
Raggie Jessy Rithaudeen
ءتوتل لوچقدوونء: كمنترين سومبر مأنسي اوسه چوبا ‘ڤرتاهن’ كلولوسن اوڤراسي 128،150 شريكت
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Kementerian Sumber Manusia (KSM) dilihat cuba mempertahankan tindakan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) membenarkan 128,150 syarikat beroperasi dalam tempoh “Total Lockdown.”
Menurut menterinya, Datuk Seri M Saravanan, pihaknya berkuasa mengambil tindakan terhadap kilang atau majikan yang gagal mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan Dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).
“KSM berperanan menjalankan operasi penguatkuasaan serta mengambil tindakan terhadap mana-mana majikan atau kilang yang tidak mematuhi arahan kerajaan dalam Akta 446.
“Walaupun tidak berada dalam jawatankuasa Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0, kami tetap boleh mengambil tindakan,” katanya.
Malangnya, Saravanan tidak memahami sebab sebenar kelulusan yang diberikan oleh MITI menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat dan beberapa menteri kerajaan.
BACA JUGA: HAMZAH ZAINUDDIN TERKHILAF
Hakikatnya, isu yang menjadi perhatian umum ialah “Total Lockdown” yang diumumkan oleh kerajaan yang bukannya “Total Lockdown” dalam ertikata sebenar, malah lebih longgar daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama.
Pada 1hb Jun, saya menulis:
Setakat mana yang saya lihat, perlaksanaan “Total Lockdown” memerlukan penutupan hampir seluruh sektor perdagangan, perniagaan dan perindustrian melainkan yang benar-benar perlu melibatkan bahan makanan, penjanaan tenaga elektrik, bekalan air dan sebagainya.
Itu pun, rakyat seharusnya tidak dibenarkan keluar rumah di kawasan-kawasan berisiko tinggi, dan urusan membawa makanan kepada rakyat perlu diuruskan oleh kerajaan di kawasan-kawasan berkenaan.
Di kawasan di mana rakyat dibenarkan keluar rumah untuk membeli makanan, perlu ada pengawal-pengawal (dari rela, tentera dan sebagainya) di semua kawasan perniagaan bagi memastikan SOP dikawal ketat.
Itu baru “Total Lockdown” namanya.
Saya menambah;
Saya kira banyak jenis syarikat boleh dihentikan operasinya dalam tempoh dua minggu ini jika benar niat kerajaan adalah untuk melaksanakan “Total Lockdown.”
Sebagai contoh, kita tidak perlu membenarkan syarikat pembuat, pengedar atau penjual biskut, kek, burger atau minuman mahal berupa ‘lifestyle’ beroperasi di satu-satu daerah.
Saya kira banyak syarikat pembuat atau pembekal bahan makanan yang dianggap tidak kritikal bagi kelangsungan hidup seseorang tidak diperlukan buat masa ini dan boleh dihentikan operasinya buat sementara waktu.
Untuk itu, kerajaan perlu menakrifkan semula apa yang dimaksudkan dengan “keperluan asas” agar rakyat boleh dididik untuk berjimat cermat dalam keadaan genting ini dan tidak keluar untuk membeli sesuatu yang tidak penting.
Banyak lagi perkara selain daripada yang tertera di atas harus dipertimbangkan jika benar kerajaan berharap rakyat percaya apa yang dilaksanakan adalah “Total Lockdown.”
Jika tidak, saya rasa elok kerajaan mengisytiharkan bahawa penggunaan istilah “Total Lockdown” merupakan satu kesilapan agar rakyat tidak keliru atau didendangkan dengan sesuatu yang tidak benar.
Saya berharap Saravanan membaca artikel ini dan menghayati punca sebenar kegagalan kerajaan dalam isu “Total Lockdown” ini.
Saravanan turut perlu faham, tindakan Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin membenarkan MITI memberi pengecualian kepada mana-mana perniagaan yang ingin beroperasi dalam tempoh “total lockdown” tidak masuk akal.
WAJIB BACA:
Hamzah Zainuddin terkhilaf, parlimen boleh bersidang dengan selamat ketika Darurat. Ini caranya…
