
Menurut sumber, Pakatan Harapan dan Barisan Nasional bertembung di semua kerusi semata-mata untuk memecahkan undi Perikatan Nasional dan calon bebas dan mungkin sudah bersetuju untuk membentuk Jajaran Politik Baharu jika kedua-dua gabungan itu meraih lebih 14 kerusi DUN
Raggie Jessy Rithaudeen
امنو ملاك برڬولق تروق، موڠكين برلاكو سابوتج بسر-بسرن
Tidak sampai 24 jam selepas pengumuman calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, wujud rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin beberapa bahagian UMNO dan berpuluh-puluh cawangan berhubung kepimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan calon-calon yang dinamakan.

Menurut sumber, UMNO Melaka kini terbahagi kepada dua kem – satu memihak kepada Datuk Seri Idris Haron (kem besar), dan satu lagi kepada mantan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (kem kecil).
Walaupun ‘dicantas’ dari jawatan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu oleh Zahid dan dinafikan jawatan Ketua Menteri selepas Langkah Sheraton, Idris masih mempunyai pengaruh dalam UMNO Melaka.
Pengaruh ini meningkat setelah Zahid memutuskan untuk adakan Pilihan Raya Negeri dan melucutkan keahlian Idris dalam UMNO tanpa berunding terlebih dahulu dengan ADUN-ADUN UMNO di Melaka untuk cuba meleraikan krisis yang melanda.
BACA JUGA: PRN MELAKA: UMNO 7, PPBM 0, PAS 0
Pada 25hb Oktober lalu, UMNO Cawangan Klebang Kechil telah meluluskan usul supaya Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Mohamad Ali digugurkan daripada jawatan yang disandang.
Kini, setelah UMNO mengumumkan calon Barisan Nasional (BN), beberapa bahagian dan berpuluh-puluh cawangan menyuarakan rasa tidak puas hati, khususnya dengan penamaan calon MCA yang kebarangkalian tinggi akan kalah.
Menurut FMT, Sembilan Pusat Daerah Mengundi (PDM) BN di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban ditutup tidak sampai 24 jam selepas pengumuman calon.
Manakala itu, tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Jasin dilaporkan kecewa dengan calon yang dinamakan kerana tidak memenuhi kehendak masyarakat dan akar umbi di kawasan terbabit
Memetik laporan media, Setiausaha UMNO Bahagian Jasin, Datuk Abdul Kalam Hassan berkata, masyarakat dan ahli mula menunjukkan rasa resah dan kurang senang apabila mendapat tahu melalui media sosial berhubung senarai calon yang akan bertanding di Bemban, Sungai Rambai dan Rim.
Paling mengecewakan katanya, nama Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Hasan Rahman tidak dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) walaupun pencapaiannya setakat ini cemerlang.
Krisis UMNO Melaka sebenarnya sudah sampai ke tahap yang amat parah, dan situasi sebegini biasanya menjurus kepada sabotaj secara besar-besaran melibatkan mereka yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan pusat.
Setakat mana yang saya difahamkan, PRN Melaka dicetuskan oleh Zahid untuk menilai kemampuan jentera Pilihan Raya UMNO, DAP dan PKR menentang Perikatan Nasional, dan Zahid disyaki sedang bekerjasama secara rahsia dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut sumber, Pakatan Harapan dan Barisan Nasional bertembung di semua kerusi semata-mata untuk memecahkan undi Perikatan Nasional dan calon bebas dan mungkin sudah bersetuju untuk membentuk Jajaran Politik Baharu jika kedua-dua gabungan itu meraih lebih 14 kerusi DUN.
Pada 7hb Oktober, saya menulis:
Menurut sumber UMNO, Idris ‘dipengaruhi’ oleh pihak tertentu dari dalam UMNO Melaka untuk bersama Pakatan Harapan menentang Ketua Menteri Melaka.
Idris beranggapan bahawa jika kerajaan Melaka yang dipimpin oleh UMNO tumbang, Zahid mungkin akan berunding dengannya untuk ‘menyelamatkan’ keadaan dan bersetuju untuk mencalonkannya sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu.
Jadi apa yang berlaku di Melaka semuanya sandiwara, namun Idris tidak menjangka bahawa Zahid akan melucutkan keahliannya dalam UMNO dan meminta Dewan Undangan Negeri Melaka dibubarkan.
Berdasarkan versi ini, kedua-dua Idris dan Zahid memiliki agenda peribadi namun Idirs akhirnya diperalatkan oleh Zahid tanpa pengetahuannya.
Benar atau tidak, amat pelik apabila Yang Di-Pertua Negeri Melaka terus bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Melaka tanpa bertemu terlebih dahulu dengan semua Ahli Dewan Undangan Negeri.
WAJIB BACA:

