تولر: اءوديو ءميريڤ سوارا زاهيدء مڠاكو بينچڠ كرجاسام امنو-دڤ دڠن ڠا كور ميڠ
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Satu rakaman audio dengan suara mirip Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tular di media sosial, dipercayai petikan dari taklimat yang diberikan oleh Zahid kepada pemimpin UMNO tentang kerjasama Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.
Dalam audio tersebut, suara yang dikatakan mirip kepada suara Zahid menyentuh perbualannya dengan Nga Kor Ming dari DAP.
“Saya bagi tahu Nga Kor Ming, empat perkata dalam Perlembagaan mesti you ikut. Satu, agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Dia buat kenyataan media,” kata suara itu.
TTF sebelum ini berulang kali mendedahkan penglibatan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Zahid dalam perbincangan secara terus dengan Anwar dan wakil dari DAP ke arah pembentukan gabungan kerjasama melibatkan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.
Zahid bagaimanapun gagal mendapatkan sokongan majoriti ahli parlimen dan pemimpin bahagian UMNO yang tidak ingin terlibat dengan Anwar atau DAP dan mahu UMNO memutuskan kerjasamanya dengan PPBM serta merta.

Kewujudan rakaman itu disentuh oleh beberapa aktivis media sosial dan portal MalaysiaNow yang mendakwa diberitahu oleh sumber dalaman UMNO bahawa ianya rakaman asli sebahagian daripada perbincangan mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) di Janda Baik, Pahang bulan lalu.
Dalam audio tersebut, suara yang dikatakan mirip kepada suara Zahid menyentuh perbualannya dengan Nga Kor Ming dari DAP.
“Saya bagi tahu Nga Kor Ming, empat perkata dalam Perlembagaan mesti you ikut. Satu, agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Dia buat kenyataan media,” kata suara itu.
Audio itu kemudian merujuk kepada pemimpin DAP lain iaitu Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke yang turut mengeluarkan kenyataan media untuk menyatakan kesetiaan terhadap empat peruntukan Perlembagaan tersebut.
Suara lelaki itu kemudian merujuk mengenai perpaduan yang jarang berlaku antara ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno dan PH di Perak bagi menjatuhkan bekas menteri besar, Ahmad Faizal Azumu dari Bersatu Disember lalu.
Suara mirip Zahid itu juga berkata Umno dapat membentuk pakatan dengan Anwar Ibrahim, yang memimpin pakatan tiga parti yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah.
“Dia dua kali masuk penjara. Katakanlah dari segi tindakannya bersih, hubungannya dengan Allah Ta’ala kita tak tahu, saya tidak pernah tengok,” kata suara lelaki dalam rakaman itu lagi.
TTF sebelum ini berulang kali mendedahkan penglibatan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Zahid dalam perbincangan secara terus dengan Anwar dan wakil dari DAP ke arah pembentukan gabungan kerjasama melibatkan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.
Zahid bagaimanapun gagal mendapatkan sokongan majoriti ahli parlimen dan pemimpin bahagian UMNO yang tidak ingin terlibat dengan Anwar atau DAP dan mahu UMNO memutuskan kerjasamanya dengan PPBM serta merta.
Begitu juga Anwar.
Bukan hanya beliau gagal mendapatkan sokongan kesemua ahli parlimen dari Pakatan Harapan ke arah pembentukan gabungan kerjasama dengan Barisan Nasional, ramai di kalangan ahli parlimen dan pemimpin PKR dan AMANAH makin memihak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Di parti Anwar sendiri wujud blok pemisah yang tidak bersetuju Anwar kekal terus sebagai pengerusi Pakatan Harapan dan marah cara beliau meminggir Mahathir dan cuba memasuki perjanjian dengan puak kleptokrat UMNO.
THE THIRD FORCE
WAJIB BACA:
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT: