UMNO boleh dibatalkan pendaftaran sebab wujud ‘akaun rahsia’ tidak diaudit

Semalam, timbalan pendakwa raya Faten Hadni Khairuddin mendakwa, sebilangan pemimpin UMNO menafikan tahu mengenai kewujudan dana tersebut. Sumber (gambar): Fail TTF

امنو بوليه دبطلكن ڤندفترن سبب وجود ءاكاءون رهسياء تيدق دياودت

Beberapa pemimpin UMNO mendakwa mereka tidak tahu-menahu mengenai kewujudan akaun rahsia UMNO yang tidak diaudit bagi menerima sumbangan politik.

Kewujudan akaun itu didedahkan di mahkamah semalam dalam kes tuntutan wang tunai RM114.16 juta oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO.

Dalam hujah pasukan pendakwaan semalam, mereka mendakwa wang RM114.16 juta itu dijumpai daripada 35 beg yang dirampas polis, terdiri daripada pelbagai mata wang dan denominasi – yang dakwa mereka hasil aktiviti haram dan berasal dari 1MDB.

Sedangkan, dakwa mereka, tiada keperluan untuk Najib menyimpan sejumlah besar dana dalam pelbagai mata wang asing secara peribadi memandangkan UMNO, kata Mereka, mempunyai akaun rahsia di sebuah bank di Malaysia untuk menerima sumbangan politik.


PETALING JAYA: Beberapa pemimpin UMNO mendakwa mereka tidak tahu-menahu mengenai kewujudan akaun rahsia UMNO yang tidak diaudit bagi menerima sumbangan politik.

Kewujudan akaun itu didedahkan di mahkamah semalam dalam kes tuntutan wang tunai RM114.16 juta oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO.




Semalam, timbalan pendakwa raya Faten Hadni Khairuddin mendakwa, sebilangan pemimpin UMNO menafikan tahu mengenai kewujudan dana tersebut.

Menurutnya, kenyataan polis yang dirakam dari beberapa pemimpin parti seperti bekas setiausaha agung Tengku Adnan Tengku Mansor, Ahmad Husni Hanadzlah dan Salleh Said Keruak menunjukkan mereka menafikan tahu bahawa Najib sepatutnya menyimpan wang berkenaan bagi pilihan raya umum 2014.

Justeru, pihak pendakwaan menyanggah dakwaan Najib dan UMNO dalam saman pelucutan hak berkaitan 1MDB terhadap Obyu Holdings bahawa dana RM114.16 juta yang dituntut itu adalah milik UMNO.

Malaysiakini pula melaporkan Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan sebagai berkata, dakwaan kewujudan ‘akaun rahsia’ itu berada di luar pengetahuannya.

Senada dengan Mohamad, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Zahidi Zainul Abidin, turut menyatakan tidak tahu mengenai akaun rahsia berkenaan.

“Pertama sekali, sebagai ahli Majlis Tertinggi, kita pun tak tahu (dakwaan) yang ada akaun rahsia.

“[…] Sekarang, ini tuduhan yang sangat serius. Kena buktikanlah (jika) akaun rahsia itu, sebab Majlis Tertinggi pun tidak tahu. Buktikan dulu ada akaun rahsia,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Loading...

Bekas menteri Umno, Mohamed Nazri bin Abdul Aziz turut memberikan jawapan serupa.

“Saya tak tahu. Saya tak tahu langsung (kewujudan akaun rahsia),” katanya kepada Malaysiakini.

Dalam hujah pasukan pendakwaan semalam, mereka mendakwa wang RM114.16 juta itu dijumpai daripada 35 beg yang dirampas polis, terdiri daripada pelbagai mata wang dan denominasi – yang dakwa mereka hasil aktiviti haram dan berasal dari 1MDB.

Sedangkan, dakwa mereka, tiada keperluan untuk Najib menyimpan sejumlah besar dana dalam pelbagai mata wang asing secara peribadi memandangkan UMNO, kata Mereka, mempunyai akaun rahsia di sebuah bank di Malaysia untuk menerima sumbangan politik.

“Malah, bukti dari bendahari Umno (tidak disebutkan namanya) terdapat satu lagi akaun bank tidak rasmi dan tidak diaudit yang telah digunakan oleh UMNO sejak tahun 1988 untuk menerima sumbangan politik.

“[…] Wang tunai yang tidak dihitung, tidak diverifikasi dan tidak diaudit juga menyalahi pelbagai peruntukan dalam Akta Pertubuhan, yang boleh mengakibatkan Umno dibatalkan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan,” kata pihak pendakwaan.

THE THIRD FORCE

WAJIB BACA:

Mahathir beritahu Najib fokus kes curi duit 1MDB dan saman Tommy Thomas berhubung pembunuhan Altantuya

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...