TERKINI: LAPORAN DIBUAT, POLIS DIMINTA SIASAT MOHAMAD SABU, MUJAHID RAWA DAN MEJER (B) RAZALI ZAKARIA [LAPORAN DISERTAKAN]

Raggie Jessy Rithaudeen

Pada pukul 3.38 petang tadi, saya selesai membuat satu laporan polis meminta pihak PDRM menyiasat tiga individu, iaitu Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Mujahid bin Yusuf Rawa, dan Pengerusi Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria.

Berikut merupakan gambar salinan laporan berserta teks laporan penuh (di hujung bawah):




 

LAPORAN POLIS RAGGIE JESSY RITHAUDEEN TERHADAP MOHAMAD SABU DAN MUJAHID RAWA

DI SEKITAR PUKUL 3 PETANG SEMALAM, 2 HB OKTOBER 2019 DI KAWASAN TAI PAN USJ, SAYA DAPT KHABAR BAHAWA GERAKAN MEMARTABATKAN PEJUANG NEGARA (GMPN) MEMBUAT SATU JEMPUTAN MEDIA BERKENAAN LAPORAN POLIS YANG DIBUAT MEREKA PAGI TADI BERHUBUNG SATU TERBITAN YANG BERTAJUK “LTAT, TABUNG HAJI: AMANAH BANTU DAP ROMPAK DANA MILIK MELAYU-ISLAM?

SUSULAN ITU, SAYA MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MEMBUAT LAPORAN POLIS INI BAGI MEMINTA PIHAK POLIS, KHUSUSNYA, KETUA POLIS NEGARA, DATO’ SERI ABDUL HAMID BIN BADOR, UNTUK MENYIASAT YANG BERIKUT:

Loading...

1. KENYATAAN YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI, DATO’ SERI DR MUJAHID BIN YUSUF RAWA, DI PARLIMEN, DI MANA PADA 26HB MAC 2019, BELIAU MENUDUH KERAJAAN BARISAN NASIONAL TERDAHULU “BUAT TAHI” DALAM MENGENDALIKAN KEWANGAN TABUNG HAJI.

2. KENYATAAN MUJAHID BERTARIKH 10 HB APRIL2019 DI MANA BELIAU MENUDUH LEMBAGA TABUNG HAJI (TABUNG HAJI) PADA ZAMAN BARISAN NASIONAL (BN) MEMALSUKAN AKAUN TABUNG ITU DAN MEMANIPULASI AKAUN BAGI MENYEMBUNYIKAN KERUGIAN YANG DIALAMI.

3. KENYATAAN MUJAHID YANG BERTARIKH 10HB DISEMBER 2018, DI MANA BELIAU MENDAKWA, PEMBERIAN HIBAH KEPADA PENDEPOSIT TABUNG HAJI (TH) SEJAK 2014 BERCANGGAH DENGAN AKTA LEMBAGA TABUNG HAJI 1995 SEHINGGA MENYEBABKAN AGENSI ITU MENGALAMI DEFISIT RM4.1 BILION.

4. KENYATAAN YB MENTERI PERTAHANAN MOHAMAD SABU BERTARIKH 7HB APRIL 2019 DI MANA BELIAU MENDAKWA LAPORAN AUDIT YANG DIISYTIHAR KE ATAS LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA (LTAT) PADA TAHUN 2018 ADALAH SATU PEMBOHONGAN, DAN MENAMBAH:

“AUDIT YANG DIISYTIHAR TAHUN 2018 DULU BOHONG.  SIAPA DALAM TABUNG ANGKATAN TENTERA? MELAYU KE CINA? SIAPA CURI? SIAPA TIPU? INI KAMU CURI, KAMU ROMPAK, KAMU TUDUH CINA. 

“SAMPAI BILA NAK MAIN POLITIK MACAM TU? MACAM KITA TAK ADA MARUAH NAK BELA MELAYU,”

5. KENYATAAN PENGERUSI LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA (LTAT), TAN SRI DR. MOHD. ZAHIDI ZAINUDDIN, BERTARIKH 30HB SEPTEMBER 2019 DI MANA BELIAU MENGESAHKAN BAHAWA TIADA ELEMEN JENAYAH DITEMUI DALAM KEPINCANGAN KEDUDUKAN KEWANGAN LTAT BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DIS, 2018

KENYATAAN MOHAMAD (BERNOMBOR 3 DI ATAS) JELAS BERCANGGAH DENGAN PENGESAHAN YANG DIBUAT OLEH ZAHIDI (BERNOMBOR 4 DI ATAS), SEKALIGUS BERMAKNA MOHAMAD MEMBUAT FITNAH APABILA MENDAKWA ADA ‘KECURIAN’ DAN ‘PENIPUAN’ MELIBATKAN AKAUN DAN DANA LTAT.

