
تركيني: محضير چابر كراجأن قدح
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencabar Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, membuktikan bahawa terdapat saman RM1 bilion yang dikemukakan syarikat pembalakan sebelum ini sekiranya kerajaan negeri tidak membuka semula konsesi balak.
“Takut disaman pembalak? Katanya ada saman RM1bilion? Sanggup tunduk ke pembalak? Buktikan saman RM1bilion itu wujud dan kerajaan negeri akan kalah. Berani kerana benar,” Mahathir menulis dalam Facebook beliau.
Terdahulu, TTF menyiarkan sebuah artikel (bawah) bagi memastikan semua fakta kes berhubung isu konsesi balak ini teratur, tertib dan bebas propaganda tanpa perlu pihak TTF memihak kepada sesiapa.
Dalam artikel berkenaan, TTF menjelaskan kelulusan yang diberikan bagi aktiviti penebangan berpuluh-puluh ribu hektar hutan sejak tahun 2011 lagi.
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencabar Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, membuktikan bahawa terdapat saman RM1 bilion yang dikemukakan syarikat pembalakan sebelum ini sekiranya kerajaan negeri tidak membuka semula konsesi balak.
“Takut disaman pembalak? Katanya ada saman RM1bilion? Sanggup tunduk ke pembalak?
“Buktikan saman RM1bilion itu wujud dan kerajaan negeri akan kalah. Berani kerana benar,” Mahathir menulis dalam Facebook beliau.
Semalam, media melaporkan Muhammad Sanusi sebagai berkata kerajaan negeri Kedah sedia mempertimbang membuka semula konsesi balak kepada syarikat yang tidak dinamakan susulan keputusan kerajaan negeri terdahulu mewartakan Ulu Muda sebagai hutan simpan dan kawasan tadahan air.
Terdahulu, TTF menyiarkan sebuah artikel (bawah) bagi memastikan semua fakta kes berhubung isu konsesi balak ini teratur, tertib dan bebas propaganda tanpa perlu pihak TTF memihak kepada sesiapa.
Isu konsesi balak Kedah: Siapa bercakap benar, Mahathir atau Menteri Besar baharu?
Dalam artikel berkenaan, TTF menjelaskan kelulusan yang diberikan bagi aktiviti penebangan berpuluh-puluh ribu hektar hutan sejak tahun 2011 lagi.
Mahathir menulis, “dahulu, konsesi balak diberhentikan untuk menyelamatkan kawasan tadahan air untuk membantu empat juta penduduk.”
“Dahulu, konsesi balak diberhentikan untuk memberi bekalan air kepada sawah di Kedah & Perlis. Pengeluar 50 peratus sumber beras negara!
“Kini, si pembalak diagungkan dan kepentingan rakyat dan petani digadaikan,” katanya.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
