UMNO mungkin berkecai seminggu dua lagi disebabkan sandiwara Zahid, Najib

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Raggie Jessy Rithaudeen

امنو موڠكين بركچاي سميڠڬو دوا لاڬي دسببكن سنديوارا زاهيد، نجيب

Saya menyokong penuh desakan Tengku Razaleigh Hamzah agar Majlis Tertinggi UMNO mengadakan mesyuarat tergempar dengan kadar segera bagi memutuskan terus hubungan dengan PPBM.

Saya juga berpendapat bahawa alasan yang dikemukakan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kononnya UMNO perlu menunggu Mesyuarat Agung Tahunannya (AGM) sebelum membuat keputusan adalah mengarut dan taktik membeli masa.




Untuk makluman, 147 daripada 191 bahagian UMNO sudahpun membuat keputusan untuk memutuskan terus hubungan dengan PPBM dengan kadar segera.

Namun, perkara ini dirahsiakan daripada umum malah diputarbelit oleh Zahid, yang mendakwa, majoriti pemimpin bahagian hanya mahu UMNO menarik kerjasamanya dengan PPBM ketika pilihan raya umum ke-15, bukan sekarang.

Ini satu pembohongan.

Desakan Tengku Razaleigh merupakan desakan pertama dari kumpulan pemisah UMNO yang inginkan parti itu memutuskan segera hubungannya dengan PPBM.

9hb Januari lalu, saya menulis:

“Sandiwara yang dimainkan oleh Majlis Kepimpinan Tinggi (MKT) UMNO baru-baru ini sudah cukup untuk memarahkan sebilangan tertentu ahli parlimen dan pemimpin-pemimpin bahagian serta cawangan dari ‘blok pemisah’ yang sedang bersiap sedia untuk menarik sokongan dari PPBM pada bila-bila masa.

“Sepintas lalu, MKT UMNO dikuasai oleh Team A pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sedang mempertimbangkan kerjasama dengan DAP dan berurusan secara langsung dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Loading...

“Walaubagaimanapun, Team A tidak mewakili aspirasi majoriti pemimpin UMNO yang menolak terus gandingan Zahid dan Najib bersama Anwar malah menolak juga kepimpinan Zahid yang didapati melanggar budaya yang dipraktikkan oleh UMNO selama ini.

“Apa pun, Zahid dan Najib menerima tekanan hebat dari ‘blok pemisah’ yang ingin UMNO tarik sokongan daripada kerajaan pimpinan Perikatan Nasional berkuat-kuasa serta merta, bukannya hujung bulan ini atau selepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

“Zahid pula takut untuk berbuat demikian kerana tahu Yang Di-Pertuan Agong tidak mungkin bersetuju untuk membubarkan parlimen dalam masa terdekat memandangkan angka Covid-19 kian menggila.

“Seandainya kerajaan tumbang sekarang, Seri Paduka Baginda Tuanku sudah pasti akan mengisytiharkan Darurat Politik atau melantik seorang Perdana Menteri baharu yang namanya bukannya Anwar Ibrahim atau sesiapa dari kalangan pemimpin Barisan Nasional dan Perikatan Nasional.

Manakala itu, pada 28hb Februari, saya menulis:

“Najib, Zahid dan Nazri cuba kecapi satu perjanjian yang mampu menyatukan kesemua pemimpin bahagian dan akar umbi UMNO sambil ‘menjinakkan’ Muhyiddin sebelum Pilihan Raya Umum ke-15.

“Memandangkan Muhyiddin kini berada dalam kedudukan paling lemah, Najib dan Zahid dikatakan berharap beliau menjadi begitu terdesak sehingga memasuki “perjanjian peralihan kuasa” untuk mengelakkan UMNO daripada bekerjasama dengan Mahathir bagi mencetuskan Pilihan Raya atau menumbangkan kerajaan.

“Menerusi perjanjian itu, mereka berharap Muhyiddin akan bersetuju untuk memberikan lebih kerusi kepada UMNO kerana parti itulah yang akhirnya akan menyumbang jentera pilihan raya bagi membantu PPBM.

“Jika Muhyiddin berbuat demikian, UMNO pula akan mengumumkan persetujuannya untuk bekerjasama dengan PPBM di Pilihan Raya Umum ke-15 dengan harapan semua pemimpin bahagian dan akar umbi akan kembali bersatu.

“Kemudian, setelah keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 diumumkan, tidak mustahil Barisan Nasional akan mengenepikan terus kerjasamanya dengan Perikatan Nasional untuk membentuk gabungan kerjasama baharu dengan Pakatan Harapan.

“Inilah yang saya nampak, dan kemungkinan untuk rancangan ini berjaya amatlah tipis. Tetapi Team A akan tetap mencuba segala apa yang mungkin untuk mengelakkan kerjasama dengan Mahathir kerana pemimpin-pemimpin dari kluster mahkamah begitu terdesak untuk menyelamatkan tengkuk masing-masing.”

WAJIB BACA:

Tanpa Mahathir, UMNO akan karam

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...