SAYA TURUT MENGESYAKI KENYATAAN FITNAH MOHAMAD BERTUJUAN UNTUK MENGHASUT MEMANDANGKAN IANYA BERSELIT DENGAN RUJUKKAN SPESIFIK KEPADA KAUM CINA DAN MELAYU, SEKALIGUS BERMAKNA IANYA BERBAUR PERKAUMAN.

MANAKALA ITU, SAYA BOLEH KATAKAN DENGAN YAKIN BAHAWA TIDAK ADA PERCANGGAHAN DENGAN AKTA LEMBAGA TABUNG HAJI 1995 SEPERTIMANA YANG DIDAKWA MUJAHID (BERNOMBOR 2 DI ATAS).

SEKIRANYA BENAR TERDAPAT PERCANGGAHAN, SUDAH TENTU PERKARA ITU PERLU DISIASAT DAN LAPORAN POLIS HARUS DIBUAT. TETAPI SEHINGGA KINI, TIDAK ADA LAPORAN JENAYAH DIBUAT TERHADAP PENTADBIRAN LEPAS BERHUBUNG PERKARA ITU OLEH MUJAHID ATAUPUN MANA-MANA PIHAK.

BEGITU JUGA, KENYATAAN MUJAHID BERHUBUNG ‘PEMALSUAN’ AKAUN TH “BAGI MENYEMBUNYIKAN KERUGIAN YANG BERLAKU” TIDAK PERNAH DIJELASKAN DENGAN TERPERINCI DAN AMAT MENGELIRUKAN.

INI MEMANDANGKAN PEMALSUAN AKAUN MERUPAKAN SATU JENAYAH BERAT, TETAPI SEHINGGA KINI, TIDAK ADA LAPORAN JENAYAH DIBUAT TERHADAP PENTADBIRAN LEPAS BERHUBUNG PERKARA ITU OLEH MUJAHID ATAUPUN MANA-MANA PIHAK.

BERDASARKAN PEMERIKSAAN SAYA MENERUSI LAMAN WEB TH, BUKAN HANYA LOPORAN-LAPORAN TH JELAS TERPAPAR DI LAMAN WEB LEMBAGA TERSEBUT BAGI TATAPAN UMUM, HASIL KAJIAN KAMI MENDAPATI BAHAWA LAPORAN-LAPORAN BAGI TAHUN-TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2010 HINGGA 31 DISEMBER 2017 – IAITU SEMASA DATO’ SERI NAJIB TUN RAZAK MENJADI PERDANA MENTERI – MENUNJUKKAN BAHAWA TH MENCATAT KEUNTUNGAN, BUKAN KERUGIAN. MENURUT LAPORAN-LAPORAN TERSEBUT, KEUNTUNGAN TH BERJUMLAH RM3.8 BILION PADA TAHUN 2017, RM2.3 BILION PADA TAHUN 2016, RM3.5 BILION PADA TAHUN 2015, RM4.6 BILION PADA TAHUN 2014, RM2.5 BILION PADA TAHUN 2013, RM2.2 BILION PADA TAHUN 2012, RM2.0 BILION PADA TAHUN 2011 DAN RM2.2 BILION PADA TAHUN 2010.

RUMUSANNYA:

A. KESEMUA KENYATAAN YANG DIBUAT MUJAHID (BERNOMBOR 1 HINGGA 3) BERSIFAT FITNAH DAN AMAT MENGELIRUKAN RAKYAT. DAN ATAS KEKELIRUAN DAN FITNAH INILAH MASYARAKAT MELAYU-ISLAM MULA MARAH DAN TIMBUL URA-URA “MUJAHID MEMBENARKAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN MENJUAL ASET MELAYU-ISLAM KEPADA DAP.”

B. BEGITU JUGA, KENYATAAN YANG DIBUAT MOHAMAD (BERNOMBOR 4) SAH FITNAH KERANA BERCANGGAH DENGAN PENGESAHAN ZAHIDI (BERNOMBOR 5) DAN TURUT MENGELIRUKAN MASYARAKAT MELAYU-ISLAM HINGGA TIMBUL URA-URA “MAT SABU (GELARAN POPULAR MOHAMAD MEMBENARKAN DAP ROMPAK DANA MELAYU-ISLAM.”

