya diberitahu, tindakan Ronnie sebenarnya ada kaitan dengan penasihat parti, Lim Kit Siang, yang berasa tidak puas hati dengan tindakan pihak polis menyiasat Dong Zong dan menahan beberapa ahli DAP di bawah SOSMA.
Menurut sumber, Lim terasa lemas kerana tahu kepimpinan DAP tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa berdiam diri sambil Mahathir menunjukkan taringnya kepada semua, terutamanya UMNO, sebagai tanda beliau amat berkuasa dan mampu melakukan apa-apa tanpa ditentang.
Ya, suka tak suka, Mahathir pada ketika ini mempunyai sokongan majorti ahli parlimen, termasuklah sepuluh daripada DAP, sekaligus menjadikan kedudukkan beliau sebagai Perdana Menteri kukuh dan di luar batasan pertikaian.
Sekiranya Kit Siang benar-benar ingin Mahathir letak jawatan dan yakin Anwar memiliki sokongan majoriti, sudah tentu beliau akan usahakan usul undi tidak percaya terhadap Mahathir sepertimana yang dirancang oleh pihak Anwar sebelum ini.
Malangnya, Lim tahu kedudukan Mahathir cukup kuat akibat dari kesedaran majoriti ahli parlimen bahawa sekiranya Anwar tidak mampu mengawal Dato’ Seri Azmin Ali, masakan beliau boleh menandingi gandingan Mahathir-Azmin.
Kit Siang juga tidak berani menumbangkan kerajaan PH dengan membawa keluar 32 ahli parlimen DAP dari gabungan tersebut, kerana tahu, sekiranya perkara ini berlaku, Mahathir akan terus meminta Agong membubarkan parlimen sambil memberitahu kepada masyarakat Melayu-Islam bahawa PPBM “berjaya menendang keluar DAP.”
Sudah pasti masyarakat Melayu-Islam akan mempercayai Mahathir melihatkan cara beliau menekan DAP menerusi penahanan empat ahli parti tersebut di bawah SOSMA atas tuduhan cuba menghidupkan keganasan LTTE di Malaysia.
Malah, masyarakat Melayu-Islam akan turut rasa bersyukur dengan Mahathir dan akan terus bersatu di belakang mana-mana gabungan yang diterajuinya selagi gabungan tersebut tidak melibatkan Lim Kit Siang dan kuncu-kuncunya.
DAP pula tidak akan mampu membentuk gabungan baru dengan mana-mana pihak, termasuk UMNO, memandangkan PAS tidak akan bekerjasama dengan UMNO sekiranya UMNO bersekutu dengan DAP.
Ini akan menjurus kepada satu lagi tsunami politik, di mana kali ini, PPBM bersama parti Warisan, GPS dan dua buah parti baru – satu pimpinan Azmin Ali, dan satu lagi pimpinan seorang dari sepuluh ahli parlimen DAP yang pro-Mahathr – akan menyapu terus majoriti undi Melayu-Islam dan Cina tanpa perlu sokongan UMNO atau MCA.
Dalam senario ini, PAS dijangka akan memihak kepada Mahathir kerana ketiadaan DAP akan memungkinkan penyatuan ummah menerusi pembentukkan gabungan perpaduan Melayu-Islam.
Sebaik sahaja gabungan ini diwujudkan, Mahathir pasti akan menghukum kesemua peimpin DAP yang dituduh terlibat dengan rasuah, salahguna kuasa dan kegiatan memarakkan gelombang perkauman dan Islamophobia.
Inilah yang ditakuti DAP.
Malah, Kit Siang teramat takut Mahathir akan mengharamkan DAP pada bila-bila masa atas alasan terlibat dengan keganasan LTTE sebaik selepas menasihati Agong membubarkan parlimen.
Lim tahu, sekiranya perkara ini berlaku, DAP akan terkubur buat selama-lamanya, manakala 32 ahli parlimen dari parti tersebut akan terpaksa bersekutu dengan serpihan parti PKR bawah naungan Anwar Ibrahim untuk bertanding pada pilihanraya umum ke-15.
Atas sebab inilah beliau disyaki meminta Ronnie Liu mengkritik Mahathir dengan harapan ianya mampu memberi persepsi kepada ahli parlimen bahawa DAP “sudah tidak tahan lagi dengan Mahathir dan akan keluar dari PH tidak lama lagi.”
Saya diberitahu, Lim mengharapkan persepsi ini akan memberanikan majoriti ahli parlimen untuk bersama Anwar dalam mengusulkan undi tidak percaya terhadap Mahathir sebelum Mahathir sempat menasihati Agong untuk membubarkan parlimen.
ARTIKEL BERKAITAN:
Bersambung…
