Terkini: Muhyiddin hilang majoriti, UMNO serah surat akuan penarikan sokongan ahli parlimen kepada Agong

Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu juga mengambil pendirian untuk berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah. Sumber (gambar): Fail TTF

زاهيد: محي الدين ده تياد ماجوريتي، سورت اكوان ڤناريكن سوكوڠن اهلي ڤرليمين سوده دسراه كڤد اڬوڠ

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Umno mengumumkan menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang diadakan secara maya hari ini.

“Pendirian ini adalah sejajar perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

“Surat akuan Ahli Parlimen Umno yang mencukupi bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri sudah saya persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong,” dakwa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Kuala Lumpur: Umno mengumumkan menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang diadakan secara maya hari ini.




Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu juga mengambil pendirian untuk berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah.

Menurutnya, ia selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan parti itu mengenai sokongan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara.

Katanya, kenyataan terbaharu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini mengenai usul membahaskan Ordinan Darurat akan dibuat pada sidang Parlimen September ini juga menyerlahkan kekhilafan kerajaan.

“Pendirian ini adalah sejajar perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

“Surat akuan Ahli Parlimen Umno yang mencukupi bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri sudah saya persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Sumber:

WAJIB BACA:

Kerajaan sudah terbubar

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...