C. TIMBULNYA DAP DALAM ISU INI ADALAH BERDASARKAN PERSEPSI YANG TELAH LAMA WUJUD DAN SERING DIUNGKIT OLEH SEMUA PIHAK, TERMASUK AHLI-AHLI POLITIK YANG MEMIMPIN PARTI-PARTI POLITIK, YANG KERAP MENGAITKAN DAP DAN PARTI AMANAH. UNTUK MAKLUMAN, KEDUA-DUA MUJAHID DAN MOHAMAD BERASAL DARI PARTI AMANAH, DI MANA MOHAMAD MERUPAKAN PRESIDEN PARTI TERSEBUT.

D. TIMBULNYA DAP DALAM ISU INI JUGA BERDASARKAN PERSEPSI YANG TELAH LAMA WUJUD DAN SERING DIUNGKIT OLEH SEMUA PIHAK, TERMASUK AHLI-AHLI POLITIK YANG MEMIMPIN PARTI-PARTI POLITIK, YANG KERAP MENGAITKAN DAP DAN PARTI AMANAH BERIKUTAN KEPUTUSAN TH MELETAKKAN BEBERAPA ASET TH BAWAH PENGUASAAN SYARIKAT PENGGERAK KHAS (SPV) DI BAWAH KEMENTERIAN KEWANGAN PIMPINAN LIM GUAN ENG.

HUJAH-HUJAH A – C (DI ATAS) MERUPAKAN ASAS KEPADA PERSOALAN YANG SAYA TIMBULKAN MENERUSI TERBITAN YANG BERTAJUK “LTAT, TABUNG HAJI: AMANAH BANTU DAP ROMPAK DANA MILIK MELAYU-ISLAM?” SAYA INGIN MEMBAWA KEPADA PERHATIAN PDRM BAHAWA:

1. IANYA PERSOALAN YANG SAYA TIMBULKAN DAN YANG TIMBUL DENGAN SENDIRINYA BERIKUTAN FITNAH-FITNAH MUJAHID DAN MOHAMAD SERTA PERSEPSI YANG WUJUD AKIBAT DARIPADA KEKELIRUAN YANG DITIMBULKAN KEDUA-DUA MEREKA DI UMUM.

2. IANYA TURUT MERUPAKAN SATU PERSOALAN YANG TIMBUL BERIKUTAN KENYATAAN MOHAMAD YANG TIBA-TIBA MENGUNGKIT KAUM CINA DAN MELAYU, DI MANA POLEMIK “CHINESE VS MUSLIMS” KERAPKALI DIKAITKAN DENGAN “UMNO VS DAP.”

3. IANYA BUKAN HASUTAN ATAU FITNAH DAN BERNIAT HANYA UNTUK MENDAPATKAN PENJELASAN DARIPADA MOHAMAD DAN MUJAHID, BERBEZA DENGAN KENYATAAN-KENYATAAN MEREKA YANG BERSIFAT ‘KONKLUSIF’, BUKANNYA PERSOALAN.

JUSTERU, BERDASARKAN SEMUA HUJAH DI ATAS, SAYA MEMOHON AGAR PIHAK PDRM MENYIASAT KEDUA-DUA MUJAHID DAN MOHAMAD DI BAWAH AKTA-AKTA BERSESUAIAN KERANA DISYAKI:

1. MENGELUARKAN KATA-KATA FITNAH BAGI MENGELIRUKAN DAN (ATAU) MENGABURI MATA RAKYAT.

2. MENGELUARKAN KATA-KATA FITNAH BAGI MENGHASUT RAKYAT, KHUSUSNYA MASYARAKAT MELAYU-ISLAM

3. (SPESIFIK KEPADA MOHAMAD) MENGELUARKAN KATA-KATA BERBAUR PERKAUMAN YANG BERTUJUAN MENGHASUT MELAYU-ISLAM DAN CINA.

SAYA JUGA MEMOHON JASA BAIK DATO’ SERI HAMID BADOR UNTUK SIASAT MOTIF GMPN MEMBUAT LAPORAN POLIS PAGI INI MEMANDANGKAN GMPN BERSANGKUT SECARA TIDAK LANGSUNG DENGAN PARTI AMANAH PIMPINAN MOHAMAD.

INI MEMANDANGKAN PENGERUSI GMPN, Mejar (B) Razali Zakaria, SAH MENYERTAI PARTI AMANAH PADA 7HB SEPTEMBER 2018 TETAPI TIDAK PERNAH MENYELAR MOHAMAD ATAS FITNAH-FITNAH PRESIDEN AMANAH TERSEBUT.

SEKIAN LAPORAN SAYA


Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...