
“Pendedahan Hamid Bador merupakan pukulan hebat kepada kerajaan gandingan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional yang selama ini dituduh mengamalkan politik darjat dan menggunakan PDRM sebagai ‘alat politik’. Maka sudah pasti Laskar-Laskar Siber pro Muhyiddin cemas, dan sudah pasti mereka akan mengemukakan pelbagai teori palsu untuk mencalar imej Hamid dan Mahathir. Saya akan dedahkan perkara ini secara live di Facebook Raggie Jessy Rithaudeen petang ini”
Raggie Jessy Rithaudeen
تركيني: كومڤلوت ترانچڠ چالر ريڤوتاسي حميد بادور تربوڠكر
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Usaha terdesak sekumpulan Laskar Siber yang menyerang Tan Sri Hamid Bador dengan pelbagai dakwaan palsu gagal sama sekali apabila makin ramai rakyat Malaysia menyuarakan solidariti mereka bersama bekas Ketua Polis Negara itu.
Laskar-laskar Siber ini dilihat penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan memainkan naratif kononnya Hamid tidak berpuas hati kerana kontraknya tidak dilanjutkan dan bersetuju untuk menyerang Hamzah.
Menurut naratif ini, Hamid menerima arahan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melakukan serangan itu sebelum bersara kerana Hamzah merupakan halangan utama kepada inisiatif kem Mahathir untuk menyingkirkan Muhyiddin.
Di sini, saya ingin mengajukan beberapa fakta supaya anda faham mengapa naratif ini rekaan semata-mata dan diwujudkan untuk melindungi kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang lintang pukang disebabkan pendedahan Hamid Bador.
Fakta-fakta yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
1. Hamid Bador dari awal lagi tidak berniat untuk menyambung kontraknya sebagai Ketua Polis Negara.
2. Daripada mulanya kerajaan gandingan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional terbentuk, Hamid menghadapi pelbagai masalah dengan Hamzah, dan perkara ini didedahkan oleh Hamid sendiri dalam satu sidang media Jumaat lalu.
3. Masalah inilah menyebabkan Hamid tidak ingin menyambung kontraknya sebagai Ketua Polis Negara.
4. Berdasarkan pendedahan Hamid dan pemerhatian saya sendiri, Hamid tahu dari awal lagi bahawa beliau terpaksa ‘berselisih’ dan ‘berperang’ dengan Hamzah berulang kali untuk memastikan kerja beliau tidak diganggu gugat dan menurut kuasa yang diperuntukkan kepadanya oleh Perlembagaan Persekutuan dan Akta Polis 1967.
5. Maka sudah pasti Hamid tahu kontraknya tidak mungkin akan dilanjutkan, lebih-lebih lagi memandangkan Hamzah inginkan seorang Ketua Polis yang merupakan “orang kita” (orang Hamzah).
6. Di sini sahaja kita dapat melihat penipuan Laskar Siber pro Muhyiddin yang mendakwa kononnya Hamid Bador tidak berpuas hati kerana kontraknya tidak dilanjutkan.
7. Berkenaan dakwaan kononnya Hamid menerima arahan daripada Mahathir untuk menyerang Hamzah, kita dapat lihat sendiri kronologi kejadian yang menjurus kepada pendedahan mengejutkan oleh Hamid.
8. Kesemuanya bermula dengan satu sidang media yang diadakan oleh Hamzah sendiri, di mana beliau secara angkuh memberitahu wartawan bahawa suara dalam klip audio yang tular merupakan suaranya sendiri dan tidak ada apa-apa kesalahan yang dilakukannya.
9. Ini menjurus kepada pendedahan penuh oleh Hamid untuk menangkis persepsi yang ditimbulkan oleh Hamzah kononnya beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak pernah campur tangan dalam urusan polis.
10. Menurut Hamid, bukan hanya Hamzah cuba dapatkan kuasa lebih dari awal lagi menerusi Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP), Hamzah bertindak “angkuh” dan mengabaikan tanggungjawabnya dalam menggalas jawatan sebagai pengerusi SPP.
11. Hamid turut mendedahkan bagaimana Hamzah bertindak menyekat dua pegawai atasan daripada dipindahkan namun beliau menyanggah keputusan menteri itu.
12. Semalam pula, Hamid membuat satu lagi pendedahan, kali ini berhubung tindakan Hamzah “mengatur langkah” menjadikan “budaknya” sebagai pengarah agensi perisikan polis, Cawangan Khas (SB).
13. Kesemua ini dan beberapa pendedahan lagi jelas dicetuskan oleh Hamzah sendiri menerusi sikap angkuhnya dalam sidang media Jumaat lalu, bukannya oleh Mahathir atau mana-mana pihak lain.
14. Malah, Hamid selaku Ketua Polis Negara memilih saat terakhir untuk membongkarkan semua ini setelah gagal memperbetulkan keadaan menerusi salauran-saluran rasmi yang sedia ada.
15. Ini menyebabkan beliau terpaksa berdepan dengan media untuk mendedahkan segalanya menjelang tarikh persaraannya agar siasatan dapat dimulakan oleh pihak-pihak berkenaan.
16. Hamid membayangkan perkara ini dengan jelas apabila menyuarakan kebimbangannya bahawa pasukan polis akan terus digunakan sebagai alat politik selepas pengundurannya.
17. Pendedahan beliau merupakan pukulan hebat kepada kerajaan gandingan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional yang selama ini dituduh mengamalkan politik darjat dan menggunakan PDRM sebagai ‘alat politik’.
18. Maka sudah pasti Laskar-Laskar Siber pro Muhyiddin cemas, dan sudah pasti mereka akan mengemukakan pelbagai teori palsu untuk mencalar imej Hamid dan Mahathir.
WAJIB BACA:
Saya sokong Hamid Bador dilantik Senator, Menteri Dalam Negeri kerajaan baharu
