UMNO kunci mulut

UMNO membuat keputusan untuk memanggil mesyuarat MKT bagi memutuskan sama ada mereka akan meneruskan kerjasama politik dengan Besatu atau sebaliknya pada pilihan raya akan datang. Sumber (gambar): Fail TTF

امنو كونچي مولوت

Beberapa Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO enggan mengulas mengenai mesyuarat yang diadakan pada Jumaat sama ada mereka akan meneruskan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau sebaliknya pada pilihan raya akan datang.

Ahli MKT, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan enggan memberikan komen berhubung mesyuarat yang telah diadakan.

Seorang ahli MKT mengesahkan menerima notis panggilan mesyuarat itu yang berlangsung di Akademi UMNO Janda Baik, Pahang.

Mengulas lanjut, Ketua Pemuda UMNO yang juga ahli MKT, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut enggan memberikan komen berhubung keputusan hasil mesyuarat terbabit.


SHAH ALAM: Beberapa Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO enggan mengulas mengenai mesyuarat yang diadakan pada Jumaat sama ada mereka akan meneruskan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau sebaliknya pada pilihan raya akan datang.

Ahli MKT, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan enggan memberikan komen berhubung mesyuarat yang telah diadakan.




“Mesyuarat itu tidak boleh kongsi dengan sesiapa. Saya tiada komen.

“Dalam keadaan sekarang, kita nak selesaikan masalah politik tanpa banyak sangat spekulasi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan UMNO telah membuat keputusan untuk memanggil mesyuarat MKT bagi memutuskan sama ada mereka akan meneruskan kerjasama politik dengan Besatu atau sebaliknya pada pilihan raya akan datang.

Seorang ahli MKT mengesahkan menerima notis panggilan mesyuarat itu yang berlangsung di Akademi UMNO Janda Baik, Pahang.

Mengulas lanjut, Ketua Pemuda UMNO yang juga ahli MKT, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut enggan memberikan komen berhubung keputusan hasil mesyuarat terbabit.

“Tiada komen. Kena tanya pimpinan,” jawabnya ringkas.

Ahli MKT, Datuk Jalaluddin Alias pula ketika dihubungi memaklumkan beliau tidak hadir dalam mesyuarat itu.

Loading...

“Saya tidak hadir,” katanya.

Seorang lagi ahli MKT, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, tidak ada kenyataan media yang akan dikeluarkan olehnya.

Sumber:

WAJIB BACA:

Tanpa Mahathir, UMNO akan karam

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...