Tommy Thomas tak setuju Anwar jadi Perdana Menteri ke-8?

Raggie Jessy Rithaudeen

تومماي تومس تق ستوجو انور جادي ڤردان منتري ك-8؟

Saudara saudari sekalian,

Saya tertarik dengan kenyataan Haniff Khatri Abdulla (bawah) berhubung pandangan Tan Sri Tommy Thomas terhadap pertuduhan liwat 2 yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

HANIFF KHATRI: TOMMY THOMAS PERLU TARIK DIRI DARI MENILAI KERTAS SIASATAN KES SEKSUAL ANWAR [VIDEO]




Sepintas lalu, pada 28hb Jun 2008, Saiful Bukhari Aslan membuat laporan polis di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur mendakwa Anwar telah meliwatnya beberapa kali, termasuk kali terakhir di sebuah kondominium di Damansara.

Pada ketika itu, Pakatan Rakyat dikhabarkan semakin hampir menguasai pentadbiran pusat susulan tindakan 30 ahli parlimen dari parti Barisan Nasional yang didakwa akan lompat parti pada 16hb September 2008.

Khabar angin tersebut didampingi ura-ura kononnya Anwar akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil di Kulim – Bandar Baharu dan di Bandar Tun Razak.

Apabila Saiful membuat laporan polis, timbul pula spekulasi bahawa Anwar akan ditangkap dalam masa terdekat untuk mematahkan semangat penyokong beliau dari kalangan ahli UMNO bagi mengagalkan komplot menwan Putrajaya.

Anwar sendiri membuat laporan polis dan merujuk tuduhan Saiful kepada Mahkamah Syariah. Beliau turut membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah berhubung kes liwat 1 yang berlaku sepuluh tahun lalu di mana kes tersebut melibatkan Ketua Polis Negara pada ketika itu, Tan Sri Musa Hassan.

Loading...

Selepas laporan-laporan tersebut dibuat, kedua-dua Anwar dan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, memberitahu media bahawa kes liwat 2 merupakan konspirasi politik untuk menghalang Anwar kembali aktif dalam arena politik negara.

Mereka tahu, bahwa jika Anwar dijatuhi hukuman penjara melebihi setahun, beliau tidak akan layak bertanding dalam mana-mana Pilihan Raya, samada di peringkat negeri mahupun persekutuan.

Anwar kemudiannya ditahan ditahan pada 16hb Julai 2008 oleh sepasukan polis bertopeng kira-kira 1km dari rumah beliau di Bukit Segambut.

Beliau dibebaskan keesokan harinya selepas Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menemui Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dari situlah bermulanya detik-detik yang menjurus kepada penyabitan Anwar dalam kes liwat 2. Pada 14hb Disember 2016, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya bagi kes tersebut.

Mungkin ada yang lupa bahwa sabitan terhadap Anwar sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan dan sebelumnya, di Mahkamah Rayuan, sepertimana yang dijelaskan oleh Haniff.

Hakikatnya, pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan bahawa Anwar tidak bersalah meliwat Saiful dan bersetuju untuk melepas dan membebaskan beliau.

Sejurus kemudian, Tommy Thomas menulis sebuah artikel yang diterbitkan oleh Majlis Peguam, di mana dalam artikel tersebut, Thomas mencadangkan bahawa Anwar merupakan mangsa konspirasi politik sepertimana yang didakwa oleh Anwar sendiri.

Ya, Thomas sememangnya teramat rapat dengan Anwar sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 dan dikatakan tidak bersetuju dengan undang-undang melibatkan kelakuan seks luar tabii.

Beliau turut terlibat dengan konspirasi Langkah Kajang bersama Anwar, Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution, di mana saya telahpun membuat laporan polis berhubung perkara tersebut pada 8hb Febuari 2018 (bawah).

PEMBERITAHUAN: LAPORAN POLIS JENAYAH MELIBATKAN AMBIGA SREENEVASAN DAN TOMMY THOMAS

Justeru, jika benar Datuk Seri Azmin Ali merupakan individu kedua di dalam video seks Haziq Abdullah Abdul Aziz sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak, sudah pasti Thomas akan memutuskan agar kes tersebut dipanjangkan ke Mahkamah dan penangkapan dibuat.

Tetapi Thomas tidak berbuat demikian.

Apakah ini bermakna Thomas telah beralih ke kem Tun Dr Mahathir Mohamad kerana sedar bahawa Mahathir boleh melakukan apa sahaja pada bila-bila masa kerana memiliki sokongan Yang di-Pertuan Agong, Ketua Polis Negara, Ketua Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan majoriti ahli parlimen?

Jika benar Thomas sudah beralih ke kem Mahathir, adakah ini turut bermakna Thomas sudah berpaling tadah terhadap DAP kerana bersetuju ‘melepaskan’ Azmin biarpun tahu kebebasan Azmin akan menyekat Anwar dari menjadi Perdana Menteri?

Atau adakah pihak forensik yang berurusan dengan pihak polis benar-benar gagal mengenalpasti identiti individu yang berdamping dengan Haziq dalam video berkenaan sepertimana yang diceritakan oleh Thomas kepada umum?

Bolehkah geng ‘pro-Anwar’ yang kelihatan pasti Azmin terlibat dengan kes semburit memberi jawapan kepada soalan ini?



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...