TMJ DAN EBIT LEW

Tamrin Tun Ghafar. Sumber (gambar): Fail TTF

Tamrin Tun Ghafar

تمج دان ايبيت ليو

1. Ebit Lew bukanlah dari keluarga yang senang, jauh sekali dari keluarga yang berjaya dan kaya.

2. Sedih bercampur bangga apabila mendengar liku hidup awalannya sehinggalah beliau mampu MENOLONG mereka yang memerlukan  pertolongan.

3. Walaupun IKHLAS namun beliau TIDAK KESUNYIAAN dari berbagai DUGAAN dan HALANGAN.




4. Yang terbaru apabila beliau telah MENGISLAMKAN 150 orang yang hanya tinggal di dalam sampan-sampan kecil di perairan Semporna, Sabah selain membantu mereka yang TERLALU DAIF di Kelantan dan di seluruh negara.

5. Kini umum mula mengenali dan mengiktiraf kerja-kerja AMAL beliau.

6. Kita umat yang DILAHIRKAN Islam sepatutnya merasa bersalah dan  malu diatas kegagalan  melakukan usaha seperti yang dilakukan oleh Ebit yang hanya MEMELUK Agama Suci ALLAH SWT selepas dilahirkan dari keluarga Cina.

7. Namun usaha baik beliau yang DITUNTUT agama itu telah mendapat berbagai kritikan dan kata-kata sinis; malangnya kritikan dan halangan datangnya dari tidak lain tidak bukan umat yang mengaku diri mereka Islam.

8. Yang mereka tahu ialah berlumba-lumba menghimpun kekayan sama ada dengan jalan yang lurus mahupun RASUAH dan SALAH GUNA KUASA.

9. Di mana Menteri, Timbalan  Menteri, Duta Bertaraf Menteri dan mereka yang telah diberi jawatan di Syarikat – Syarikat GLC yang sedang berbahagia dengan gaji dan imbuhan yang lumayan?

10. Biasanya sebahagian besar Wakil Rakyat yang diberi peruntukan lebih RM3 juta seorang setahun menggunakannya untuk menperkukuhkan dan mengekalkan jawatan, dalam erti kata lain mereka menutup mata sebelah terhadap rakyat di bawah yang menjerit kesusahan.

Loading...

11. Yang rakyat lihat ramai di antara mereka berlumba-lumba mendirikan rumah yang lebih besar dan menambah kereta-kereta mewah untuk mereka dan anak-anak bagi menunjuk-nunjuk kekayaan yang dimiliki.

12. Isteri-isteri mereka pula sibuk menayang cincin emas dan permata serta pakaian-pakaian yang mahal yang ditempah dari pereka-pereka fesyen yang ternama.

13. Jika ke masjid mendengar ceramah pula, mereka akan belumba-lumba menayang beg tangan berjenama.

14. Kebanyakan Ustaz-ustaz yang berceramah di Masjid dan di surau-surau JARANG berterus-terang tentang keadaan terkini.

15. APAKAH MEREKA TERFIKIR MELAKUKAN SEPERTI YANG DILAKUKAN EBIT LEW?

16. Walaupun sebelum ini banyak  tulisan saya mengkritik TMJ namun keprihatinan yang ditunjukkan beliau dengan menghulur sedikit bantuan melalui Ebit Lew kepada rakyat yang memerlukan, terutama sekarang harus DICONTOHI DAN DIBERI PUJIAN.

17. Saya berharap langkah baik yang dilakukan TMJ AKAN diikuti oleh lebih ramai lagi mereka yang jauh lebih bernasib baik dari mereka yang memerlukan bantuan.

18. Jangan terlalu SIBUK MEMBERI DAN MENGUTIP pingat semata-mata.

19. JIKA TIDAK BOLEH ATAU TIDAK MAHU MEMBANTU JANGANLAH KITA MENGHALANG KERJA-KERJA BAIK BELIAU.

20. Ingatlah Firman ALLAH  SWT segala yang ada didunia ini, harta dan keluarga akan tinggal buat selama-lamanya.

21. Kepada TMJ, semoga dimurahkan rezeki dan teruskanlah kerja-kerja baik ini.

22. Ebit Lew TIDAK PERLUKAN publisiti murahan seperti Muhyiddin yang tak habis-habis dengan ‘Ucapan Khas’ dan jawatan Kerajaan bagi MEMBANTU RAKYAT yang MEMERLUKAN.

Wassalam

Terima Kasih.

WAJIB BACA:

APAKAH PELUANG PEJUANG? INILAH JAWAPAN SAYA..

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...