Terkini: Timbalan menteri mengaku tahu kelulusan operasi kilang Carlsberg, Heineken

Baru-baru ini, dua surat dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang memberikan pengecualian kepada dua kilang arak, iaitu Heineken Malaysia Berhad dan Carlsberg untuk beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tular di Facebook dan WhatsApp. Sumber (gambar): TTF

تركيني: تيمبالن منتري مڠاكو تاهو كلولوسن اوڤراسي كيلڠ چرلسبرڬ، هينيكين

#TTFCovid19: Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid, semalam mengaku bahawa beliau dan menteri KPDNHEP, Alexander Nanta Linggi, tahu tentang kebenaran operasi kilang arak Carlsberg dan Heineken dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sekiranya benar dakwaan Rosol bahawa beliau dan Alexander tahu tentang kebenaran operasi kilang arak Carlsberg dan Heineken dalam tempoh PKP, bukankah perkara ini harus disiasat oleh kerajaan dan pihak polis?

Bukankah tindakan KPDNHEP terang-terang melanggar ketetapan kerajaan yang bersandar kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967, dan bukankah menjadi tangungjawab kerajaan untuk menyiasat sekiranya berlaku salah guna kuasa atau rasuah melibatkan Hasnol, Rosol, Alexander dan (atau) pihak-pihak lain dalam KPDNHEP?


Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid, semalam mengaku bahawa beliau dan menteri KPDNHEP, Alexander Nanta Linggi, tahu tentang kebenaran operasi kilang arak Carlsberg dan Heineken dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut laporan, berita kononnya Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad tidak memaklumkan kepada menteri berhubung perkara tersebut adalah tidak benar.




“Ada laporan mengatakan menteri dan saya tidak dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad, itu tidak betul, kami tahu,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Baru-baru ini, dua surat dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang memberikan pengecualian kepada dua kilang arak, iaitu Heineken Malaysia Berhad dan Carlsberg untuk beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tular di Facebook dan WhatsApp.

Ada pihak mendakwa surat-surat berkenaan, ditandatangani oleh Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam Ahmad, dikeluarkan secara rahsia tanpa kelulusan rasmi oleh Menteri KPDNHEP, Datuk Alexander Nanta Linggi ataupun Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

TTF menulis:

“Apa pun, kerajaan semalam (Isnin, 6hb Mac 2020) memutuskan untuk membatalkan kelulusan operasi dua kilang berkenaan dan berkata MITI akan bertindak mengeluarkan surat pembatalan serta merta.

“Saya difahamkan, Hasnol dipindahkan ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan akan menjawat jawatan pengerusi berkuatkuasa 1hb April 2020.

“Begitukah?

Loading...

“Apakah Hasnol kini diberi kepercayaan menerajui sebuah badan yang mengawal selia aktiviti koprat dan perniagaan di Malaysia di bawah kementerian yang sama setelah bertindak melanggar ketetapan kerajaan berhubung PKP?

“Bukankah ini akan memberikan beliau lebih ruang lagi untuk membuat keputusan-keputusan yang tidak masuk akal, berat sebelah atau menyebelahi pihak-pihak tertentu seperti Carlsberg dan Heineken di masa hadapan?”

Sekiranya benar dakwaan Rosol bahawa beliau dan Alexander tahu tentang kebenaran operasi kilang arak Carlsberg dan Heineken dalam tempoh PKP, bukankah perkara ini harus disiasat oleh kerajaan dan polis?

Bukankah tindakan KPDNHEP terang-terang melanggar ketetapan kerajaan yang bersandar kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967, dan bukankah menjadi tangungjawab kerajaan untuk menyiasat sekiranya berlaku salah guna kuasa atau rasuah melibatkan Hasnol, Rosol, Alexander dan (atau) pihak-pihak lain dalam KPDNHEP?

THE THIRD FORCE



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...