UMNO bertekad teruskan perhimpunan agung secara maya jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Darurat diteruskan

Muhyiddin inginkan pemilihan UMNO ditangguhkan. Mungkinkah ini alasan sebenar Perintah Kawalan Pergerakan diadakan? Untuk menangguhkan pemilihan parti? Sumber (gambar): Fail TTF

امنو برتيكد تروسكن ڤرهيمڤونن اڬوڠ سچارا ماي جك ڤقڤ، ضرورت دتروسكن

UMNO bertekad untuk tidak membenarkan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan darurat menghalang perhimpunan agung (PAU) parti itu diadakan.

Menurut setiausaha agung parti itu, Datuk Seri Ahmad Maslan, PAU akan diteruskan secara maya (online) pada satu tarikh yang bakal ditentukan jika PKP dan darurat masih berkuat kuasa.

PAU kali ini dijangka pansa susulan desakan oleh individu-individu tertentu yang pro-Muhyiddin agar Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur dari jawatan presiden UMNO.

Perwakilan UMNO turut dijangka akan mendesak kepimpinan parti untuk memutuskan hubungan dengan PPBM selepas usul itu mendapat sokongan majoriti pemimpin bahagian dan cawangan di seluruh negara.


PETALING JAYA: UMNO bertekad untuk tidak membenarkan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan darurat menghalang perhimpunan agung (PAU) parti itu diadakan.

Menurut setiausaha agung parti itu, Datuk Seri Ahmad Maslan, PAU akan diteruskan secara maya (online) pada satu tarikh yang bakal ditentukan jika PKP dan darurat masih berkuat kuasa.




“Mesyuarat pengurusan dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) akan tetapkan bila perhimpunan agung Umno bakal diadakan.

“Jika PKP dan darurat masih ada, kami akan buat juga secara maya.

“Umno akan terus mara untuk rakyat Malaysia walau sebesar mana pun cabaran. Perjuangan tetap kita teruskan,” katanya menerusi akaun Twitter hari ini.

PAU tahun ini asalnya dijadualkan berlangsung pada 30 dan 31hb Januari, tetapi ditanguh selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan PKP dan Darurat selepas mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong.

Khamis lalu, TTF menulis (link artikel penuh di bawah):

Muhyiddin inginkan pemilihan UMNO ditangguhkan. Mungkinkah ini alasan sebenar Perintah Kawalan Pergerakan diadakan? Untuk menangguhkan pemilihan parti?

Saya tidak pasti, tetapi sebelum pemilihan parti, Muhyiddin dikatakan ingin Zahid berundur secara sukarela dan menyokong penggabungan UMNO dan PPBM.

Loading...

Seandainya UMNO dan PPBM bergabung, sudah pasti Muhyddin akan duduk sebagai presiden “UMNO-BERSATU” (atau BERSATU-UMNO atau UMNO 3.0 ).

Mungkin juga Hishammuddin akan bertanding untuk jawatan presiden selepas Zahid berundur sebelum membincangkan isu penggabungan UMNO dan PPBM bersama perwakilan parti.

Apakah ini sebabnya Muhyiddin bertemu dengan Hishammuddin? Apakah Muhyiddin cuba meyakinkan Hishammuddin untuk memujuk pemimpin bahagian dan cawangan di bawah pengaruhnya untuk menerima penggabungan ini?

Apa pun, Muhyiddin kesuntukan masa dan mesti menjayakan rancangan ini sebelum bulan Mei. Lagi cepat Zahid berundur, lagi awal tarikh Pilihan Raya Umum ke-15.

PAU kali ini dijangka pansa susulan desakan oleh individu-individu tertentu yang pro-Muhyiddin agar Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur dari jawatan presiden UMNO.

Perwakilan UMNO turut dijangka akan mendesak kepimpinan parti untuk memutuskan hubungan dengan PPBM selepas usul itu mendapat sokongan majoriti pemimpin bahagian dan cawangan di seluruh negara.

THE THIRD FORCE

WAJIB BACA: 

Percaturan sebenar yang dirahsiakan dari umum

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...