Terkini: Parlimen sah tergantung, ahli parlimen Machang tarik sokongan terhadap Muhyiddin

Pendirian Ahmad Jazlan itu dibuat dalam satu sidang media yang diadakan di Kota Bharu, Kelantan. Sumber (gambar): Fail TTF

تركيني: ڤرليمين صح ترڬنتوڠ، اهلي ڤرليمين ماچڠ تاريق سوكوڠن ترهادڤ محي الدين

Parlimen Persekutuan sah tergantung apabila Pengerusi Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub menarik balik sokongannya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri Malaysia.

Ini bermakna, jumlah ahli parlimen yang berada di belakang Muhyiddin Yassin tinggal 110, separuh daripada jumlah 220 yang tinggal setelah kematian Liew Vui Keong (Batu Sapi) dan Hasbullah Osman (Grik) baru-baru ini.

Sebelum ini, Tengku Razaleigh Hamzah, menyatakan pendirian tidak menyokong kerajaan Muhyiddin namun belum pernah menzahirkan tentangan terhadap kerajaan melalui mana-mana undian di Dewan Rakyat.

Ahmad Jazlan sebelum ini dilantik kerajaan PN untuk menjadi pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) namun dia meletakkan jawatan itu lima hari lalu.


PETALING JAYA: Parlimen Persekutuan sah tergantung apabila Pengerusi Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub menarik balik sokongannya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri Malaysia.

Ini bermakna, jumlah ahli parlimen yang berada di belakang Muhyiddin Yassin tinggal 110, separuh daripada jumlah 220 yang tinggal setelah kematian Liew Vui Keong (Batu Sapi) dan Hasbullah Osman (Grik) baru-baru ini.




Pendirian Ahmad Jazlan itu dibuat dalam satu sidang media yang diadakan di Kota Bharu, Kelantan sepertimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

“Maka dengan ini saya mengumumkan saya menarik diri daripada menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya ahli parlimen Machang itu.

Sebelum ini, Tengku Razaleigh Hamzah, menyatakan pendirian tidak menyokong kerajaan Muhyiddin namun belum pernah menzahirkan tentangan terhadap kerajaan melalui mana-mana undian di Dewan Rakyat.

Ahmad Jazlan sebelum ini dilantik kerajaan PN untuk menjadi pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) namun dia meletakkan jawatan itu lima hari lalu.

THE THIRD FORCE

WAJIB BACA:

UMNO berkecai, kerajaan dijangka tumbang tidak lama lagi

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...