
امنو ڬوڬوركن نام احمد مسلن
Sebuah portal yang cenderung ke arah Perikatan Nasional dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa, Datuk Seri Ahmad Maslan telah digugurkan sebagai calon Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan UMNO kini sedang mencari calon pengganti lain kepada Ahli Parlimen (MP) Pontian tersebut.
Menurut portal tersebut, sumber parti memberitahu bahawa nama Ahmad Maslan digugurkan selepas UMNO menyedari tindakan mencalonkannya mengundang rasa tidak puas hati daripada parti komponen lain khususnya Perikatan Nasional (PN).
“UMNO kini terpaksa mencari calon lain untuk menggantikan Ahmad Maslan… Rakan-rakan parti dalam kerajaan tidak menyokong pencalonan tersebut dan sekiranya diteruskan juga ia akan mengundang kemaluan kepada Perdana Menteri.
“Ahmad Maslan ditolak bukan sahaja dikalangan MP pembangkang tetapi juga disebelah blok kerajaan.”
Sebuah portal yang cenderung ke arah Perikatan Nasional dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa, Datuk Seri Ahmad Maslan telah digugurkan sebagai calon Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan UMNO kini sedang mencari calon pengganti lain kepada Ahli Parlimen (MP) Pontian tersebut.
Menurut Agenda Daily, sumber parti memberitahu bahawa nama Ahmad Maslan digugurkan selepas UMNO menyedari tindakan mencalonkannya mengundang rasa tidak puas hati daripada parti komponen lain khususnya Perikatan Nasional (PN).
“Keputusan tersebut terpaksa dibuat bagi mengelakkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dimalukan sekiranya kalah dalam pengundian di dewan nanti.
“UMNO kini terpaksa mencari calon lain untuk menggantikan Ahmad Maslan… Rakan-rakan parti dalam kerajaan tidak menyokong pencalonan tersebut dan sekiranya diteruskan juga ia akan mengundang kemaluan kepada Perdana Menteri.
“Ahmad Maslan ditolak bukan sahaja dikalangan MP pembangkang tetapi juga disebelah blok kerajaan,” sumber yang tidak dinamakan itu dipetik sebagai berkata oleh Agenda Daily.
Pada 20hb September 2021, TTF menulis:
Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri mencadangkan nama Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai calon Timbalan Speaker Dewan Rakyat menimbulkan persoalan samada kerajaan benar-benar ikhlas mempertahankan kebebasan sistem kehakiman.
Ini kerana Ahmad Maslan sedang menghadapi dua tuduhan mahkamah, iaitu gagal mengisytiharkan wang RM2 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Razak dan memberi pernyataan palsu.
Jika Ahmad Maslan berjaya dilantik sebagai Timbalan Speaker, ianya menimbulkan risiko mahkamah tertekan untuk membuat keputusan yang memihak kepada Ahmad Maslan kerana pelantikannya dicadangkan oleh Perdana Menteri.
Saya hairan bagaimana Ismail Sabri tidak memahami risiko ini dan sanggup mencalonkan seorang ahli Kluster Mahkamah yang sendiri pernah mengaku bahawa UMNO tidak puas hati dengan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana meneruskan kes mahkamah terhadap para pemimpin UMNO.
Pengakuan ini berserta pencalonan Ahmad Maslan oleh Ismail Sabri mengukuhkan lagi syak di kalangan rakyat jelata bahawa misi sebenar Kluster Mahkamah adalah untuk menaikkan seorang Perdana Menteri UMNO yang sanggup membantu Kluster Mahkamah melepaskan diri dari tuduhan jenayah.
BACA TERBITAN PENUH DI SINI
WAJIB BACA:
MAAF, SAYA TAK BOLEH PERTAHAN ‘KERAJAAN SALIN KULIT’ ISMAIL SABRI
